Friday, June 10, 2011

Antara Blog Kelapa Mawar, kesesakan pekan KB dan kekecewaan

Saya merujuk kepada artikel yang telah ditulis oleh blogger Kelapa Mawar mengenai kesesakan lalulintas di Pekan Kota Belud. Beliau menulis antara lainnya.

"Jalan raya bypass yang diwar-warkan kononnya untuk mengelakkan kesesakan teruk di pekan ini nyata adalah mainan politik dan retorik pembangunan yang berselindung atas kepentingan rakyat. Masalah kesesakan di pekan ini terus menjadi 'hantu bangkit' dikalangan masyarakatnya termasuk masyarakat luar yang datang berkunjung di pekan yang terkenal dengan tamu mingguannya ini.


Masalah kesesakan ini berlaku di segenap pelusuk memasuki pekan ini. Dari kedamaian, dari Tempasuk dan dari Usukan terutama sekitar pukul 8.00 pagi hingga tengah hari setiap hari. Para pemimpin di dan wakil rakyat seperti mati akal untuk menyelesaikan masalah ini. Bila keadaan ini akan berakhir? bila PRU 13 muncul nanti, ikutilah kempen0-kempen pemimpin yang bertanding, pasti akan kedengaran dodoian si kaduk yang mahu menjadi hero menyelesaikan kesesakkan ini. selepas PRU, dodoian itu akan samar menjadi janji basi dan busuk. Wahai rakyat Kota Belud! bukalah minda! bukalah mata! kapan kamu menjadi kunang-kunang menerangi si pemimpin yang semakin buta matanya?"


Pada awal saya menjadi ahli parlimen Kota Belud, isu kesesakan trafik lalulintas di Pekan Kota Belud menjadi salah satu isu yang paling awal dibawa keperhatian saya. Memang benar keadaan kesesakan lalulintas di Pekan Kota Belud sudah sampai ketahap yang agak kronik.

Sebab itu pada penghujung tahun lepas, pihak kerajaan telah memberi peruntukan sebanyak RM2.8juta untuk membina jalan penyuraian/lintas dari kawasan kedai Telak Bana ke Menunggui dan ke simpang jalan JKR. Ini akan memberi jalan masuk dan keluar baru pekan Kota Belud dan seterusnya mengurangkan kesesakan lalulintas di dalam pekan.

Malangnya setelah bertungkus lumus mendapatkan peruntukan itu, kerajaan tidak dapat membina jalan tersebut kerana dibantah oleh beberapa pihak tuan punya tanah di mana jalan itu terpaksa lalui.

Perundingan demi perundingan telah dilakukan tetapi tuan-tuan punya tanah memberi berbagai-bagai alasan yang tidak dapat di terima oleh kerajaan. Kelewatan ini berpanjangan sehinggakan tempoh untuk membelanjakan duit itu semakin luput. Oleh kerana tidak mahu peruntukan itu ditarik balik oleh kerajaan, maka akhirnya, projek itu terpaksa ditangguh dan bajet untuk jalan penyuraian/lintas itu telah dipindahkan kepada pembinaan jalan Sumbulingan Pituru Laut.

Ringkasnya, janji telah ditepati tetapi oleh kerana ada pihak yang tidak bersetuju maka projek itu tidak dapat dibuat. Inilah realiti masalah pembangunan di Kota Belud sekarang ini. Hakikatnya, banyak projek-projek kerajaan menemui jalan buntu atau mengalami kelewatan yang amat ketara kerana proses perundingan pengambilalihan tapak tanah dengan pemilik gagal atau tidak berganjak.

Sampai bila fenomena yang mengecewakan ini berlanjutan, hanya rakyat Kota Belud yang boleh menentukannya. Tepuk dada tanya selera.



3 comments:

  1. Pada hemat saya sebagai penghuni daerah Kota Belud, yg menyebabkan kesesakan lalu lintas bertambah parah dengan KERENAH "KERETA SAPU" dan KENDERAAN AWAM yang TERLALU MANJA DENGAN PIHAK BERKUASA (POLIS). Mereka ini KEBAL di sisi undang2. Cuba perhatikan waktu puncak jam 4-6 ptg; bagaimana keadaan KERETA SEWA HARAM (KERETA SAPU) ini meletakkan kenderaan mereka ??? Tidak keterlaluan jika saya katakan POLIS YG MENJAGA LALU LINTAS di Kota Belud sudah BUTA MATA dan BUTA HATI. Sebenarnya pihak MDKB boleh memainkan peranan yg lebih baik untuk menguruskan lalu lintas pekan Kota Belud. Apa yg kita lihat ??? DIKATAKAN "PEGAWAI KERJA UNTUK 25HB ATAU 28HB"....

    ReplyDelete
  2. Saya setuju dengan pendapat di atas. Pihak polis di KB hanya bertindak kadang2 saja. Balai polis terlalu dekat tapi operasi jarang sangat. Kalau ronda2 pun jalan bertiga lepas tu nampak macam bersiar2 ja.

    Pergi ke pasar KB tengok kereta private yg parking situ. Separuh jalan 2 hala tinggal sehala sebab cara mereka parking.

    Tentang alasa Dato dalam artikel yg kata punca projek tak jalan adalah kerana tiada kerjasama penduduk masih boleh dipertikaikan. Kalau dato sendiri, dato mahu ka tanah atau kawasan dato diambil untuk apa2 tujuan tanpa pulangan yang berpatutan?

    Berikan pampasan yg sesuai kalau betul2 bersungguh mahu dapatkan kawasan tu. Bukannya bagi alasan.

    ReplyDelete
  3. Tahniah Datuk di atas usaha untuk mencari jalan penyelesaian terhadap kesesakan lalulintas di pekan KB.Moga usaha ini akan berterusan..insya allah

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: