Wednesday, October 27, 2010

Penamaan Calon Pilihanraya Kecil P.185 Batu Sapi, Sandakan Berjalan Dengan Baik.

Pagi tadi 26 Okt 2010 saya telah menghadiri majlis penamaan calon bagi kawasan Pilihanraya Kecil P.185 Batu Sapi, Sandakan yang diadakan di Dewan Masyarakat Sandakan. Tiga nama calon yang mewakili tiga buah parti telah disahkan layak bertanding pada Pilihanraya kecil kali ini. Tiga calon itu ialah Linda Tsen Thau Lin mewakili parti Barisan Nasional, Haji Ansari Abdullah mewakili PKR dan Datuk Yong Teck Lee mewakili SAPP.

Dianggarkan seramai 5000 ribu orang yang mewakili ketiga-tiga parti tersebut telah menyertai penamaan calon pada pagi itu. Tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku kecuali provokasi kata-kata kesat yang disuarakan oleh parti PKR terhadap penyokong-penyokong Barisan Nasional, namun atas kebijaksanaan pihak keselamatan PDRM provokasi itu dapat ditangani dengan sebaik mungkin.

Salam.

DARD.
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Kongsi artikel ini: