Friday, August 06, 2010

Petronas Perlu Kaji Wujudkan PIGM Di Kota Belud


PETRONAS perlu mengkaji menjadikan daerah Kota Belud sebagai satu pusat industri gas dan minyak ini kerana kedudukan daerah tersebut yang berhampiran dengan telaga-telaga minyak laut dalam di perairan daerah berkenaan.

Saya berkata demikian kepada ketika berucap di Majlis Program Bersama Nelayan di Kampung Rampayan Laut dekat sini, baru-baru ini.

Program tersebut telah dirasmi oleh Pengurus Ko-Nelayan, Mejar (K) Datuk Samsudin Yahya yang juga Wakil Rakyat DUN Sekong.

Daerah Kota Belud mempunyai beberapa kawasan yang strategik yang boleh digunakan oleh peneroka minyak samada Shell atau Petronas menjadikan daerah itu sebagai satu pusat industri gas dan minyak.




Antara salah satu kawasan tersebut adalah di Rampayan Laut, di mana muara sungainya agak strategik dan berhampiran dengan telaga-telaga minyak laut dalam yang wujud di sepanjang perairan dearah berkenaan.

Rampayan Laut dan Kuala Abai sebagai contohnya boleh dijadikan kawasan Industry Fabrication, di mana peralatan dan kelengkapan untuk dihantar ke pelantar-pelantar minyak boleh menggunakan kedudukan jeti Rampayan Laut atau Jeti Kuala Abai tempat untuk menghantar peralatan yang digunakan oleh pelantar-pelantar minyak bersaiz besar.





Kerajaan Persekutuan dan Petronas untuk menjadikan daerah Kota Belud sebagai Hub-Kejuruteraan dengan menjadikan daerah Kota Belud sebagai Hub-Kejuruteraan ia memudahkan kerosakan peralatan mesin milik peneroka minyak dan gas ataupun kapal-kapal besar yang berada perairan daerah itu dibaik pulih di daerah tersebut tanpa perlu berlayar jauh seperti ke WP Labuan, Kota Kinabalu ataupun ke luar negara.

Agak malanglah kalau industri gas dan minyak di persisiran pantai Kota Belud tidak dapat membantu dan mengiktiraf penduduk di Kota Belud yang perlu dibantu dan sepatutnya mendapat manafaat daripada limpahan kurniaan minyak tersebut.

Salam.

DARD

1 comment:

  1. Salam YB Dato,
    Untuk makluman YB Dato' Pusat Industri Gas dan Minyak (PIGM) yang sedang dan akan beroperasi di Kimanis Papar buat masa ini, pada mulanya telah dirancang dan direncana akan dibina/ beroperasi di Kota Belud iaitu di Kuala Abai atau di kenali sebagai Usukan Port sebelum Pilihanraya ke 12 yang lalu lagi. Tapi entah dimana silapnya atau pun apa cerita disebaliknya kami penduduk Kota Belud kurang arif, hanya pemimpin terutama ADUN dan Ahli Parlimen ketika itu serta Pegawai-Pegawai kanan Kerajaan yang mengetahui kenapa secara tiba-tiba PIGM tersebut bertukar tempat ke Kimanis tanpa dipertahankan kewujudannya di Kota Belud, diatas kertas kami penduduk Kota Belud tidak nampak sebarang kenyataan untuk mempertahankan PIGM tersebut dikekalkan di Daerah ini, selang beberapa bulan selepas itu maka pihak Petronas telah membuat kenyataan di muka depan akhbar Daily Express bahawa PIGM akan dibuka di Kimanis dan ianya menjadi kenyataan seperti yang kita dapat saksikan sekarang ini.

    Bayangkan kalau PIGM tersebut dapat dikekalkan di Kota Belud, peluang-peluang pekerjaan sudah pasti dapat diujudkan dan sekurang-kurangnya ada juga anak-anak muda dari Daerah ini yang dapat mengisi ruang dan merebut peluang untuk berkerja di PIGM yang tersergam indah di Pantai Kuala Abai ini, kepesatan dan pertumbuhan ekonomi sudah pasti akan berkembang khasnya dipersekitaran dan bahangnya terasa keseluruh pelusuk Kota Belud...tapi agaknya belum rezeki para penduduk Kota Belud.

    Memandangkan YB Dato' sebagai Ahli Parlimen sekarang adalah disarankan agar YB Dato' dapat memujuk dan merayu Petronas atau Shell untuk membuka operasi PIGM di Daerah ini demi untuk memperkembangkan lagi ekonomi setempat dan mengwujudkan peluang pekerjaan...kami berdoa.

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: