Thursday, May 05, 2011

Isu Tanah Kota Belud

Salam,

Saya mengikuti perbincangan rakan-rakan Facebook mengenai isu tanah di Kota Belud. Isu ini penting untuk dibincang dan perlu ada perbincangan yang sihat.

Saya sekarang berada di Singapura untuk menghadiri persidangan perdagangan antarabangsa dan akan kembali ke tanah air hujung minggu ini.
Selepas itu, insyaallah saya akan mengadakan perjumpaan mengenai isu ini agar kita semua dapat mendengar dan memahami pendirian dan pendapat semua pihak mengenai isu berkenaan.

Salam, DARD.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

5 comments:

  1. kalau saya bawa satu isu lain selain daripada isu tanah .... boleh kah datu?

    ReplyDelete
  2. Saya setuju, isu ini perlu diperbincangkan dengan cara yang sihat dan yang paling penting, kita seharusnya berfikiran terbuka. Saya amat kesal membaca beberapa ulasan yang dibuat rakan-rakan tertentu mengenai isu tanah trsebut.. Tidak seharusnya kita membuat kesimpulan terlalu cepat dan lari dari fakta yang sebenar..Fakta itu amat penting dalam sesuatu isu..Teruskan Perjuangan DARD!

    ReplyDelete
  3. Salam Datuk,saya terpanggil sekali gus ingin melontar sedikit pandangan dan komentar dlm isu ini.Sebelum itu,saya telah beberapa kali mencelah teman-teman seperjuangan yang meluahkan beberapa komentar,cadangan,ulasan dan teguran melalui laman Fb ini,tujuan saya mencela dalam isu yang membabitkan soal tanah ini YB.Datuk,bukan kerana saya arif dlm soal2 sedemikian tetapi lebih kepada mengemukakan cadangan agar isu ini jgn terlampau didedahkan dlm laman sosial Fb ini kerana platform yang paling sesuai utk membincangkan isu ini adalah melalui perbincangan meja bulat dengan menjemput sekali agensi-agensi kerajaan yang relevan dalam isu ini selain membincangkannya dengan rasional melalui pendekatan yang lebih profesional.Saya mengucapkan syabas dan tahniah pada YB.Datuk atas inisiatif yang akan Datuk ambil setelah kembali ke daerah ini bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu ini.Terima Kasih.

    ReplyDelete
  4. Teruskan perjuangan belia DARD........

    ReplyDelete
  5. Teruskan perjuangan ini DARD...

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: