Friday, August 06, 2010

Pasukan RELA Berupaya Membantu Pertahankan Kedaulatan Negara.


Baru-baru ini saya menghadiri Majlis Latihan Menembak Tahunan Pasukan RELA yang telah diadakan di Padang Tembak Kem Paradise, Kota Belud.

Sebanyak tiga Pasukan RELA dari daerah Kota Belud, Nabawan dan Papar telah menjayakan program tersebut.




Semangat yang ditunjukkan setiap anggota Pasukan RELA ketika saya berada di kem tersebut amat mengagumkan saya, walaupun dalam cuaca yang agak panas namun sedikitpun tidak melunturkan semangat anggotanya untuk meneruskan latihan menembak.

Bagi saya masyarakat awam khususnya rakyat di peringkat akar umbi yang telah menyertai Pasukan RELA merupakan sekumpulan manusia yang istemewa, ini kerana tidak semua dari kita mampu bertahan lama mengikuti setiap latihan yang agak lasak yang mencabar bukan sahaja mental malah fizikal.

Ketika berucap pada majlis itu saya menekankan betapa pentingnya kewujudan Pasukan RELA harus dipertahankan, ini adalah penting kerana ianya mampu membantu pasukan-pasukan keselamatan lain yang sedia wujud di negara ini.

Sebagai barisan pertahanan ketiga negara, Pasukan RELA merupakan antara kumpulan yang akan menjaga keselamatan negara dan rakyat, dilihat mempunyai kewibawaan untuk memikul tanggungjawab tersebut.

Walaupun keadaan di negara ini aman, damai dan harmoni tetapi anggota Pasukan RELA sentiasa bersiap sedia setiap masa untuk menghadapi sebarang kemungkinan untuk mempertahankan kedaulatan negara ini dari serangan musuh negara.

Jika kita bandingkan anggota RELA dahulu dan anggota RELA yang ada sekarang, saya melihat angota Pasukan RELA sekarang ini lebih professional, lebih berdisiplin dan lebih terlatih serta mempunyai kemampuan mengangkat martabat Pasukan RELA di seluruh negara dalam mempertahankan keselamatan negara ini.




Saya amat bangga dengan kemampuan Pasukan RELA yang melibatkan rakyat di peringkat akar umbi, orang awam, yang mana semangatnya tidak boleh dibandingkan dengan mana-mana pasukan beruniform di negara ini dalam menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan oleh kerajaan dan rakyat.

Antara yang hadir pada majlis itu ialah Pengarah RELA Sabah, Birg. Jeneral Samasuddin Lawi, Komandan PLRNS Lt. Kol. Longah Kandar, PRD Kota Belud Olt. Kol.Yakup Jani, PRD Nabawan, Mohd Bakri Belly, KPRM Kpt RELA, Januin Sudah serta para pemimpin yang lain.

Salam.

DARD

No comments:

Post a Comment

Kongsi artikel ini: