Monday, July 12, 2010

Korupsi Malaysia RM28billion?

Betulkah korupsi di Malaysia mencecah RM28billion sepertimana yang di tuduh oleh Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng? Tadi terbaca lagi posting Lim Guan Eng dalam Twitter mengatakan RM28billion korupsi di Malaysia adalah jumlah yang konservatif. Saya pelik bagaimana seorang bergelar YAB suka menipu dengan memberi fakta yang tidak betul.

Saya telah beberapa kali minta penjelasan mereka dalam Parlimen, bagaimana mereka membuat kesimpulan bahawa korupsi di Malaysia ini berjumlah RM28billion? Sampai sekarang tiada penjelasan daripada mereka.

Setahu saya jumlah RM28billion itu adalah andaian yang dibuat oleh sebuah suratkhabar setelah lapuran Ketua Odit Negara 2009 keluar awal tahun ini. Ianya andaian suratkhabar itu berdasarkan jika 10% bajet kerajaan bocor kerana korupsi. Suratkhabar itu tidak memberi fakta dimana kebocoran disebabkan korupsi, bagaimana kebocoran korupsi berlaku dan bukti-bukti yang kukuh.

Apakah dengan andaian seperti itu, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng merasakan mereka boleh membuat tohmahan dan fitnah yang begitu besar? Tohmahan yang berasaskan andaian yang tidak berpaksi kepada fakta? Apakah mereka bertindak sebagai ahli politik yang bertanggungjawab bila menjaja isu ini di setiap ceramah mereka?

Saya ada bertanya kepada Menteri Kewangan II, Dato Seri Husni Hanadzlah, mengenai perkara ini kerana saya terbaca dalam blog Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng bahawa mereka memetik kenyataan beliau dalam surat khabar. Dato Seri Husni mengatakan itu satu pembohongan. Beliau berkata beliau tidak pernah mengatakan tentang jumlah RM28billion itu (Timbalan Menteri Kewangan I, Dato Awang Adek ada menyebut tentang penafian ini di dalam parliemn dan ada direkodkan dalam hansard).

Jadi dari manakah sumber sahih dan fakta yang boleh digunakan oleh Lim Kit Siang dan anaknya untuk memberi kredibiliti kepada tohmahan dahsyat mereka itu? Bukan ini pembohongan besar mereka hanya untuk meraih sokongan dan simpati politik murahan?

Salam

DARD

No comments:

Post a Comment

Kongsi artikel ini: