Thursday, September 30, 2010

Soalan saya dalam sidang parlimen bulan oktober ini.

Berikut adalah soalan-soalan yang saya akan ajukan dalam sidang Parlimen bulan hadapan.

Salam, DARD


SOALAN LISAN:

Dato Abdul Rahman Dahlan (Kota Belud) minta Perdana Menteri menjelaskan apakah kesan dan kejayaan program-program integrasi dan perpaduan negara dalam pembentukan negara yang mana kerajaan telah memperuntukkan bajet yang besar?

Dato Abdul Rahman Dahlan (Kota Belud) minta PERDANA MENTERI menjelaskan apakah tindakan spesifik kerajaan untuk memberi lebih ramai lagi rakyat Malaysia di Sabah menjawat jawatan tinggi perkhidmatan awam persekutuan dan GLC di Sabah?

Dato Abdul Rahman Dahlan (Kota Belud) minta MENTERI LUAR menjelas apakah usaha spesifik kerajaan untuk memastikan kerajaan Filipina mengujudkan pejabat konsulat mereka di Sabah?

Dato Abdul Rahman Dahlan (Kota Belud) minta MENTERI PELAJARAN menyatakan samaada Kerajaan berhasrat mengkaji sukatan mata pelajaran dan juga keberkesanan sistem pengajaran sedia ada berhubung aspek pendidikan reproduktif di sekolah menengah?


Dato Abdul Rahman Dahlan (Kota Belud) minta MENTERI PELAJARAN menjelaskan tindakan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk memulihara bahasa etnik memandangkan ianya semakin pupus dan jarang digunapakai?


SOALAN BERTULIS:

Dato Abdul Rahman Dahlan (Kota Belud) minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah mekanisme perlaksanaan yang akan diambil oleh Kerajaan melalui Akta Persaingan bagi memastikan penetapan harga di kalangan industri yang bermonopoli dapat dikekang dan
dibenteras?

Dato Abdul Rahman Dahlan (Kota Belud) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan pencapaian langkah-langkah sedia ada bagi membenteras gejala rokok seludup, yang meningkat selaras dengan kenaikan cukai
rokok, dan apakah langkah-langkah yang akan diambil bagi meningkatkan lagi keberkesanannya.

Dato Abdul Rahman Dahlan (Kota Belud) minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah Kerajaan bercadang untuk member kebenaran kepada pasaraya dan pengedar barangan untuk mengimport terus barangan jualan mereka tanpa melalui pengimport yang mempunyai Approved Permit (AP)?

Dato Abdul Rahman Dahlan (Kota Belud) minta Menteri Kerja Raya menjelaskan apakah tindakan kementerian kepada kontraktor-kontraktor yang merosakkan permukaan jalan semasa membuat pembaikan atau mengorek lubang kerana ianya membahayakan pengguna jalanraya?


Dato Abdul Rahman Dahlan (Kota Belud) minta Menteri Pertanian menjelaskan apakah kerajaan akan mengadakan sistem musim berbuah bergilir-gilir sepanjang tahun memandangkan sekarang ini musim berbuah sesetengah buah adakah serentak dan mengakibatkan lambakan yang merugikan?

Saturday, September 25, 2010

Kasino di Sabah? Malaysian Insider perlu disiasat.

TUARAN, 25 Sept (Bernama) -- Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan hari ini berkata spekulasi bahawa kerajaan telah membenarkan pembinaan kasino di negeri ini merupakan satu pembohongan dan tuduhan yang melulu.

Abdul Rahman berkata laporan yang dikeluarkan oleh sebuah organisasi media portal itu adalah berdasarkan spekulasi dan berbahaya kerana turut memanipulasi turun naik saham sesebuah syarikat.

Wednesday, September 15, 2010

Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan.

Pada 12 September 2010 lalu saya telah mengadakan majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri bertempat di Bukit Nabila, Tuaran, kehadiran para pengunjung pada majlis itu seawal jam 8.30 pagi tidak henti-henti, seperti biasa saya dan isteri menunggu para pengunjung di hadapan pintu pagar menyambut dan bersalaman serta bermaaf-maafan.

Kehadiran Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman ke majlis rumah terbuka jam 10.00 pagi turut menambahkan kemeriahan majlis tersebut, para tetamu yang hadir pada majlis itu tidak mahu melepaskan peluang untuk bersalaman dengan pemimpin kesayangan negeri ini.

Kepada para pengunjung yang sudi berkunjung ke rumah terbuka pada hari itu, saya serta isteri sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga, kepada para pengunjung yang tidak sempat bersalaman pada majlis itu saya menyusun sepuluh jari mohon kemaafaan, yang baik itu datangnya dari Allah Swt dan yang buruk itu datang dari kelemahan yang tidak disengajakan.

Selain Ketua Menteri Sabah yang menjadi tetamu kehormat majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Abdul Rahman yang juga Setiausaha Barisan Nasional Sabah antaranya ialah Menteri Pembangunan Sumber Dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Dr. Yee Moh Chai,Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Japlin Akim, Pembantu Menteri Pertanian Dan Industri Makanan, Datuk Musbah Jamli, Pembantu Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Jahid Jahim, Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Herbert Timbun Lagadan.
Turut hadir Timbalan Ketua Perhubungan Umno Negeri Sabah, Datuk Salleh Tun Said, Ketua Bahagian Umno Spanggar, Idris Jumat, Timbalan Ketua Bahagian Umno Kota Belud, Awadnir Matanggal, Timbalan Ketua Bahagian Umno Tuaran, Aliasgar Basri , Ketua Pemuda Umno Kota Belud, Bahrol Sawi serta para pemimpin yang lain.


Thursday, September 09, 2010

Aktiviti Sepanjang Bulan Ramdhan Di Kota Belud.

Seperti tahun-tahun sebelumnya bulan ramadhan al-mubarak saya berkesempatan menghadiri program-program berbuka puasa di beberapa buah kampung dalam daerah Kota Belud.

Sebenarnya saya turut menerima banyak jemputan-jemputan untuk bersama umat islam di kampung-kampung lain dalam daerah ini untuk berbuka puasa dan bersembahyang terawih. Memandangkan daerah Kota Belud terlalu luas ada di antara jemputan itu tidak dapat saya hadir atas sebab-sebab tertentu.

Saya memohon maaf kepada penganjur-penganjur program majlis berbuka puasa yang tidak sempat saya hadiri, saya berharap pihak penganjur terbabit tidak merasa kecil hati, insya-allah dipanjangkan umur saya pasti akan sampai pada bulan ramdhan tahun hadapan ataupun di dalam progam yang lain.

Salam.

DARD

Berbuka puasa dan sembahyang terawih bersama anggota keselamatan PDRM di Balai Polis Kota Belud

Bersama penduduk Kampung Buah Pandai Kota Belud berbuka puasa
Bersama penduduk Kampung Kesapang, Kota Belud

Majlis penampaian dividen kepada ahli Koperasi Patriot Jaya Kota Belud Berhad di Dewan Majlis Daerah Kota Belud
Majlis penyampaian wang zakat di masjid pekan Kota Belud

Lawatan ke rumah penduduk daif di Kampung Kuala Abai, Kota Belud

Majlis berbuka puasa di Kampung Paka-Paka, Kota Belud anjuran Jabatan Kebajikan Sabah

Kongsi artikel ini: