Friday, March 11, 2011

Buku Jingga Bankrapkan Negara - Analisis Berfakta

Saya amat teruja apabila mendapat tahu bahawa Pakatan Rakyat (PR) telah mengumumkan dasar-dasar utama ekonomi dan kerajaan mereka jika dapat menawan Putrajaya. Saya gembira kerana PR akhirnya sedar bahawa untuk memenangi hati rakyat dan untuk menjadi kerajaan Persekutuan, mereka tidak boleh lagi menggunakan pendekatan retorik semata-mata. Akhirnya mereka harus akur kepada tuntutan “two-party-system” iaitu mempersembahkan dasar-dasar alternatif yang berbeza dengan  parti pemerintah.

Agaknya atas kesedaran ini, maka lahirlah Buku Jingga yang diilhamkan oleh YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, YB Lim Kit Siang dan YB Dato Seri Abdul Hadi Awang. Kini sekurang-kurangnya rakyat dapat menilai antara keberkesanan Buku Jingga dan Model Ekonomi Baru ilham Perdana Menteri YAB Dato Sri Najib Tun Razak.

Saya sebenarnya mengharapkan satu buku yang sarat dengan hujah-hujah ekonomi yang berdasarkan fakta yang nyata. Harapan saya ternyata meleset apabila membaca 3 mukasurat yang pertama sahaja, saya agak terkejut kerana PR masih lagi menggunakan berbagai-bagai label dan ungkapan-ungkapan retorik untuk mencemuh BN. Antaranya: selamatkan Malaysia, noda hak rakyat, rasuah, salahguna kuasa, bolot, tidak peduli, mengekang, tidak berjiwa rakyat, krisis parah, perkauman, durjana, pudar, ketinggalan, meraba-raba, bongkak, pentingkan sendiri, mundur, merudum, penderitaan, ketirisan, songsang, hambar, menunggang, lemah, kemelut, malap, gelap, ketakutan dan kabur.

Sebagai penyokong BN, saya hampir saja membuang Buku Jingga kedalam tong sampah kerana kecewa dengan retorik politik berlebihan yang tidak kena pada tempatnya.

Saya faham tentang politik. Setiap parti akan cuba sedaya upaya untuk mendapat pulangan politik terhadap apa saja yang mereka lakukan. Itu tidak salah kerana itulah lumrah politik. Tetapi dalam hal ini PR sepatutnya belajar daripada BN. Contohnya dalam dokumen Model Ekonomi Baru yang merangkumi Program Transformasi Ekonomi dan Kerajaan, tidak ada satu ayat pun yang memperlekehkan pembangkang. Semuanya ditulis dengan rasa keinsafan dan kesedaran bahawa Model Ekonomi Baru adalah milik semua rakyat Malaysia, tidak kira apa pegangan politik mereka. BN menyedari bahawa untuk Program Transformasi Ekonomi dan Kerajaan berjaya, semua rakyat Malaysia termasuk yang menyokong BN dan PR perlu menerimanya. Sebab itu, adalah penting untuk PR menyedari bahawa untuk berjaya, Buku Jingga juga perlu memenangi majoriti hati rakyat termasuk penyokong BN dan mereka yang di atas pagar.

Satu perkara lagi yang saya dapat bezakan antara Buku Jingga dan Program Transformasi Ekonomi dan Kerajaan ialah cara ianya dirancang. Program Transformasi Ekonomi dan Kerajaan dirancang oleh BN setelah mendapat pandangan dan cadangan daripada rakyat melalui beberapa siri interaksi dan perhubungan dengan mereka. Antara lainnya ialah:

·      190,152 respon daripada orang awam melalui SMS
·      20,000 pengunjung bengkel-bengkel awam (public workshop)
·      24,719 respon daripada kajian on-line (on-line polls)
·      900 ahli makmal yang terdiri daripada pegawai-pegawai tinggi kerajaan dan pakar-pakar industri dan NGO
·      6,213 respon dari orang awam secara bertulis
·      dan 26,000 pengunjung Hari Terbuka (open days) PEMANDU mengenai Program Transformasi Ekonomi dan Kerajaan.

Setelah mendengar dan mengambil kira respon dan pandangan orang awam, barulah kerajaan BN membuat “endorsement” terhadap Program Transformasi Ekonomi dan Kerajaan . Buku Jingga pula, sepanjang pengetahuan saya, tidak pernah membuat sebarang percubaan untuk mendapatkan pandangan umum sebelum ianya digubal. Mungkin sebab itulah rakyat kurang merasai potensi Buku Jingga ini.

Selain itu, satu lagi perbezaan ketara antara Buku Jingga dan Program Transformasi Ekonomi dan Kerajaan BN ialah pendekatan masing-masing dalam usaha memacu ekonomi negara. BN meletakkan sektor swasta sebagai “driver” kepada ekonomi negara (Private sector driven -  contohnya 92% daripada pelaburan dan perbelanjaan Model Ekonom Baru akan datang daripada sektor swasta) manakala Buku Jingga pula meletakkan kerajaan sebagai driver ekonomi dengan menuntut kerajaan PR untuk berbelanja besar (big government spending!).

Apapun, saya teruskan tulisan ini dengan analisa saya terhadap Buku Jingga. Saya ucapkan terimakasih kepada MOF, EPU dan PEMANDU yang  telah banyak memberi pandangan dan input kepada saya.

Buku Jingga boleh dibahagikan kepada dua kategori. Kategori yang pertama ialah 10 janji yang akan diimplementasikan dalam masa 100 hari PKR menjadi kerajaan persekutuan dan kategori kedua ialah 39 janji dibawah tajuk “Dasar Bersama” atau “Common Policy”.  Saya akan memberi keutamaan dan menjawab janji-janji berkenaan ekonomi dahulu kerana ianya mempunyai kesan dan implikasi yang besar kepada ekonomi negara. Janji-janji tiada kaitan dengan ekonomi secara langsung akan saya jawab pada posting yang akan datang dalam blog ini.

Buku Jingga menjanjikan beberapa perkara utama yang melibatkan kewangan negara.

Antara lain:

·      Pengambilalihan konsesi-konsensi lebuhraya negara
·      pemberian RM500 kepada kakitangan kerajaan bermula dengan guru-guru
·      menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada rakyat di kawasan bandar dan separa bandar
·      meningkatkan pendapatan isirumah kepada tahap minima RM4,000 sebulan
·      penghapusan subsidi RM19 billion kepada IPP (Independent Power Producer – Penjana Tenaga Bebas)
·      menaikan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Trengganu dan Kelantan kepada 20%


(1) Pengambilalihan konsesi-konsensi lebuhraya negara
 – Kos kepada kerajaan RM50 billion

Dasar PR ini mengarahkan kerajaan membuat tawaran pembelian saham-saham 19 syarikat konsesi lebuhraya yang dipegang oleh pelabur swasta. Kos pengambilan 19 lebuhraya melibatkan kos tidak kurang dari RM50 billion. Angka RM50 billion adalah tawaran terbaik buat masa ini kepada pemegang saham swasta oleh sebuah syarikat bernama Asas Serbi Sdn Bhd. Besar kemungkinan pemegang saham swasta tidak akan menerima tawaran kerajaan yang lebih rendah dari RM50 billion.

(2) Meningkatkan pendapatan isirumah kepada tahap minima RM4,000 sebulan
– Kos kepada kerajaan minima RM93.9 billion setahun

Untuk memastikan setiap isirumah mendapat RM4,000 dalam masa lima tahun, pendapatan isirumah mesti berkembang pada kadar 21.7%. Ini adalah satu perkara yang susah direalisasikan buat masa ini. Kalau kita ambil contoh ekonomi yang paling pesat membangun di dunia untuk dibuat perbandingan iaitu ekonomi negara China, pendapatan isirumah mereka hanya berkembang pada tahap lebih kurang 10% sahaja setahun (sumber: National Bureau of Statistics China). Di Thailand dengan ekonomi yang memberangsangkan, kadar ini hanya 6.3% (sumber: National Statistical Office Thailand).

Jika PR gagal mengembangkan pendapatan isirumah pada kadar 21.7% (dan ini mungkin berlaku), PR terpaksa menokok sejumlah wang untuk memastikan janji mereka ditunaikan. Berapakah yang perlu PR belanjakan?

Peratusan isirumah yang berpendapatan RM4,000 kebawah ialah 67.1% (atau 3.8 juta isirumah). Untuk memastikan pendapatan isirumah mencapai RM4,000, secara puratanya PR terpaksa menokok wang tunai sebanyak RM2,045 sebulan setiap isirumah. Ini bermakna untuk setahun jumlah yang akan dibelanjakan oleh kerajaan PR ialah RM93 billion (untuk 3 tahun jumlah itu menjangkau RM279 billion. Untuk 5 tahun jumlahnya ialah RM465 billion).

(3) Pemberian RM500 kepada kakitangan kerajaan bermula dengan guru-guru
– Kos kepada kerajaan RM2.4 billion

Jumlah guru di Malaysia lebih kurang 400,000 orang. Penambahan gaji RM500 seorang akan memakan kos sebanyak RM2.4 billion setahun (RM500 X 400,000 orang X 12 bulan).
Saya berpendapat besar kemungkinan PR tidak akan dapat menolak desakan kakitangan kerajaan yang lain untuk mendapat kenaikan gaji yang sama. Kalau ini berlaku maka kos akan meinngkat kepada RM7.2 billion setahun (RM500 x 1,200,000 orang kakitangan kerajaan X 12 bulan)


(4)  Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada rakyat di kawasan bandar dan separa bandar
– Kos kepada kerajaan RM1.2 billion

Mengikut anggaran syarikat Wireless@KL, untuk membangunkan prasarana dan perkhidmatan Wi-Fi percuma di Kuala Lumpur (luas 244km persegi) sahaja akan memakan belanja RM64 juta (Capex RM50juta, Opex RM14juta). Kalau dikembangkan ke kawasan bandar dan separa bandar di Kangar, Ipoh, Pulau Pinang, Alor Setar, Petaling Jaya, Melaka, Seremban, Johor Bahru, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching, kos yang dianggarkan ialah RM1.2 billion.

(5) Menaikkan bayaran royalti kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20% - Kos kepada kerajaan RM12.5 billion (jika andaian Petronas mengekalkan tahap “retained profits”nya.

Dengan 5 perkara ekonomi diatas sahaja, bajet kerajaan PR akan mengalami defisit yang teruk dan hutang kerajaan PR akan melonjak naik.

Oleh kerana Buku Jingga tidak mempunyai maklumat tentang defisit bajet (peratusan dari KDNK), saya terpaksa menggunakan unjuran peratusan defisit yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam bajet 2011. Jumlah defisit ini bolehlah dikira sebagai “starting point” untuk bajet kerajaan PR jika mereka memerintah Putrajaya.

Defisit bajet untuk setahun pertama ialah:

·      Defisit 2011 ialah RM39 billion (5.4% dari KDNK), tambah
·      Kos penghapusan tol RM50 billion (6.92% dari KDNK), tambah
·      Kos menokok tambah pendapatan isirumah RM93.9 billion (12.99%) dari KDNK), tambah
·      Kos naik gaji guru RM2.4 billion (0.33% dari KDNK) tambah
·      Kos Wi-FI percuma RM1.2 billion (0.17% dari KDNK) tambah
·      Kos tambahan 20% royalti minyak RM12.5 billion (1.73% dari KDNK)

Keseluruhannya defisit bajet PR pada tahun pertama ialah RM199 billion atau 27.54% dari KDNK.

Dengan defisit sebesar itu, kerajaan PR akan berhutang untuk menampung defisit bajet tersebut. Hutang kerajaan PR dianggarkan melonjak kepada RM617.1 billion atau 85.4% dari KDNK. Ini senario tahun pertama PR menjadi kerajaan persekutuan.

Untuk tahun kedua, oleh kerana beberapa perbelanjaan seperti pengambilalihan lebuhraya dan pembinaan prasarana Wi-Fi adalah merupakan perbelanjaan sekali sahaja (one-off), defisit bajet kerajaan PR untuk tahun kedua dijangka turun kepada RM139.3 billion (18% dari KDNK).

Oleh kerana tahun kedua bajet masih lagi defisit, sekali lagi kerajaan PR  terpaksa menambah hutang mereka kepada RM783.5 billion (101.3% dari KDNK) untuk menampung defisit bajet untuk tahun kedua.

Maka untuk tahun kedua pemerintahan PR, defisit bajet negara akan melebihi 10% dari KDNK dan hutang kerajaan PR akan melampui 100% dari KDNK. Dengan itu Malaysia akan secara rasminya diistiharkan BANKRAP kerana hutangnya melebihi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)!

Nota:

(1) Anggaran ini hanya mengambil senario dimana kos pengambilan 19 lebuhraya negara ini ialah RM50 billion. Ada pakar ekonomi yang menjangkakan kos pengambilan ini boleh mencecah RM100 billion.

(2) Anggaran ini juga hanya mengambil senario di mana hanya gaji guru yang diberi tambahan RM500 sebulan. Jika semua kakitangan perkhidmatan awam yang berjumkah 1.2 juta mendesak kerajaan PR untuk memberi mereka jumlah yang sama, tambahan kos ialah RM7.2 billion dan bukannya RM2.4 billion setahun.

Dari Mana PR bercadang menambah pendapatannya?

Saya difahamkan bahawa PR merancang untuk menggunakan “penjimatan” RM19 billion yang dipotong dari subsidi kepada Penaja Kuasa Bebas (IPP) untuk menampung dasar-dasar yang saya sebut diatas (sebenarnya fakta Buku Jingga ini adalah salah. RM19 billion bukanlah semuanya subsidi untuk IPP sahaja).

Jawapan saya ialah penjimatan itu tidak akan dirasai oleh rakyat kerana besar kemungkinan IPP akan memindahkan kos mereka kepada pengguna elektrik dalam bentuk bil elektrik yang tinggi. Kita perlu ingat bahawa sebahagian daripada subsidi RM19 billion itu adalah untuk mengurangkan kos IPP agar kos sebenar elektrik tidak tinggi.

Begitu juga dengan kenyataan Buku Jingga bahawa mereka akan memastikan ketirisan tidak berlaku. Mereka mendakwa mereka boleh menjimatkan ketirisan sebanyak RM28 billion.

Untuk makluman, jumlah RM28 billion tidak ada dalam lapuran Ketua Audit negara. Saya sendiri telah bertanya kepada Tan Sri Amrin Buang, Ketua Audit Negara dan beliau mengesahkan tidak pernah mengatakan ada ketirisan RM28 billion.

Mungkin pakar-pakar ekonomi PR akan mengatakan bahawa ketirisan banyak berlaku seperti dalam PKFZ, Perwaja dan lain-lain lagi. Saya tidak menyangkal fakta itu. Tetapi sebagai pakar ekonomi, sudah tentu mereka tahu bahawa adalah kurang sesuai untuk membuat  unjuran pendapatan negara bersandarkan kepada penjimatan yang disebabkan oleh usaha membenteras salahguna kuasa, rasuah atau pembaziran. Jumlah dari pembenterasan salahguna kuasa, rasuah dan pembaziran sepatutnya diklasifikasikan sebagai “bonus” dan bukannya pendapatan. Ini kerana penjimatan dari salahguna kuasa, pembaziran atau rasuah bukanlah satu jumlah yang boleh dianggarkan dengan tepat dan tidak dapat pula dipastikan bila boleh direalisasikan.

Saya  menghargai usaha PR yang akan cuba untuk membanteras gejala-gejala jenayah ini tetapi  saya tidak dapat bersetuju untuk memasukkan “penjimatan” ini sebagai satu pendapatan negara yang boleh dianggarkan dengan tepat dan seterusnya dibelanjakan. Ini sudah tentu akan membawa kepada masalah besar jika unjuran pendapatan negara, yang disandarkan kepada sesuatu yang susah dikesan dan agak lama untuk diselesaikan (sebagai contoh PKFZ dan Perwaja,) tidak dapat direalisasikan dalam tahun bajet itu dibuat.

Dari analisis di atas, jelas menunjukkan bahawa Buku Jingga adalah satu percubaan yang baik namun jika kerajaan PR melaksanakan janji-janji mereka, ekonomi Malaysia tentunya akan bankrap dalam masa dua tahun pemerintahannya. Kesimpulannya, bagi saya Buku Jingga adalah satu buku yang “over simplistic”, tidak realistik dan tidak berpijak pada bumi yang nyata. Tambahan pulak banyak janji-janji sebelum ini tidak dimasukkan kedalam janji 100 hari itu…. Apa sudah jadi dengan janji jawatan Timbalan Perdana Menteri untuk kuota orang Sabah dan Sarawak?

Nota akhir: Saya akan menulis  janji-janji PR yang tiada kaitan dengan prestasi ekonomi negara secara langsung dalam posting saya yang akan datang. Ini termasuk isu institusi kenegaraan seperti ISA, SPRM dan SPR, Felda, janji kepada Sabah dan Sarawak dan lain-lain.

Salam DARD

26 comments:

  1. Mantap YB. Akan disebarkan segera!

    ReplyDelete
  2. piuweettt....caya lah YB..ada bakat jadi Menteri Berkaitan Ekonomi!

    WOKEH...diharap lepas ni,pihak2 yg sebelah mana2 akan memberikan pulak point2 yg professional dan sanggahan berangka..jangan ada point yg 'pincang' sudah lah yea..

    Namanya POLITIK memang negitu tapi dalam bab Buku Jingga lawan Buku 1Malaysia (he!he!...),janganlah main politik tapi kami generasi atas pagar mau melihat fakta dan diskusi POSITIF dan fakta point serta andaian yang sihat.

    Gelanggang di buka wahai PR & BN!

    ReplyDelete
  3. SECARA JUJUR!!! walaupun belum dilaksanakan,sbg warga negara,sy tertarik dgn apa yg di canangkan di dlm BUKU JINGGA..

    Golongan bwhan tidak mengharapkan bantuan "jangka masa pendek" bebanan dan tekanan ekonomi pd org bawahan amat terasa skiranya tiada penyelesian diambil utk megurangkan masalah ekonomi..

    Pd sya,golongan di atas tidak perlu "mengungkit apa JASA KEPADA RAKYAT a.k.a JKR,krn anda smua telah dipilih oleh kami utk memajukan dan memberi mafaat kpd kami.

    Menghapuskan TOL antara cadangan yg terbaik kpd rakyat,mungkin YB tidak merasakan bebanan.Cadangan2 buku jingga sekiranya belum dilaksanakan mungkin tidak masuk akal..tp apa yg belaku di Selangor dan Penang..Ketua Audit negara sendri memuji dan mengakui negeri2 PR antara negeri yg paling konsisten dn maju dlm ekonomi.. tidak pula sya dengar,negeri PR bankrup dan menanggung hutang yg tinggi..

    Sbg rakyat yg prihatin,sy mahukan pemimpin lakukan sesuatu utk menghapuskan kemiskinan.Fikirkan sesuatu yg realistik dan kaedah utk membantu.Subsidi seharusnya diagihkan kpd rakyat BUKANYA mengayakan GOLONGAN YG SUDAH KAYA..

    Cadangan di dalam buku jingga belum lg dilaksanakan,tetapi isinya padat..!! FAKTA DLM EKONOMI BLEH BERUBAH2..!!

    DR
    RAKYAT MALAYSIA YG PERIHATIN

    ReplyDelete
  4. salam yb,
    mohon untuk disebarkan

    ReplyDelete
  5. harap2 sabah tidak akan jadi negeri paling mundur lagi selepas ini..

    ReplyDelete
  6. Salam YB Datuk Mp KB..

    Satu analisa ekonomi yg baik. Namun bagi saya Buku Jingga tidak harus dilihat dri satu sudut sahaja, misalnya sudut ekonomi...kerana tujuan PR bukan itu sahaja..tujuan yg lebih besar ialah "mempengaruhi' rakyat dan 'memberikan satu pilihan'.

    Saya mohon jika berkesempatan pada YB datuk supaya dpt menganalisis Buku Jingga dr sudut persepktif Sabah...Apakah natijahnya jika rakyat Sabah memilih 'buku jingga'? Apakah impak terhadp hak2 Sabah mengikut lunas perundangan.

    salam hormat
    KM

    ReplyDelete
  7. ms,

    terima kasih atas komen anda. Saya tidak ada masalah dengan hasrat PR atau BN untuk membanu rakyat. Itu adalah tanggunjawab mereka. Cuma saya ingin tunjukkan bahawa janji PR adalah membahayakan ekonomi negara. Yang akhirnya meana adalah rakyat apabila ekonomi negara menjadi tenat.

    Saya rasa adalah penting untuk kita semua meneliti dengna teperinci semua janji-janji parti politik seperti PR dan juga BN.

    Tkasih

    ReplyDelete
  8. Kelapa Mawar,

    Saya setuju bahawa BJ menyediakan satu alternatif kepada dasar BN. Itu tak menjadi masalah. Tetapi tugas saya untuk menelitinya dan memberitahu apa kelemahannya. Dalam kontesks BJ, ianya boleh memudaratkan ekonomi negara.

    Kalau masih ada yang terpengaruh dengan janji BJ, maka tidak ada apa yang saya boleh buat. Saya cuma berharap agar janji-janji itu tidak akan membankrapkan negara dan akhirnya menyebabkan Malaysia diistihar muflis.

    Tq.

    ReplyDelete
  9. tahniah,

    Saya akan petik beberapa fakta untuk buku terbaru saya.

    salam MO

    ReplyDelete
  10. tahniah dato..

    Saya amat berharap fakta2 ini disebarkan dan diterangkan kepada rakyat dgn sebaik mungkin.. sudah lama sy menunggu pihak kerajaan untuk dapat menyanggah janji2 karut pembangkang dgn fakta2 yang lengkap dan terperinci..yang kita dgr cuma komen2 secara umum dari pemimpin kerajaan spt "negara akan bankrap" tp tidak ada yang menerangkan secara terperinci bagaimana kerajaan boleh bankrap jika janji2 buku jingga dilaksanakan..

    ReplyDelete
  11. Salam,
    "dipetik daripada analisis saudara Saizal dalam blog Kelapa Mawar, mohon kebenaran utk dipostkan" :-

    Assalamualaikum
    Syukur saya mempunyai kesempatan untuk membaca dan menganalisa kandungan Buku Jingga yang dikeluarkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Buku tersebut mempunyai idea-idea ekonomi yang tinggi seperti pengambilan konsesi lebuhraya, wifi percuma, subsidi, royalty dan sebagainya. Walaupun janji Buku Jingga ini boleh dilaksanakan, tetapi ia akan memakan perbelanjaan yang amat besar dengan jumlah beratus billion ringgit Malaysia. Apa yang menarik untuk dianalisa dalam hal ini adalah bagaimana kerajaan dapat membiayai idea ini dan apakah implikasinya.

    1.Bagaimana Pakatan Rakyat (PR) dapat membiayai janji BJ: Melalui buku jingga tersebut, saya tidak dapat mengenalpasti bagaimana janji ekonomi ini dapat dilaksanakan sepenuhnya. Ada dinyatakan bagaimana pemotongan subsidi dan ketirisan sifar dapat menjimatkan perbelanjaan, tetapi untuk melaksanakan janji Buku Jingga sepenuhnya, ianya terlalu sedikit. Hanya terdapat dua langkah bagi melaksanakan perkara ini iaitu, a) Hutang dan b) mencetak lebih banyak wang.

    a.) Hutang: Hutang boleh diperolehi secara domestic dan luar Negara. Buat masa kini, Negara mengalami bajet deficit sejak 12 tahun berturut-turut dengan hutang sebanyak 53.3% berbanding KDNK . Jumlah hutang terkumpul Negara adalah sebanyak RM362 bilion. Maka jika bajet Negara dicampurkan dengan hutang asal beserta belanjawan Buku Jingga, hutang Negara akan mencapai 100% daripada KDNK dengan jumlah terkumpul melebihi RM1 Trilion. Jumlah tersebut (RM1 Trilion) merupakan jumlah penanda aras tahap Kebankrapan yang dibuat oleh PEMANDU (Performance Management and Delivery Unit) dimana negara boleh di isytihar bankrap sekiranya melebihi jumlah hutang tersebut. Dalam erti kata lain, adalah tidak mustahil negara akan menuju kebankrapan sekiranya melaksanakan perbelanjaan Buku Jingga.

    b.) Pencetakan lebih banyak wang: kerajaan juga mampu meningkatkan jumlah perbelanjaan dengan mencetak lebih banyak wang melalui Bank Negara Malaysia. Perkara ini amat mudah, hanya perlu mencetak dan ianya menjadi kebiasaan bagi mana-mana Negara di dunia bagi mengelakkan jumlah hutang yang banyak. Namun, wujud implikasi yang negative dalam hal ini dimana ianya membawa kepada tahap inflasi yang terlalu tinggi yang boleh dijelaskan melalui Hukum Teori Kuantiti Wang yang menyatakan bahawa jika pendapatan Negara konstan, peningkatan jumlah kuantiti wang akan membawa kepada tingkat inflasi pada kadar yang sama. Jumlah wang kertas dan syiling M1 dalam ekonomi Malaysia pada masa kini adalah RM240 bilion, dan jika kerajaan ingin membiayai Perlaksanaan Buku Jingga dan bajet Negara sebanyak 6% melalui pencetakan wang, maka Bank Negara akan mengepam RM60 bilion tambahan dalam pasaran . Ianya bersamaan pertambahan kuantiti wang sebanyak 25%. Maka secara langsung ia akan membawa kepada peningkatan inflasi pada kadar yang sama. Ditambah dengan jumlah inflasi sedia ada Negara iaitu sekitar 2.7%, oleh itu inflasi akan meningkat sekurang-kurangnya 27.7%. Dengan erti kata mudah, RM10 akan turun nilai kepada RM7.23 sahaja.

    2. implikasi- implikasi negative perlaksanaan Buku Jingga antaranya:
    - Hutang Negara meningkat
    -Inflasi meningkat.
    - Nilai matawang negara merosot.
    - Nilai import barangan dari Negara luar meningkat.

    Kesimpulan
    Wujud banyak kelemahan ekonomi didalam Buku Jingga tersebut dan ianya lebih daripada perkara yang saya nyatakan diatas. Saya sedia menjelaskannya lebih lanjut. Maaf kerana penjelasan saya menggunakan banyak angka, namun perancangan dan analisis ekonomi yang sebenar tidak boleh dipisahkan dengan matematik. Malah ianya lebih kompleks kerana unjuran secara ekonometrik kebiasaanya turut dilakukan . Perkara yang menarik dalam ekonomi bukanlah perletakan matlamat kerana setiap entity mampu melakukannya, tetapi apa yang terpenting adalah perlaksanaan, pencapaian matlamat ekonomi serta implikasinya.
    sekian.

    March 14, 2011 2:52 PM

    ReplyDelete
  12. Salam kembali YB Datuk..

    Saya pada asasnya memikirkan bahawa kebankrapan negaraboleh sahaja berlaku tanpa adanya BJ. Mungkin analisis Datuk Dan sdr Saizal dlm blog Kelapa Mawar bersandarkan kepada perkiraan atas kertas kerana BJ nyata belumpun dilaksanakan. kalau sudah mungkin analisis ini tepat!. Namun kita harus ingat juga bahawa perlaksanaan dan perancangan suatau benda yang berbeza..

    Misalnya DEB yang mensasarkan penguasaan 30% ekuiti orang Melayu pada perancangannya boleh dicapai. Tetapi bagaimana dengan pencapaian sebenar DEB? Sebab itu saya katakan perancangan dan perlaksanaan itu berbeza.

    banyak isu lain terkandung dalam BJ..saya sangat2 tertarik dgn isu Sabah..berkaitan isu minyak, 'rakan kongsi' dan juga penubuhan Suruhanjaya utk menangani PATI? isu ini sudah lapuk tetapi masih gagal diselesaikan oleh BN dan kerajaan. Pertambahan penduduk sabah mencecah 300% sangat membimbangkan, namun langkah berkesan tidak diambil...

    kalau kita katakan bahawa BJ itu adalah janji9-janji kosong pembangkang...bagaimana pula 'janji' kerajan utk menangani permasalahan ini?

    ReplyDelete
  13. Salam YB.Analisis yg baik..Diharapkan SABAH tidak lg miskin lepas nie...rakyat tidak pentingkan isu dan perkara nie YB, sebab mereka suka mendengar drpd memahami sesuatu isu..tuela dalam soal ekonomi umpamanya,ianya memerlukan pkiraan yang bijak,perhitungan yang baik,perangkaan yang sempurna utk menilai sesuatu kebenaran fakta yang dikeluarkan..TETAPI rayat lebih suka,gemar dan minat mendengar "MINYAK NAIK,GULA NAIK, TEPUNG NAIK,BAWANG NAIK dan semua yg NAIK..itu rakyat dengar dan dimana akhirnya rakyat menumbangkan kerajaan dgn minat2 mereka dengan perkataan "NAIK" yg sering dikaitkan dgn kerajaan..sebab, bg rakyat "NDAPA,diam2 jak,nanti undi kita jgn undi kerajaan lg,kita pilih pembangkang....terima kasih dgn analisis yg membinan ini krana ianya sedikit sebanyak membantu dlm fakta utk menerangkan kpd akar umbi khusunya pengundi...Teruskan Perjuangan YB...

    ReplyDelete
  14. Sememangnya analisa datuk amat lengkap dan teliti namun ianya masih boleh disangkal oleh pihak-pihak tertentu.... malah peihak tersebut masih boleh mematahkan hujah-hujah dari pihak kerajaan , berhubung kait dengan pelbagai kelamahan yang wujud dalam perlaksanaan perancangan kerajaan... contohnya perlaksanaan dasar begitu cantik dan teliti tetapi apabila sampai ke tahap perlaksanaan di peringkat-peringkat tertentu wujud kelemahan dan kepincangan sehingga menjahanamkan rakyat. Saya ambil contoh perlaksanaan pembayaran insentif pedalaman kepada para kakitangan pendidikan yang berada di kawasan pedalaman. perancangan dasar memang indah dan seronok didengar. Dan menjadi kebangaan kepada sekolah-sekolah pedalaman yang terlibat. Namun kepedihan , kehancuran , kemarahan kepada sekolah yang dikecualikan, tercicir, ataupun yang tidak dilayan untuk menerima insentif berkenaan. Sungguhpun kelemahan tersebut berpunca dari kelalaian pihak pihak tertentu.... namun perkaara ini boleh dijadikan sebagai salah satu "pendinding" bagi pihak bukan kerajaan untuk mengkritik keberkesanan perancangan dasar-dasar kerajaan. Isu ini saya ungkitkan kerana sekolah tempat saya bertugas terlibat dalam ketirisan,kelalaian,keciciran dalam pemberian insentif pedalaman ini sungguhpun bukti kukuh dan berasas menunjukkan sekolah kami layak lebih dari layak untuk diberikan insentif pedalaman ini.

    Untuk pengetahuan Datuk sekolah ini berada\ dalam kawasan Datuk - Daerah Kota Belud.

    Berikut merupakan maklumat untuk datuk ambil perhatian

    Nama Sekolah dan kod : XBA 5341 Sk Taburan Kota Belud.

    alamat : peti surat 141, 89158 Kota Belud Sabah.

    email : sktaburankotabelud@rocketmail.com

    blog http://sktaburankotabelud.blogspot.com

    Saya merupakan salah seorang kakitangan di sekolah ini

    Nama : Rayner Mulujang Tuaran
    hp : 0198333934
    email : raynermulujangtuaran@yahoo.com
    blog : http://ourlifeisgold.blogspot.com

    semoga Datuk lebih prihatin terhadap isu-isu kecil seperti ini , kerana sungguhpun ianya "kecil" namun impak nya besar

    seian.

    ReplyDelete
  15. sy bersetuju

    ReplyDelete
  16. ulasan yang begitu mantap dari YB.. akan saya sebarkan dlm email email dan groups..

    akhir kata jauhi peliwat.. jika tidak anda akan di liwat hehe..

    ReplyDelete
  17. salam semua n YB..
    saya tak pernah baca buku jingga...
    yang penting minyak jangan naik lagi...masa minyak naik zaman pak lah dulu....pak imam pun marah...apa kan lagi kutu berahak....bila minyak naik semua barang naik,even tiub basikal pun naik....tak kisah la kerajaan nk buat cam mana...tp pastikan minyak tak naik....cam mana govt nak cari cara atasinya,tu pandai2 la.....kalau naik juga,rasanya bukan buku jingga je rakyat pilih...buku lima....
    maaf saya tak ulas pasal BJ....
    saya mengikuti politik sejak dari reformasi dulu,pernah kena sembur kat DM tp saya bukan org PR...ramai kenalan saya org2 PR dah pernah diajak menyertai PR....Btol 2008 PR kuat ,tp skrg dah lemah n byk kwn2 saya yg menjauhkan PR....BN kena bekerja keras utk pulihkan imej yg tercalar gara2 minyak naik masa zaman pak lah,dan itulah punca rakyat marah sangat....bila naik 70 sen...semua barang naik.....itulah modal yg digunakan pada ceramah PR....so BN perlu pastikan minyak tak naik.....
    maaf jika ulasan saya lari dari topik yg dibincangkan....

    ReplyDelete
  18. kelapa mawar anda ni seperti orang yang buat kerja dulu baru fikir betul atau salah. kalau ini lah pemikiran orang yang menyokong BJ memang patutlah PR tidak diberi peluang untuk memerintah. kepada ms kenapa negeri yang diperintah oleh pakatan tidak bankrap, mana kamu tahu, entah-entah dalam menuju kearah tu kerana banyak lagi janji-janji yang tidak ditunaikan. contoh diselangor kata nak turunkan cukai pintu sampai sekarang pun tak ada bunyi. naikkan penalty lambat bayar cukai pintu adalah.

    ReplyDelete
  19. Mana yang nak sebarkan ... sebarkan! Itu adalah hak anda didalam negara demokrasi!
    Namun negara memang akan bankrap, tapi bukan kerana buku jingga.., tapi jika bn perintah malaysia sekali lagi! Sebabnya?
    sebabnya kerana hanya satu! Rasuah! Itu sahaja! Bye!

    ReplyDelete
  20. I can safely say your comments on "Buku Jingga" is so bias. Sounds smart but your ignorance is killing you. Look at the positive side and realistic on it. We dont have to study in business to understand the business scenario in Malaysia. Thousand apology for being blunt. Do not repeat d same mistake as others before you. Re-read your post & think about it.

    ReplyDelete
  21. Dato,

    Sorry I ended up commenting too long that I have to create a blog to comment it. I didn't want to spend time editing to shorten it. Anyway, if you have time you may want to read my comment on your posting- http://my2kupangpenang.blogspot.com/?zx=ed2b2989512858e8

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: