Tuesday, January 17, 2012

PENERIMA BANTUAN KACA MATA UCAP TERIMA KASIH KEPADA BN


Neilis Yalam, 51 tahun dari Kg. Lompios, Kota Belud yang menghadapi masalah penglihatan lebih tiga tahun lalu melahirkan rasa gembira dan terharu kerana namanya telah disenaraikan untuk mendapat bantuan kaca mata daripada kerajaan  Barisan Nasional.


Apabila beliau dimaklumkan oleh kakitangan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kota Belud bahawa namanya tersenarai untuk menerima bantuan kaca mata dari kerajaan, Neilis seolah-olah tidak percaya dan tidak pernah terfikir bantuan seumpamanya turut disediakan oleh pihak kerajaan.

“ Saya ucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan terutamanya kepada Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan kerana telah membantu saya untuk memiliki kaca mata.”

“ Masalah penglihatan yang tidak begitu jelas menyukarkan saya sejak tiga tahun yang lalu, saya amat memerlukan kemudahan seperti ini. “ terangnya ketika ditemui di kedai Modern Optics dekat sini, baru-baru ini.


Seorang lagi penduduk dari Kg. Lahanas, Soulin Nuda, 45 tahun turut melahirkan rasa gembira dan terkejut kerana beliau juga telah diberikan bantuan yang serupa.

Menurut Soulin dengan adanya bantuan kaca mata yang diberikan oleh kerajaan dapat membantu beliau mengurangkan bebanan untuk membeli kemudahan itu dengan menggunakan wangnya sendiri.

“ Saya memang mempunyai masalah penglihatan, memang dari dulu lagi saya berhasrat mahu buat kaca mata tetapi memandangkan kewangan tidak mengizinkan terpaksa saya tangguh. “

  Sukur dan terima kasih kepada kerajaan atas bantuan yang diberikan, sekurang-kurangnya dengan ada kemudahan ini masalah penglihatan saya yang kabur berkurangan. “ tambahnya sambil tersenyum.

Seramai 600 orang yang kurang berkemampuan di dearah ini telah dikenal pasti dan telah disenaraikan untuk menerima bantuan kaca mata. bagi meringankan bebanan penerima.

Program tersebut merupakan inisiatif Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kota Belud bagi meringankan bebanan penerima terutamanya di kalangan penduduk kampung yang kurang berkemampuan di daerah ini yang menghadapi masalah penglihatan.

2 comments:

  1. syabas........tapi heran bila isu sekecil ini diprovokasikan oleh org2 yang kecewa.....

    ReplyDelete
  2. Tahniah yang berhormat..
    Yang berhormat bukan sahaja lantang di parlimen dalam berbahas tetapi seorang berjiwa rakyat..

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: