Wednesday, October 31, 2012

Kenapa saya undi menyokong AES di Parlimen?


Negara kita adalah salah satu negara yang mempunyai rekod kemalangan jalanraya yang paling buruk dalam dunia. 20 orang mati setiap hari atau 7,000 nyawa melayang setiap tahun. Ramai dari mereka yang mati tersebut adalah anak-anak muda berumur dibawah 25 tahun yang mati menunggang motorsikal. Kematian mereka adalah kerugian besar kepada masa depan negara kita.

Kajian oleh pakar menunjukkan kos sosial kemalangan di Malaysia ialah RM9 bilion seperti kos perubatan dan kehilangan pendapatan. Ini tidak termasuk penderitaan dan trauma keluarga yang kehilangan suami, isteri, bapa, emak dan anak. Apatah lagi kalau yang mati itu adalah punca menyara keluarga. Jika tidak ada kematian pun, kecacatan teruk juga akan membebankan keluarga tersebut.

AES mula dibincangkan oleh kabinet sejak 2006 lagi. Ianya bukan keputusan tergesa-gesa. Melihat trend kemalangan jalanraya Malaysia yang semakin meningkat dan langkah-langkah pencegahan oleh pihak berkuasa tidkak efektif, maka kerajaan perlu mengambil langkah baru. 90 negara di dunia sistem AES dan sistem ini terbukti efektif. 

Sebenarnya, sejak 20 tahun yang lalu, kita sudah pun terdedah kepada sistem pengambilan gambar pesalah jalanraya oleh pihak berkuasa. Ingat saman ekor oleh polis trafik? AES bukannya perkara baru. Malah, AES ebih baik dari ops saman ekor kerana menguna teknologi yang tercanggih untuk merakamkan gambar yang lebih jelas supaya pengguna jalanraya yang disaman tidak teraniaya.

Apabila saya membaca facebook dan twitter, saya dapati ramai yang kurang faham walaupun kerajaan telah menjelaskannya berkali-kali. Berikut adalah soalan lazim dalam facebook dan twitter. Untuk jawpan kepada soalan lazim yang lebih akademik dan ilmiah,  sila layari laman JPJ ini (http://www.jpj.gov.my/aes-system

“Kenapa kerajaan tak buat sendiri?” 

Monday, October 29, 2012

Mengimbangi Laporan Ketua Audit Negara 2011

Menarik sekali. Jika anda mendengar apa yang hangat diperkatakan oleh ahli-ahli parlimen pembangkang di Parlimen minggu lepas, sudah pasti anda terfikir bahawa Laporan Ketua Audit Negara hanya tertumpu kepada kebocoran dan pembaziran di negeri-negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional semata-mata.

Hakikatnya jauh panggang dari api.

Usaha saya untuk mengimbangi lapuran audit 2011 secara mendedahkan salah urus  di negeri-negeri Pakatan, telah disambut dengan bantahan keras di dalam Dewan yang dihormati ini. Tidak kurang daripada lima orang ahli parlimen pembangkang bangun untuk menghalang saya menghabiskan ucapan. Tidak mengapalah. Laporan Hansard tidak pernah berbohong. Apabila kacau-bilau berjaya menghalang saya dari bercakap, maka saya ambil keputusan untuk menulis analisa ini untuk menyampaikan kepada masyarakat bahawa kehidupan di negeri-negeri Pakatan tidaklah seindah yang mereka gambarkan.

Kelantan

Ayuh kita lihat kepada salah urus yang besar dalam Program Ladang Rakyat oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Program ini bukanlah sebuah program yang kecil. Ia melibatkan sejumlah 19 buah projek kesemuanya, dan meliputi kawasan seluas 81,095 ekar (satu setengah kali keluasan Kuala Lumpur sebenarnya!).

Let’s talk about the AG’s Report

Lo and behold! If you were to listen to what the opposition MPsaid in Parliament last week, you would think that the Auditor General's Report was centered mainly on the leakages and wastages in Barisan Nasional states.

But the truth is stranger than fiction – or so I have found out.

My attempt to level the playing field by speaking up against the mismanagement of Pakatan states was met with thunderous objection in the august house. No less than five opposition MPs stood up to prevent me from finishing my speech. All is well, for Hansard never lies. When chaos got the better of my words, I decided to pen down my analysis in the spirit of informing the public that life in Pakatanstates is not necessarily a bed of roses, too.

Kelantan

Let's take a look at the severe mismanagement of Program Ladang Rakyat by the Kelantan state government. Theprogram is not miniscule by any standards. It involved 19 projects in total, covering massive land area of 81,095 acres (one and a half times the size of Kuala Lumpur no less!).

Friday, October 26, 2012

AES: Mengupas Kebenaran

Timbul pelbagai isu tentang Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di dalam media sejak beberapa hari yang lepas, apabila ahli-ahli politik pembangkang memperbesarkan isu ini dan menjadikannya persis sebuah sarkas.

Kenapa kita begitu kuat mempertahankan pesalah-pesalah trafik? Bukankah kita menggunakan jalanraya setiap hari dan menyedari betapa tingkahlaku sesetengah pengguna-pengguna jalanraya adalah sangat menjengkelkan dan merbahaya?

Memandu melebihi had laju, melanggar lampu insyarat, memotong barisan, memotong di jalan garisan dua selari serta mereka yang memasuki jalan-jalan larangan pada waktu-waktu yang sibuk; ini semua adalah senario harian dalam pengalaman pemanduan kita semua.

Adakah kita ini semata-mata sebuah negara yang dipenuhi pengguna-pengguna jalanraya yang tidak bertimbangrasa sehinggakan kita harus menyuarakan ketidakpuasan hati kita kepada sebuah sistem baru yang boleh memastikan keselamatan jalanraya untuk kita semua?

Pertama sekali, AES telah pun dilaksanakan di seluruh dunia terutamanya di negara-negara membangun seperti Perancis, Jerman, Australia, Singapura dan Amerika Syarikat. Terdapat lebih daripada 90 negara-negara di seluruh dunia yang melaksanakan sistem elektronik yang serupa, dan hasilnya amat memberangsangkan.

Friday, October 19, 2012

Political Funding: A Reality Check.


WHEN Datuk Seri Nazri Aziz recently made an announcement in Parliament reflecting on the decision ofthe Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) and Hong Kong’s Independent Commission Against Corruption (ICAC) in clearing Datuk Seri Musa Aman of the alleged corruption charges, cynical smile cracked my face: the opposition must be finding themselves in a very awkward position now.

While previously they have had a field day attacking Musa's alleged abuse of power and corruption, the same announcement has coerced them into changing their 'attack-with-extreme-prejudice’ strategy.

A few days after the announcement, the opposition conveniently shifted the attack from Musa to political funding for UMNO. Source of the condemnation - this time around - includes calls that such funding is preposterous, labeling such funding as unacceptable and that the RCI must be called in instantly.

While I leave the opposition to their agenda, let’s peel some underlying truth within the fabric of Malaysian politics. It is not illegal for any Malaysian to give money to a political party of his or her choice – or to anybody for that matter. Should the donor wish to remain under the cloak of anonymity, the request should be respected as long as the donation stays within the confines of the law.  

Kongsi artikel ini: