Friday, July 16, 2010

Did Anwar lie on Foundation of the Future (FFF)?


KUALA LUMPUR: Umno Youth chief Khairy Jamaluddin today alleged that Opposition Leader Anwar Ibrahim had lied about the funding from the US for the Anwar-led Foundation for the Future (FFF).
Khairy said a report released by a US whistleblower organisation, Government Accountability Programme (GAP), revealed that the US Congress approved and contributed USD21.3 million to the FFF.

"Anwar had blatantly lied when he said in a statement on May 20, 2007 that US had not contributed to the foundation. When I brought up the issue on March 17, he repeated the same statement," he said.

According to Khairy, GAP is a leading accountability organisation that monitors the spending of the US government and the said report (released on July 8) was based on 267 documents over the period of 33 months.

FFF is a non-profit organisation tasked with promoting democracy and reform in the Broader Middle East and North Africa (BMENA) region.

Khairy said the report also concluded that in order to get funds for FFF, Anwar had misled the US Congress on the spendings of other countries towards the foundation.

“The FFF management, including Anwar's good friend, Paul Wolfowitz, had misled the US Internal Revenue Service," he added.

One of the conditions for US' contribution is for a matching grant - meaning that for every dollar US spends, it must get matching contributions from other countries.

FFF's own reports show that less than USD6.4 million of the USD22.26 million in “matching funds” listed by the State Department in its communications with the US Congress as pledged had materialised.

"On July 18, when the foundation signed an agreement with the State Department regarding this funding, Anwar, the then chairman and acting president of FFF, had agreed that FFF had received the commitment from government sources other than US, for example, Qatar, Middle East, to at least match any funds provided," said Khairy.

"This is serious... that the opposition leader had misled the US government... to get funds for his foundation. Anwar had given an inaccurate explanation saying he never got money from US, it is all documented. I hope Anwar can explain this," he added.

'Be clear about your stand'
Also speaking at the same press conference, Kota Belud MP Abdul Rahman Dahlan said Anwar needs to be clear on his stand and Pakatan Rakyat's policies.

"Anwar wants to be prime minister. He needs to clear the air on the policies of Pakatan Rakyat if he wants to form government. That is why they must form a shadow cabinet. We want to know what is their economic, social and foreign policies. But they are unable to do this," he said.

Claiming to be in the dark about FFF's activities, Abdul Rahman said it is improper for Anwar to be associated with something that advances foreign interests.

"We hope that Anwar shows a firm foreign policy... to have a consistent stand on things. We have seen a lot of examples where he shifts his stand easily," he added.
(The above article appeared in FreeMalaysiaToday. Please click on the title to go to original posting. Tq - DARD)



Thursday, July 15, 2010

BN Prihatin Kepada Semua Rakyat Tanpa Membezakan Suku Kaum Dan Perbezaan Anutan Agama.


Baru-baru ini saya telah merasmikan Program Kebajikan anjuran Adventist Development And Relief Agency (ADRA) yang telah diadakan di perkarangan Gereja Kampung Rosok, Kota Belud.

Berucap di majlis itu, saya berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menjadi pemerintah di negara ini merupakan sebuah kerajaan yang amat prihatin tanpa mengamalkan perbezaan suku kaum dan kepercayaan agama.

Pada saya tidak ada satupun kerajaan di dunia ini yang sebaik kerajaan yang ada di negara Malaysia.



Ini terbukti dengan pelbagai program yang dianjurkan oleh kerajaan BN yang membabitkan seluruh rakyat di negara ini tanpa membezakan suku kaum dan kepercayaan agama.

Kerajaan Barisan Nasional merupakan kerajaan yang mewakili semua kaum, semua agama di negara Malaysia, ini tidak terkecuali rakyat yang di daerah Kota Belud.

Di daerah ini sendiri, semua suku kaum samada bangsa bajau, dusun, iranun dan cina yang mempunyai pelbagai anutan agama mendapat perhatian yang sewajarnya dari kerajaan yang ada sekarang.





Dengan pasukan yang mantap dari berbagai kaum dan agama ini, kerajaan kita di peringkat pusat, di peringkat negeri dan di peringkat daerah ini akan bekerja kuat memastikan kebajikan rakyat dijaga sebaik mungkin.

Apa sahaja yang ada dihadapan mata rakyat samada dalam bentuk pembangunan fizikal atau bantuan yang lain disumbangkan oleh kerajaan BN dapat dinikmati oleh semua suku kaum di daerah ini.

Antara contoh salah satu bantuan yang diberikan oleh kerajaan tanpa membezakan suku kaum dan kepercayaan agama adalah skim subsidi.

Semua suku kaum yang mempunyai pelbagai anutan agama bukan sahaja di daerah ini malah di seluruh negara turut sama menikmati skim subsidi tanpa sebarang diskriminasi.

Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak ADRA yang telah berjaya menganjurkan program kebajikan seumpamanya.


Saya berharap lebih banyak badan-badan Ngo’s yang akan tampil ke hadapan menganjur program seperti yang telah dilaksanakan oleh pihak ADRA di masa hadapan.

Saya merasa cukup bangga dengan program kebajikan yang telah berjaya dilaksanakan oleh pihak ADRA dan program sumpamanya perlu dicontohi oleh badan-badan Ngo’s lain yang ada di daerah ini.

Hadir sama pada majlis itu antaranya Presiden SDA Mission, Nelson Bendah, Pengarah ADRA Sabah, Pastor Nasco Gabu, Pengrusi ADRA Dearah Kota Belud, Sigam Angor serta para pemimpin setempat yang lain.

Salam.

DARD

Monday, July 12, 2010

Korupsi Malaysia RM28billion?

Betulkah korupsi di Malaysia mencecah RM28billion sepertimana yang di tuduh oleh Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng? Tadi terbaca lagi posting Lim Guan Eng dalam Twitter mengatakan RM28billion korupsi di Malaysia adalah jumlah yang konservatif. Saya pelik bagaimana seorang bergelar YAB suka menipu dengan memberi fakta yang tidak betul.

Saya telah beberapa kali minta penjelasan mereka dalam Parlimen, bagaimana mereka membuat kesimpulan bahawa korupsi di Malaysia ini berjumlah RM28billion? Sampai sekarang tiada penjelasan daripada mereka.

Setahu saya jumlah RM28billion itu adalah andaian yang dibuat oleh sebuah suratkhabar setelah lapuran Ketua Odit Negara 2009 keluar awal tahun ini. Ianya andaian suratkhabar itu berdasarkan jika 10% bajet kerajaan bocor kerana korupsi. Suratkhabar itu tidak memberi fakta dimana kebocoran disebabkan korupsi, bagaimana kebocoran korupsi berlaku dan bukti-bukti yang kukuh.

Apakah dengan andaian seperti itu, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng merasakan mereka boleh membuat tohmahan dan fitnah yang begitu besar? Tohmahan yang berasaskan andaian yang tidak berpaksi kepada fakta? Apakah mereka bertindak sebagai ahli politik yang bertanggungjawab bila menjaja isu ini di setiap ceramah mereka?

Saya ada bertanya kepada Menteri Kewangan II, Dato Seri Husni Hanadzlah, mengenai perkara ini kerana saya terbaca dalam blog Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng bahawa mereka memetik kenyataan beliau dalam surat khabar. Dato Seri Husni mengatakan itu satu pembohongan. Beliau berkata beliau tidak pernah mengatakan tentang jumlah RM28billion itu (Timbalan Menteri Kewangan I, Dato Awang Adek ada menyebut tentang penafian ini di dalam parliemn dan ada direkodkan dalam hansard).

Jadi dari manakah sumber sahih dan fakta yang boleh digunakan oleh Lim Kit Siang dan anaknya untuk memberi kredibiliti kepada tohmahan dahsyat mereka itu? Bukan ini pembohongan besar mereka hanya untuk meraih sokongan dan simpati politik murahan?

Salam

DARD

Sunday, July 11, 2010

Antara tohmahan rasuah dan rizab berbillion negeri Sabah

Saya teringat sewaktu saya menjadi Setiausaha Politik kepada YAB Datuk Seri Musa Aman pada Mac 2003. Keadaan ekonomi negeri Sabah pada waktu itu begitu mencabar sekali. Kewangan kerajaan berada dalam keadaan yang kurang memberangsangkan. Pertumbuhan ekonomi agak lembab dan kerajaan berdepan dengan seribu satu kekangan dalam menjana ekonomi negeri. Antara lain isu yang paling hangat diperkatakan pada waktu itu ialah isu kelewatan pembayaran kepada kontraktor. Jika kita ke pejabat Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan pada waktu itu, pejabat itu sesak setiap hari dengan kehadiran puluhan kontraktor yang menunggu pembayaran dari kerajaan. Kadang-kadang kesabaran pengunjung dan pegawai-pegawai pejabat Setiausaha Tetap diuji apabila penantian itu menjadi satu penyiksaan!

Pada bukan Oktober 2003, negara kita menyaksikan pertukaran kepimpinan Perdana Menteri. Tun Mahathir Mohammad mengundurkan diri dan tempatnya diganti oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi. Antara perkara awal yang Tun Abdullah putuskan semasa mengambil alih tampuk pentadbiran negara ialah mengumumkan pembayaran bonus kepada kakitangan kerajaan persekutuan. Apatah lagi ramai yang meramal pada waktu itu bahawa pilihanraya akan diadakan pada awal 2004.

Seperti biasa, kerajaan negeri Sabah akan memutuskan untuk mengikut tindakan kerajaan persekutuan dan memberikan bonus kepada kakitangan kerajaan negeri. Dan seperti yang dikatakan awal tadi, yang menjadi masalah ialah pada waktu itu kerajaan negeri tidak mempunyai kewangan yang kukuh. Maka terpaksalah Ketua Menteri yang juga merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Musa Aman memerah otak untuk mencari jalan meningkatkan dana negeri bagi tujuan menyelesaikan pembayaran bonus tersebut. Bayangkan jumlah sebulan bonus adalah bersamaan dengan lebih kurang RM42 juta! Bukan sedikit jumlahnya.

Tetapi berkat kebijaksanaan, pengalaman dan keupayaan Kementerian Kewangan, dibawah kawalan Datuk Seri Musa Aman, mengendalikan ekonomi negeri Sabah, bonus kerajaan negeri dapat dibayar. Malah kebanyakan hutang kerajaan negeri telah dilangsaikan termasuk hutang kepada kontraktor-kontraktor. Ekonomi negeri Sabah semakin rancak dan pendapatan kerajaan bertambah dari tahun ke tahun. Saya difahamkan tahap rizab kerajaan yang agak mengecewakan semasa Datuk Seri Musa mengambil tampuk pemerintahan pada Mac 2003 kini telah menunjukkan tahap yang amat membanggakan. Sekarang, rizab kerajaan negeri ialah RM3.2 bilion sementara rizab Yayasan Sabah ialah RM1.7 bilion. Ini tidak termasuk ratusan juta rizab tunai beberapa agensi kerajaan negeri seperti Warisan Harta, Suria Capital, Sabah Credit Corporation dan lain-lain lagi.

Masa hadapan kewangan kerajaan negeri Sabah juga akan menjadi lebih cerah berikutan unjuran pendapatan yang lebih dari royalti minyak dengan penemuan telaga-telaga minyak baru di Sabah. Sektor perlancongan dan perkhidmatan juga terus diramal menjadi tulang belakang kepada ekonomi negeri termasuk perladangan dan perhutanan. Ini dapat dibuat tanpa mengorbankan keunikan dan kehebatan flora dan fauna negeri Sabah.

Dengan kejayaan demi kejayaan yang saya sebutkan ini, saya terkial-kial mencari rasional tohmahan nakal di dalam blog-blog bahawa kepimpinan kerajaan negeri Sabah adalah korup dan rasuah. Kalau benarlah tohmahan tersebut, saya pasti kerajaan tidak akan ada wang rizab berjumlah berbillion-billion. Jumlah yang besar itu tentunya akan menjadi sasaran utama dan paling senang oleh orang yang korup dan rasuah. Saya rasa tidak akan sampai tiga bulan, wang itu boleh habis dibelanjakan dan menjadi habuan kepada kroni dan proksi. Hakikatnya wang rizab itu masih ada dan tidak dibelanjakan. Jadi kesimpulan saya ialah tohmahan itu hanyalah satu tohmahan sahaja. Nakal dan bermotif. Tidak lebih dari itu. Dan sesiapa yang mempercayainya tidak berpijak pada bumi yang nyata.

Salam,

DARD

Saturday, July 10, 2010

Sahabat AIM Kota Belud Terbaik Di Malaysia.

Saya amat berbangga dengan kejayaan Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Kota Belud yang telah diikhtiraf sebagai antara cawangan yang terbaik di Malaysia berdasarkan kadar pembayaran balik pinjaman 100% oleh peminjam-peminjam dari Kota Belud. Tahniah kerana mengharumkan Kota Belud.

Berikut gambar-gambar yang diambil semasa pelancaran Sambutan Ulangtahun ke-13 AIM Kota Belud yang dirasmikan oleh YB Datuk Masidi Manjun yang mewakili YAB Ketua Menteri Sabah. Kehadiran lebih dari 3,000 orang.















Salam,
DARD

Promosikan Pesta Kaamatan Di Negeri-Negeri Lain Dalam Malaysia.

Semasa merasmikan pesta kaamatan di Kampung Melangkap Tomis saya mencadangkan sambutan pesta kaamatan seharusnya diadakan bukan sahaja setakat di peringkat kampung, negeri dan kebangsaan sebaliknya pesta ini juga perlu dianjurkan di negeri-negeri lain di negara ini.

Menganjurkan pesta tersebut sekali dalam setahun di negeri-negeri yang terpilih, ia secara tidak langsung dapat memperkenalkan budaya masyarakat Sabah dengan lebih dekat kepada masyarakat di negeri lain.

Sambutan pesta kaamatan saban tahun turut diadakan di Kuala Lumpur ini bermakna kerajaan mengiktiraf perayaan yang kita sambut sejak zaman berzaman di negeri ini.

Namun tidak semua masyarakat di Semenanjung dapat melihat sendiri perayaan tersebut ini kerana penduduk negeri lain tidak berkesempatan ke ibu negara.


Oleh itu perlu difikirkan cadangan supaya sambutan yang dianjurkan setiap tahun di Kuala Lumpur berpindah rendah dari satu negeri ke satu negeri, tidak hanya tertumpu di satu-satu tempat sahaja setiap tahun.

Pendekatan seumpamanya secara tidak langsung dapat mempromosikan budaya yang di negeri ini kepada masyarakat lain dengan lebih dekat lagi.

Pada majlis itu saya meluluskan peruntukan membina jambatan, dua buah mesin rumput dan peralatan sukan untuk belia di kampung itu.


Generasi muda perlu menghayati erti sebenar sambutan pesta kaamatan yang diadakan di seluruh negeri Sabah setiap tahun.

Kaamatan mengajar kita berkorban, setia dan berusaha bersungguh-sungguh kepada tanah untuk mendapatkan hasil yang lumayan.

Tanpa sikap sedemikian sudah pasti apa yang kita usahakan tidak menghasilkan pulangan yang memuaskan dan untuk mendapat hasil yang lumayan maka petani perlu sanggup berkorban, setia kepada tanah disamping berusaha tanpa merasa jemu.

Hadir sama pada majlis itu antaranya Timbalan Ketua Umno Bahagian Kota Belud, Awadnir Matanggal, Pengerusi JKKK Kampung Melangkap Tomis, Maine Sani, Ketua Kampung, Kampung Melangkap Tomis, Bakait Garong, Kapitan Masyarakat Cina Kota Belud, Lim Bun Poo serta para pemimpin setempat yang lain.

Salam
DARD

Friday, July 09, 2010

Tahniah, Kota Belud Terpilih Sebagai Lokasi Kejohanan Piala Naib Presiden, Persatuan Sepak Takraw Malaysia.

Pada tanggal 3-4 Julai 2010 daerah Kota Belud telah dipilih sebagai lokasi Kejohanan Piala Naib Presiden, anjuran Persatuan Sepak Takraw Malaysia yang telah diadakan di Dewan Tun Said.

Selaku Wakil Rakyat di kawasan ini, saya merasa amat bangga kerana daerah ini terpilih menjadi lokasi kejohanan, saya amat berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat, khususnya kepada pihak persatuan kerana memberi peluang kepada masyarakat di daerah ini melihat sendiri kejohanan sepak takraw yang bertaraf kebangsaan.

Kejohanan ini juga mempamirkan kelibat-kelibat pemain-pemain sepak takraw negara yang berjaya mencuit hati para pencinta sukan di daerah Kota Belud.

Saya berkeyakinan dengan kehadiran para pemain negara ke daerah ini saya percaya dapat menjadi pendorong kepada anak-anak muda di daerah ini untuk bergiat cergas dalam acara sukan tersebut.




Malam 3 Julai 2010, saya menghadiri satu majlis makan malam sempena meraikan kehadiran Persatuan Sepak Takraw Malaysia dan para pemain sepak takraw Malaysia yang diadakan di Rumah Rehat, Kota Belud.

Ketika berucap pada majlis itu, saya berpendapat acara sukan sepak takraw mempunyai ruang yang luas untuk dilonjakkan menjadi acara sukan yang digemari bukan sahaja rakyat di Asia malah rakyat Antarabangsa secara keseluruhannya.

Bagi meralisasikan impian itu pendekatan holistik yang terperinci memerlukan kerjasama dari semua pihak di negara ini.

Sebagai contoh acara sukan 'Baseball' yang satu ketika dahulu hanya begitu popular dimainkan di Amerika Syarikat, kini telah terkenal di negara Jepun, Korea, Taiwan, Australia dan sehinggakan acara sukan ini menjadi pertandingan antarabangsa yang diiktiraf oleh masyarakat dunia.

Begitu juga dengan sukan 'American Football' hanya popular di negara Amerika Syarikat tetapi kini telah menjadi sukan antarabangsa.



Maka sebab itu saya tidak hairan satu masa nanti atas kerja keras Persatuan Sepak Takraw Malaysia, Majlis Sukan Negara dan kerajaan di Negara ini tidak mustahil acara sukan sepak takraw akan betul-betul menjadi sukan bertaraf antarabangsa bukan sahaja di Asia malah di seluruh dunia.

Sukan sepak takraw merupakan salah satu acara sukan yang berupaya menyatupadukan pelbagai kaum, perbezaan ideologi politik dan pelbagai anutan agama di negara ini.

Ini terbukti setiapkali pertandingan sepak takraw diadakan samada ada di peringkat kampung, daerah, negeri mahupun hingga ke peringkat kebangsaan acara sukan itu sentiasa mendapat sambutan hangat dari pelbagai lapisan rakyat di negara Malaysia.

Hadir sama pada majlis itu antaranya, Naib Presiden 1, Persatuan Sepak Takraw Malaysia, Datuk Awang Sham Amit, Naib Presiden 4, Persatuan Sepak Takraw Malaysia, Datuk Dr. Wadi Bahadi, Pengurus Sukan, Majlis Sukan Negara, Kamal Asnawi, Ketua Polis Daerah Kota Belud, Asp.Mohan Nadasen, Ketua Pemuda Umno Kota Belud, Bahrol Senawi, Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan serta para pemimpin setempat yang lain.

Sallam.

DARD

Kongsi artikel ini: