Friday, August 06, 2010

Rakyat Kota Belud Berterima Kasih Kepada Datuk Seri Noh Haji Omar.

Rakyat di daerah Kota Belud mengucapkan terima kasih kepada Datuk Sri Noh Omar Menteri di Kementerian Kementerian Pertanian dan Asas Tani kerana meletakkan daerah Kota Belud sebagai keutamaan dalam pembangunan pertanian di negara ini.

Kesungguhan serta komitmen Datuk Sri Noh Omar meletakkan daerah Kota Belud sebagai salah satu daerah yang menjadi keutamaan Kementerian MOA membuktikan rakyat petani, penternak, peladangan dan nelayan di daerah ini tidak pernah diketepikan oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Ketua Bahagian Umno Kota Belud, Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said, Pembantu Menteri Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani, Datuk Musbah Jamli, Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Japlin Akim, Pembantu Menteri Kementerian Pembangunan Masyarakat Dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Herbert Timbun Lagadan serta seluruh penduduk daerah Kota Belud mengucapkan terima kasih kepada komitmen Datuk Sri Noh Omar yang bersungguh-sungguh membangunkan industri pertanian di daerah ini.

Dalam ucapan saya pada majlis Program MOA Bersama Rakyat yang telah diadakan di padan Pekan Kota Belud baru-baru ini, saya meminta Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia supaya dapat meneruskan pemberian subsidi baja dan racun makhluk perosak kepada pesawah padi di daerah Kota Belud.





Kesinambungan pemberian kedua-dua subsidi ini penting bagi membolehkan pengusaha sawah padi di daerah ini dapat meningkatkan pengeluaran hasil tanaman padi di daerah ini.

Dalam usaha Kerajaan Persekutuan merasionalisasikan subsidi di negara, skim bantuan subsidi baja dan racun mahkluk perosak perlu diteruskan pemberiannya di daerah Kota Belud.

Pendekatan yang lebih objektif dan menumpukan supaya mereka yang betul-betul memerlukan bantuan seumpamanya tidak tercicir, jangan nanti bila kita merasionalisasikan subsidi ini maka ada diantara mereka yang tercicir daripada sistem pemberian subsidi baja itu.





Saya turut mencadangkan agar Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia dapat mengwujudkan sebuah Pusat Penggumpulan Hasil Pertanian di daerah Kota Belud.

Dengan adanya Pusat Penggumpulan itu nanti ianya akan dapat merancakkan lagi pengeluaran hasil-hasil pertanian dari para petani di daerah ini.

Kita meminta kepada Kementerian MOA dapat mempertimbangkan supaya ada satu Pusat Penggumpulan Hasil Pertanian hasil-hasil produk pertanian di daerah ini dan seterusnya dapat dipasarkan ke pasaran-pasaran tempatan dan antarabangsa secara teratur supaya para petani , para penternak ikan , pengusaha kebun-kebun buah-buahan, pengusaha kebun getah akan dapat pulangan pendapatan yang lebih.

Salam.

DARD

No comments:

Post a Comment

Kongsi artikel ini: