Monday, July 04, 2011

Maaf Ambiga, saya tidak lut dengan jarum anda.

Rasanya, semua mesti sudah mengetahui mengenai rancangan BERSIH dan pakatannya dalam parti pembangkang untuk mengadakan perhimpunan jalanan di Kuala Lumpur dengan kehadiran lebih 100,000 `orang kuning' pada Sabtu depan. Dengan penuh angkuh, mereka mendakwa mempunyai alasan kukuh berbuat demikian dan pada 9 Julai nanti, Yang di-Pertuan Agong mesti dimaklumkan mengenainya.


Apabila diminta justifikasi mengadakan perhimpunan jalanan haram itu, penyokongnya pantas memberi alasan yang sudah dijangka. Anda akan diberi syarahan mengenai kepentingan kebebasan hak demokrasi, selain kenyataan sinis kononnya anda tidak menghiraukan kebenaran.


Mereka akan memberitahu betapa SPR bersekongkol dengan kerajaan untuk menyenaraikan individu yang sudah meninggal dalam senarai pengundi. Mereka resah apabila dimaklumkan SPR tidak harus dipersalahkan. Berapa ramai antara kita yang membuat pemberitahuan kepada SPR apabila ada saudara-mara yang meninggal?
Mengapa kita tidak mengambil masa lama untuk memaklumkan bank, syarikat insurans, polis, KWSP hatta Along sekalipun tetapi bukan SPR? Hakikatnya, kita memandang lewa keperluan membuat laporan kepada SPR kerana pilihan raya umum berlaku sekali dalam lima tahun. Kita kerap mendengar orang berkata: "Kenapa perlu nak lapor cepat-cepat? Orang mati bukannya boleh mengundi." Apa yang dilepas pandang ialah undang-undang tidak membenarkan SPR membuang nama pengundi tanpa bukti sahih.


Saya berjumpa dengan pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) semalam. Mereka mengakui ramai penduduk terutama di luar bandar, gagal melaporkan kematian anggota keluarga. Ini membuatkan saya terfikir, mengapa BERSIH menyalahkan SPR dan bukan sikap acuh tidak acuh sebilangan rakyat Malaysia?


Begitu juga halnya dengan dakwaan ramai pengundi mendaftar menggunakan alamat sama. Saya mengesyaki satu daripada puncanya ialah pengundi menggunakan alamat kediaman disewa apabila mendaftar sebagai mengundi. Malangnya, apabila mereka berpindah daripada rumah sewa, mereka gagal memaklumkan kepada SPR. Penghuni berikutnya akan menggunakan alamat sama unuk mendaftar sebagai pengundi. Saya masih ingat ketika berpindah ke kondo sewa di Kuala Lumpur pada 1993. Saya kerap menerima surat penyewa terdahulu termasuk penyata bank dan surat rasmi kerajaan kerana beliau tidak menukar alamat dengan pihak berkenaan, hinggalah saya berpindah tiga tahun selepas itu!


Dalam kes pengundi hantu yang berdaftar menggunakan alamat rumah ibu YB Azmin Ali, saya dapati ia agak melucukan kerana dalam jutaan rumah di negara ini, SPR terpaksa memilih rumah ibu pemimpin pembangkang yang paling lantang bersuara untuk `menempatkan' pengundi hantu. Memang melucukan.


Satu lagi isu berterusan BERSIH ialah undi pos. Pertamanya, istilah pengundi pos tidak tepat. Tidak ada undi pos bagi polis, tentera dan kakitangan kerajaan yang bertugas sebagai pegawai pilihan raya ketika pengundian. Mereka tidak mengirim undi masing-masing menerusi sistem perkhidmatan pos. Mereka mengundi lebih awal dengan diperhatikan wakil semua parti bertanding. Pengundi pos mengundi seperti mana kita pengundi biasa melakukannya. Dakwaan yang diputar belit pembangkang kononnya ketua mereka memeriksa siapa yang dipangkah adalah palsu sama sekali. Wakil calon ada di tempat pengundian bagi memastikan itu tidak berlaku, melainkan mereka tertidur ketika bertugas!


Beberapa pemimpin BERSIH juga mahu pengiraan undi pos dilakukan pada hari yang sama atas alasan ada kemungkinan berlaku penipuan jika dikira kemudian. Cadangan itu tidak praktikal kerana keputusannya akan mempengaruhi aliran pengundian pada hari pengundian sebenar. Apa pun, pernah berlaku pembangkang mendapat lebih banyak undi pos berbanding BN. Secara khususnya, pilihan raya kecil Teluk Kemang pada 2000. Jika BERSIH bimbang dengan integriti beg mengandungi undi pos sepanjang berada dalam jagaan pihak berkuasa, mereka sepatutnya mencadangkan supaya wakil pembangkang hadir di lokap di mana beg-beg berkenaan disimpan. Iyalah, apalah sangat duduk merenung beg selama 3 hari 3 malam semata-mata untuk memastikan keselamatan beg-beg yang dikawal ketat, dikunci dan dipateri kemas itu.

Memang benar sebahagian besar pengundi pos memihak kepada BN. Bagaimanapun, ini tidak menghairankan langsung dan boleh dijelaskan dengan muda. Mengapa mereka mahu mengundi parti yang tidak putus-putus memburuk-burukkan, menghina, memaki dan mengkritik mereka? Mereka juga manusia yang mempunyai perasaan dan harga diri.


BERSIH juga mahu pegawai tentera dan polis, yang tidak terbabit secara langsung dengan pilihan raya supaya mengundi menerusi proses biasa seperti mana orang awam. Mereka mendakwa pihak berkenaan tidak perlu mengundi awal. Saya tidak setuju.


Antara hari paling kritikal bagi negara ialah pada hari mengundi. Ini kerana ketiadaan pihak berkuasa awam menimbulkan pelbagai kemungkinan berlaku huru-hara dan elemen subversif. Pada hari mengundi, pasukan tentera dan polis berada di tahap berjaga-jaga paling tinggi dalam berdepan sebarang kejadian tidak diingini yang boleh menjejaskan keselamatan negara.


Justeru, bagi BERSIH jelas bersikap tidak bertanggungjawab apabila mencadangkan supaya pegawai tentera dan polis meninggalkan pusat kawalan masing-masing - tidak kiralah di hutan rimba, pulau terpencil, pangkalan udara dan laut, pusat pemeriksaan persempadanan nun di pedalaman atau pusat kawalan strategik! Kesediaan anggota berkuasa kita memastikan keselamatan negara tidak boleh dikompromi.


Mungkin ada yang menganggap saya keterlaluan dalam memperkatakan soal ancaman keselamatan pada hari mengundi. Mungkin juga. Tapi kalau ia berlaku, saya lebih sanggup anggota berpakaian seragam bergegas mendapatkan pesawat Sukhoi, MiG dan F18 serta segera melancarkan kapal Frigate, Corvette dan kapal selam untuk mengekang lawan. Ia hanya boleh dilakukan jika mereka berada di pangkalan dan bukannya menghabiskan masa beratur untuk mengundi di Grik, Batang Berjuntai, Lubok Antu atau Long Pasia!


BERSIH turut mendesak supaya undi pos dibenarkan di kalangan rakyat Malaysia yang tinggal jauh (dalam negara) dari kawasan mengundi. Sebagai contoh, rakyat Sabah yang tinggal dan bekerja di Kuala Lumpur tetapi mendaftar sebagai pengundi di Kota Belud, Sabah.


Pada pendapat saya, seseorang yang mendaftar sebagai pengundi di Kota Belud tetapi memilih untuk hidup dan bekerja di Kuala Lumpur tidak berhak menentukan siapa yang patut menjadi Wakil Rakyat bagi penduduk Kota Belud! Dia sepatutnya mengundi memilih Wakil Rakyat di Kuala Lumpur yang lebih sesuai menangani pelbagai isu berhubung kehidupannya di bandaraya besar itu! Adalah tidak adil bagi masyarakat tempatan Kota Belud tunduk kepada kemahuan `orang luar' yang tinggal di Kuala Lumpur dalam menentukan calon pilihan sedangkan mereka yang perlu berdepan Wakil Rakyat itu setiap hari.


Lagipun, bukankah meminta lebih ramai pengundi mengamalkan undi pos bertentangan dengan tuduhan awal BERSIH kononnya sistem undi pos dilingkari masalah prosedur yang membawa kepada kemungkinan penipuan?


Menyentuh isu penggunaan dakwat kekal, SPR sudah menjelaskan secara terperinci berhubung kebimbangannya mengenai penggunaan bahan itu. Secara peribadi, kebimbangan saya mengenai dakwat itu lebih kepada sama ada ia sah dari segi undang-undang.


Apakah SPR mempunyai kuasa di bawah Akta Pilihanraya 1958 sedia ada, untuk menafikan hak seorang pengundi yang jarinya sudah bertanda dakwat selepas mengundi tetapi mendakwa jarinya dihitamkan oleh dakwat secara paksa? Apa akan berlaku jika beliau berkeras untuk mengundi bagi menunaikan tanggungjawabnya di bawah Perlembagaan, tidak kiralah jarinya mempunyai dakwat atau tidak? Apakah kita akan menyaksikan suasana kacau-bilau di pusat mengundi?


Semua ini adalah persoalan mudah tetapi besar kesannya jika tidak diperhalusi dengan jelas. Itu sebabnya mengapa BERSIH wajar mencadangkan pindaan terhadap Akta Pilihanraya di Parlimen dan bukannya demonstrasi jalanan! Walau sejuta orang berpakaian kuning muncul menyertai perhimpunan jalanan sekalipun, tuntutan itu tidak boleh dipenuhi tanpa meminda Akta Pilihanraya bagi menjadikannya lebih spesifik dan jelas.


Sama juga halnya dengan pendaftaran pengundi secara automatik. Kaedahnya tidak jauh berbeza dengan amalan pendaftaran pengundi sepanjang tahun. Ia juga memerlukan pindaan ke atas Akta Pilihanraya bagi membolehkan peruntukan itu dimasukkan. Bagaimanapun, jika seseorang itu berasa tidak mahu mendaftar sebagai pengundi, bukankah beliau sekadar melaksanakan hak demokrasinya? Mengapa BERSIH mahu menidakkan haknya untuk tidak mendaftar sedangkan kononnya BERSIH adalah juara hak demokrasi rakyat?


Saya tiada masalah dengan tuntutan BERSIH supaya jangka masa berkempen ditetapkan sekurang-kurangnya 21 hari. Apa yang agak pelik di pandangan saya ialah BERSIH gagal menyedari kempen tanpa henti pembangkang yang berlangsung 365 hari, 24 jam seminggu di seluruh negara sejak 2008.


Mengenai dakwaan membeli undi ketika pilihanraya, saya harap Ambiga menyedari bahawa mereka yang bakal berdemonstrasi dengan beliau pada 9 Julai kelak agak pakar dalam hal ini. Semua orang tahu di tengah-tengah kerancakan kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor pada April tahun lalu, Anwar Ibrahim menjanjikan 100,000 hak milik tanah kepada golongan miskin di kawasan itu (Sumber: The Malaysian Insider, 13 April 2010). Ini diikuti dengan pengumuman Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, untuk menghapuskan cukai tanah bagi rumah kedai di Hulu Selangor (Sumber: New Straits Times, 20 April 2010), selain memberi bonus berjumlah RM6,116,000 kepada semua ketua kampung dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) di Hulu Selangor (Sumber: SelangorKini Online, 21 April 2010).


Dan saya harap Ambiga tidak melupakan ibu kepada segala perbuatan membeli undi: kempen Nik Aziz yang menjanjikan syurga jika anda mengundi PAS!


Dengan pelbagai kekecohan mengenai dakwaan keraguan pilihan raya di Malaysia, saya terfikir bagaimana agaknya keadaan di negara lain. Adakah negara lain di seluruh dunia berdepan isu dan dakwaan kepincangan pilihan raya? Apakah masalah itu hanya berlaku di Malaysia?


Menerusi carian di Internet, saya dapati pada Oktober tahun lalu, Pendaftar Pemilih (ROE) di New Zealand mengeluarkan 306 nama daripada senarai pengundi yang dikesan tidak mendiami alamat yang dinyatakan dalam borang pendaftaran. Di Auckland, ROE menyiasat 90 pengundi yang dikesan menetap di dua kediaman di Pembroke St dan Puhinui Rd.


Di Venezuela, Majlis Pendaftar Pemilih Nasional dimaklumkan mengenai kewujudan 39,000 pengundi berusia 100 tahun dan ke atas. Di Sepanyol, Biro Bancian Pemilih menerima aduan berhubung percanggahan dari segi pengundi di 22 pekan di Malaga dan 16 lagi di Granada.


Dan di Amerika Syarikat, aduan dikemukakan berdasarkan pelucutan hak mengundi apabila Parti Republikan didakwa `membersihkan' nama golongan Afrika-Amerika daripada senarai pengundi pada pilihan raya Presiden 2004 yang memihak kepada George Bush. Selain itu, ramai yang tidak dapat melupakan peristiwa apabila Suruhanjaya Hak Asasi Amerika Syarikat mengumumkan proses pilihan raya di Florida ketika Pilihan Raya Presiden AS 2000 dipenuhi dengan pelbagai kesilapan serius.


Kisah di atas membawa kita kepada dua perkara menarik. Pertama, dari segi statistik, seperti mana-mana pangkalan data yang besar saiznya, senarai pengundi tidak akan terlepas daripada kesilapan sepenuhnya, walaupun Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Secara statistik, ia memang mustahil. Ia adalah apa yang dipanggil oleh pakar statistik sebagai ralat pensampelan dibenarkan yang tidak menjejaskan integriti keseluruhan senarai dalam apa keadaan pun. Keduanya, dalam contoh di atas, pengadu membuat laporan kepada pihak berkuasa pilihan raya masing-masing dan membenarkan penyiasatan dilakukan. Mereka tidak menjadikan demonstrasi jalanan sebagai penyelesaian.


Hujah terakhir saya dalam artikel ini ialah soalan buat warga Kuala Lumpur. Apakah anda bersedia menghadapi demonstrasi jalanan di tengah-tengah ibu kota sepanjang masa? Anda sedia berdepan dengan segala kesulitannya? Semua itu akan menjadi rutin jika BERSIH diberi laluan memulakannya. Anda tidak boleh membenarkan BERSIH dan menghalang yang lain daripada berarak di sepanjang Jalan Bukit Bintang setiap hujung minggu bagi memperjuangkan pendapat masing-masing. Anda akan digelar hipokrit.

59 comments:

  1. Otak Anuwar. Ambiga dan PR sama je..otak BABI

    ReplyDelete
  2. ulasan yang mantap...!!!

    ReplyDelete
  3. Terbaik YB,
    Mantap dan terkesan.
    Mohon disebarluaskan ke akhbar, dan blog-blog

    ReplyDelete
  4. Bestttt YB besttt !! Sekarang bukan masa nak bertahan lagi..skrang masa untuk menyerang ...ayoh! kita serang pengkhianat Negara yg hanya pandai bercakap...Syabas YB

    ReplyDelete
  5. Superb YB! Superb!!!
    Thanks for the article!

    ReplyDelete
  6. Terima kasih YB..ulasan yang diberikan oleh YB sangat bernas dan banyak memberi info kepada rakyat.

    ReplyDelete
  7. betul3x. buat phmpunn haram kononya hny utk serahkn mmorandum kpd ydp Agong. tp apa pasal mau buat di kk? Agong bukan tinggal di kk pun! mcm mana mau serah? kamu urang mau berenang ka? nmpak sangat pambohong!!! agenda sbnr cuma mau kasi huru hara sabah yg aman dan ngara.

    ReplyDelete
  8. Sangat setuju dgn YB.Semuanya helah belaka.

    ReplyDelete
  9. Terima kasih atas pandangan YB. Saya rasa penjelasan tersebut cukup jelas untuk membuka mata rakyat seperti saya.

    ReplyDelete
  10. penipuan SPR terserlah...
    cuba semak NO KP ini di SEMAK SPR.

    620127075067 &
    620127075489 (22 KP ini asalnya 6761741
    banyak lagi tapi tak boleh letak disini..nanti SPR padam ..hilang bukti...haha

    (membuktikan seorg mempunyai 2 kad pengenalan.)

    semak cepattttt sebelum SPR padam
    dan sebelum TUAN BLOG PADAM......

    Dalam topic lain TUAN BLOG dah padam sebab takut akan kebenaran.

    tolong copy dan paste supaya rakyat semua tahu.....cepatttttt

    ReplyDelete
  11. Terima kasih sebab jawab semuanya dengan bernas Dato!

    ReplyDelete
  12. Satu penerangan yang bagus.

    ReplyDelete
  13. YB, sy ke kota belud last week.keadaan jln raye xubah mcm 6 thn dulu.rosak knderaan yg lalu jln kota belud.kudat apatah lg.sy sedih dgn tiada perubahan d kwsn pedalaman.berilah nafas baru kpd rkyt tmpatan.rata2 rkyat sabah tahu pmimpin sbah byk mkn rasuah.tp mreka ttp undi BN.jd buatlah sesuatu.bukn sekadar jnji kosong.cukup2lah mkn duet msuk poket sndri.

    ReplyDelete
  14. Apa pendapat YB terhadap media yang disekat sepanjang masa? Media seperti RTM dan Bernama yang sepatutnya neutral, sangat sangat menjengkelkan dan tidak memberikan ruang yang luas kepada pembangkang untuk bercakap atau memberikan pendapat. Saya cadangkan , YB untuk melihat BBC sebagai contoh, yang sangat adil dan saksama ketika membuat liputan semasa election tahun 2010.Yb boleh lihat sendiri, perbezaan bumi dengan langit RTM dan BBC, kedua duanya media milik kerajaan.

    ReplyDelete
  15. Hello brader....

    Lu jangan berita pong pang pong pang....

    1 soalan masih belom di jawab SPR....

    megapa dalam 1 rumah ada 88nama pengundi....

    ini bkn rumah kebajikan la tolol...ini rumah papan je....

    itulah tuntutan BERSIH...berader jgn menyalak serupa anjing jugak....

    Jangan Kaya sorang2 brader...tu semua rakyat punya duit...

    ingat ni...

    Makan Wang Haram..mati mu lebih terseksa...

    ReplyDelete
  16. salam...pergh terbaik lah YB...gua cayo cayo cayo....... meleleh Hingus puak Pakatan Pembangkang ni beb!!!


    Kawan nak lambung kasi terbakar Puak Pembangkang dan menyedarkan rakyat Malaysia.

    Ini lah baru yang Berhormat!!!

    ReplyDelete
  17. Tanpa nama:

    Ape kejadah ko. nak tipu agak2 la. adik aku no kp sama dgn kawan dia sbab kbtulan lahir sama tarikh & duduk kt negeri yg sama cuma 4 dijid terakhir x sama.

    ReplyDelete
  18. to Ano 3:10 PM, Julai 05, 2011

    SPR menipu atau mamat yg kata spr menipu tu yg menipu.

    Dari hasil carian dilaman web spr hanya IC bernombor 620127075489 mempunyai maklumat IC lama.

    Ini hanya menunjukkan Kebarangkalian pengundi,yang mempunyai nama tarikh lahir, dan daerah mengundi yg sama memanglah ada. Tetapi no kpnya berbeza.


    Hasil Carian.

    PERKARA PENERANGAN
    Kad Pengenalan 620127075067
    Nama ZULHAIMI BIN HARUN
    Tarikh Lahir 27 Jan 1962
    Jantina LELAKI
    Lokaliti 016 / 31 / 17 / 001 - KG SADIK
    Daerah Mengundi 016 / 31 / 17 - KAMPUNG SADEK
    DUN 016 / 31 - KUPANG
    Parlimen 016 - BALING
    Negeri KEDAH

    PERKARA PENERANGAN
    Kad Pengenalan 620127075489 / 6761741
    Nama ZULHAIMI BIN HARUN
    Tarikh Lahir 27 Jan 1962
    Jantina LELAKI
    Lokaliti 016 / 31 / 17 / 001 - KG SADIK
    Daerah Mengundi 016 / 31 / 17 - KAMPUNG SADEK
    DUN 016 / 31 - KUPANG
    Parlimen 016 - BALING
    Negeri KEDAH

    ReplyDelete
  19. tolong YB tengokkan jalan kukut,kota belud.kesian kami rakyat kudat/kota marudu teda pilihan lain terpaksa menempuh jalan sebegitu rupa utk ke KK.

    pemimpin yang amanah adalah pemimpin yang tahu menyelesaikan masalah/kesusahan rakyat yang mengundinya.

    ReplyDelete
  20. YB,

    Mengenai memberitahu SPR bila sedara kita meninggal ... kan lebih efficient jika database JPN digunakan utk update database SPR ... masalah yg akan selesai -

    1. nama mereka yg dah meninggal akan dipotong serta merta.

    2. IC yg ade dua atau lebih nama dlm database SPR juga akan ditunjukkan utk tindakan lanjut. Databse JPN sepatutnya lebih up to date.

    3. Pendaftaran automatik pengundi boleh dilaksanakan - guna alamat pada IC - jika dah ubah alamat, terpulang kepada pengundi utk update SPR & JPN.
    Kini bukan satu kesalahan utk tidak beritahu JPN bila dah tukar alamat. Ini patut diwajibkan ke YB ?

    Kita perlu gunakan IT utk memudahkan kerja-kerja kita. Tak guna ade komputer tapi hanya digunakan utk taip surat 10 kali kepada 10 org dgn isi yg sama !!!

    Yg mahu melihat perubahan berguna.

    ReplyDelete
  21. Kalau seorang pemimpin memancing undi dengan menjanji "you help me , I help you" itu bukan bersih, itu rasuah, dan lagi menggunakan wang rakyat

    ReplyDelete
  22. ..jangan dilayan sangat anak haram BERSIH tu, kalau dilayan mereka akan minta macam2 sebab mereka sebenarnya tidak ada kerja. Kalau mereka jadi kerajaan adakah mereka akan layan musuh politik mereka sebagaimana BN dok layan mereka..apa2 pun kita serahkan saja kepada Allah untuk uruskan si Al Juburi Wacinadoll tu yg telah banyak membuat onar dibumi Malaysia ini.

    ReplyDelete
  23. AMBIGA + PARTI KENCING RAKYAT (PKR) + PARTI AGAMA SESAT (PAS) + DAPig = TAK ADE OTAK.. HATI BUSUK..

    ReplyDelete
  24. AMBIGA + PARTI KENCING RAKYAT (PKR) + PARTI AGAMA SESAT (PAS) + DAPig = TAK ADE OTAK.. HATI BUSUK..

    ReplyDelete
  25. inilah satu contoh hujah2 yg bernas,mantap dan berilmu.. bukan mcm blog2 fackatan yg menulis menggunakan kepala lutut yg penuh emosi sasau! tahniah YB saya sokong 100% pendapat YB!! syukur masih ada manusia yg boleh saya harapkan di Malaysia ini!!

    ReplyDelete
  26. beri komen tuan tentang gerrymendering..Tuntutan BERSIH no 1.

    lain2 tuntutan BERSIH is bullshit to me.

    tq

    ReplyDelete
  27. Tahniah datuk ulasan yang amat jelas dan tepat.
    Hanya mereka yang BODOH dan tidak mahu menggunakan AKAL sahaja yang tidak dapat menerima kebenaran ini.

    ReplyDelete
  28. tak meyakinkan sgt, sorry YB. macam menegak benang yg basah.

    ReplyDelete
  29. kah kah kah. macam ini ke YB buat artikel atau kenyataan. Macam budak diploma universiti ja. Memalukan. kah kah kah.

    ReplyDelete
  30. TIADA APA LAGI YANG SAYA NAK SOAL. SEMUANYA TERJAWAB DENGAN BAIK. KERAJAAN NAJIB MEMANG TELUS.

    ReplyDelete
  31. Suka aku baca cadangan salah sorang dari Tanpa Nama di atas. Cadangan yang baik, cuma nak buat tu bukan senang. Ada akta yang kena ubah. Lepas tu proses kena update.

    Walaupun aku tak sokong Bersih dan setuju dgn YB, tapi cadangan Tanpa Nama ni sangat baik untuk dibincangkan dan dilaksanakan. Dari Bersih buat demo, baik terima pelawaan SPR untuk beri cadangan. Lepas tu kasi masuk parlimen. Lepas tu monitor, kalau tak buat lagi, bising2 sikit, kasik pressure, then sure beres. Biasala kerajaan, banyak birokrasi, tapi lambat laun selesai jugak.

    Ambiga ni tak sabar2 sangat ni. Atau ada remote kat belakang?

    ReplyDelete
  32. bagus YB.. kasi gegar sket karung kunyit Juak2 Fakatan.. ini baru la YB..

    ReplyDelete
  33. Ini baru layak jadi YB.. Fakta yg bernas lg kukuh.. amacam juak2 fakatan.. ade gegar x karung kunyit ampa.. terus sesah puak2 ni..

    ReplyDelete
  34. ini la baru layak jadi YB.. amacam pakatan.. jom bersihkan pakatan..

    ReplyDelete
  35. bersihkan pakatan.. pilihan raya diorg pun korup.. nak ajar org.. kasi bersih dlu la dey..

    ReplyDelete
  36. wakil rakyat macam nilah yang kita mahukan..good job yb..hope can see u in dewan rakyat again after pru 13

    ReplyDelete
  37. Tahniah Y.B. Pemimpin muda yang hebat....

    ReplyDelete
  38. to Ano 3:10 PM, Julai 05, 2011

    SPR menipu atau mamat yg kata spr menipu tu yg menipu.

    Dari hasil carian dilaman web spr hanya IC bernombor 620127075489 mempunyai maklumat IC lama.

    Ini hanya menunjukkan Kebarangkalian pengundi,yang mempunyai nama tarikh lahir, dan daerah mengundi yg sama memanglah ada. Tetapi no kpnya berbeza.


    Hasil Carian.

    PERKARA PENERANGAN
    Kad Pengenalan 620127075067
    Nama ZULHAIMI BIN HARUN
    Tarikh Lahir 27 Jan 1962
    Jantina LELAKI
    Lokaliti 016 / 31 / 17 / 001 - KG SADIK
    Daerah Mengundi 016 / 31 / 17 - KAMPUNG SADEK
    DUN 016 / 31 - KUPANG
    Parlimen 016 - BALING
    Negeri KEDAH

    PERKARA PENERANGAN
    Kad Pengenalan 620127075489 / 6761741
    Nama ZULHAIMI BIN HARUN
    Tarikh Lahir 27 Jan 1962
    Jantina LELAKI
    Lokaliti 016 / 31 / 17 / 001 - KG SADIK
    Daerah Mengundi 016 / 31 / 17 - KAMPUNG SADEK
    DUN 016 / 31 - KUPANG
    Parlimen 016 - BALING
    Negeri KEDAH

    PRU ke 12 2008
    PAS 36,704 undi
    BN 28,461 undi

    Itu pun nak komplen.

    ReplyDelete
  39. to Ano 3:10 PM, Julai 05, 2011

    SPR menipu atau mamat yg kata spr menipu tu yg menipu.

    Dari hasil carian dilaman web spr hanya IC bernombor 620127075489 mempunyai maklumat IC lama.

    Ini hanya menunjukkan Kebarangkalian pengundi,yang mempunyai nama tarikh lahir, dan daerah mengundi yg sama memanglah ada. Tetapi no kpnya berbeza.


    Hasil Carian.

    PERKARA PENERANGAN
    Kad Pengenalan 620127075067
    Nama ZULHAIMI BIN HARUN
    Tarikh Lahir 27 Jan 1962
    Jantina LELAKI
    Lokaliti 016 / 31 / 17 / 001 - KG SADIK
    Daerah Mengundi 016 / 31 / 17 - KAMPUNG SADEK
    DUN 016 / 31 - KUPANG
    Parlimen 016 - BALING
    Negeri KEDAH

    PERKARA PENERANGAN
    Kad Pengenalan 620127075489 / 6761741
    Nama ZULHAIMI BIN HARUN
    Tarikh Lahir 27 Jan 1962
    Jantina LELAKI
    Lokaliti 016 / 31 / 17 / 001 - KG SADIK
    Daerah Mengundi 016 / 31 / 17 - KAMPUNG SADEK
    DUN 016 / 31 - KUPANG
    Parlimen 016 - BALING
    Negeri KEDAH

    PRU ke 12 2008
    PAS 36,704 undi
    BN 28,461 undi

    Itu pun nak komplen.

    ReplyDelete
  40. Hidup di dinia hanya sementara saja. Innngaaaaaaaaattttttttt!!!!!!!
    iiinnnnnssssaaaafffflah!!!!!!
    Betapa tidak cerdiknya. Banyaakk ingat mati. Setiap perbuatan dan perkataan akan mendapat balasan, balasan, balasan. inggat ttttuuuuu

    ReplyDelete
  41. Hidup di dunia hanya sementara saja. Innngaaaaaaaaattttttttt!!!!!!!
    iiinnnnnssssaaaafffflah!!!!!!
    Betapa tidak cerdiknya. Banyaakk ingat mati. Setiap perbuatan dan perkataan akan mendapat balasan, balasan, balasan. inggat ttttuuuuu

    ReplyDelete
  42. kalau macam ni punya hujah orang umno, memang tak mustahillah asyik kena tipu jer dgn seumur hidup...cuba jawab sikit dan ulas sikit pasal satu nama ada dua IC ni..jgn bising2 terus...jadilah pandai sikit ahli umno oi..

    ReplyDelete
  43. artikel yg bernas juga jika difikirkan...keadilan amat subjektif, baik parti pembangkang atau pro kerajaan akan tetap berlaku ketidakadilan dalam tampuk pemerintahan...sedangkan dalam keluarga pun ibu bapa sukar untuk berlaku adil..mungkin semua akan berpuas hati sekiranya malaysia tidak lagi wujud di dalam peta dan rakyatnya bebas untuk menjadi rakyat mana2 negara di dunia yang dirasakan paling adil oleh mereka..sebelum berjuang untuk orang lain, kita berjuang dulu memperbaiki mentaliti, kebersihan rohani dan fizikal diri sendiri..amin

    ReplyDelete
  44. kentut je same diorang

    ReplyDelete
  45. Artikel ini membuktikan kerajaan masih lemah dengan ketelusan Undi...dan secara tidak langsung membuktikan yang kesemua undi itu boleh dimanipulasikan untuk kepentingan individu. sepatutnya isu kematian, itu telah difikirkan pada pru yang terdahulu, kenapa pada zaman IT masih lagi tidak di selesaikan...adakah ini semua adalah kelebihan bagi pihak kerajaan? dan seperti kata para penghantar ulasan "birokrasi" nmpknya jelas menunjukan situasi sebenar yang berlaku dalam kerajaan...terima kasih demokrasi..kami hanya inginkan perubahan

    ReplyDelete
  46. semua puak pembangkang di negaraku yg tercinta ini semuanya adalah pembangkang tidak berotak ,tak ada yg membangkang utk kemajuan tapi membangkang ke arah kemunduran dan merosakan negara.Kita x perlu ada pembangkang jenis ini.Pembangkang ini dari golongan pembangkang otak letak kat lubang juboq,kalau berak keluar sekali otak mereka tu.LOW CLASS OPOSITION.

    ReplyDelete
  47. YB oo YB...,ko sebok smpai statistik..,us,NEW ZEALAND,BLA..BLA..BLA..KENAPA???jauh ba ko pigi ni.......ko punya tempat di Kota Belud tu yg ko mo jaga bah...,ada ko pigi sini Kg Kulambai ka??...jalan belubang2, saw3ah padi tida air,perparitan punya sistem pon tersumbat sana sini,Balai raya pon mo roboh suda..UMNO betapak di Sabah pon mula di Usukan bah..,tapi mana ko pigi???...ada ko lawat sini ka?...JGN LA KO MO JD HERO KALO TMPT SNDIRI PON KO TIDAK PEDULIK...!!!!!...MKN GAJI BUTA KA KO NI???MAU PILIHANRAYA JA KO TUNJUK MUKA,MENANG SUDAH MANA KO PUNYA MUKA..???aku bkn pembangkang ba,tp muak suda aku tngok pemimpin Sabah mcm ko ni....pirah!!!

    ReplyDelete
  48. Tanpa Nama 310pm,

    Kalau betul penipuan, tolong report kepada SPR. Mereka akan perbetulkan. Melalak dalam blog ini tidak akan menyelsaikan masalah itu.

    Kalau nak power lagi, saman SPR , bawa ke mahkamah.

    Kalau anda tidak buat begitu, orang akan mengatakan anda berbohong dengan fakta-fakta itu.

    ReplyDelete
  49. Tanpa Nama 924,

    Melalak dalam blog ini tak akan dapat markah tinggi. Saya setiap minggu berada di Kota Belud. Ada masa, anda boleh ikut saya. Dan anda akan faham apa yang saya buat.

    ReplyDelete
  50. "Pada pendapat saya, seseorang yang mendaftar sebagai pengundi di Kota Belud tetapi memilih untuk hidup dan bekerja di Kuala Lumpur tidak berhak menentukan siapa yang patut menjadi Wakil Rakyat bagi penduduk Kota Belud! Dia sepatutnya mengundi memilih Wakil Rakyat di Kuala Lumpur yang lebih sesuai menangani pelbagai isu berhubung kehidupannya di bandaraya besar itu! Adalah tidak adil bagi masyarakat tempatan Kota Belud tunduk kepada kemahuan `orang luar' yang tinggal di Kuala Lumpur dalam menentukan calon pilihan sedangkan mereka yang perlu berdepan Wakil Rakyat itu setiap hari."


    pendapat datuk pasal ini sya kurang setuju.....ada ka patut datok beri pendapat sebegini...kebanyakan orang sabah yg berkerja di KL kebanyakanya adalah berkerja dengan kerajaan cthnya sebagai polis/kastam/tentera.....mengapa mereka x patut mengundi di kawasan kelahiran mereka, mereka juga mahu tempat kelahiran mereka maju seperti KL...supaya nanti bila maju x payah lagi nk berhijrah ke KL untuk cari kerja. cari kerja kt kota belud sudah...kebanyakan mudamudi kotabelud pergi ke KL bukan untuk menetap selama-lamanya di KL....mereka pergi untuk berkerja mencari duit untuk meningkatkan taraf hidup di KG...

    ReplyDelete
  51. Very comprehensive article YB. A true gentlemen in delivering opinions. Sekurang kurangnya YB menjemput untuk bersemuka bagi tujuan perbincangan.Integriti individu dipertengahkan dan artikel ditulis dengan berasaskan fakta dan rujukan terperinci.Well done. thanks.

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: