Tuesday, June 29, 2010

Takziah Kepada Keluarga Mangsa Kebakaran Di Kampung Lasau Podi, Kota Belud.


2 minggu yang lepas, saya berkesempatan melawat mangsa kebakaran di Kampung Lasau Podi 25 kilometer dari pekan Kota Belud yang menyebabkan kehilangan tiga nyawa membabitkan mendiang Lasunton Atung, 46 tahun, kerani di SK Lasou Podi bersama dua anak perempuannya, Fennisaiah Jussine, 15 tahun dan Jessica Jussine, berumur 5 tahun terkorban dalam kejadian itu.

Saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan memohon maaf tidak dapat menghadiri majlis pengkebumian mangsa yang terbabit kerana secara kebetulan sidang Parlimen baru sedang bermula.




Di sesi lawatan itu, ketika meninjau keadaan rumah yang hangus dijilat api saya sempat berbual dengan anak kedua mendiang Lasunton yang terselamat dalam tragedi itu, Jerizal , beliau menceritakan kepada saya dari awal berlakunya kebakaran hingga penemuan jenazah ibunya dan kedua orang adiknya.

Saya juga sempat berbual dengan kakak Jerizal, Veronica yang sedang menuntut di Kolej Kejururawatan Masterskill di Kota Kinabalu dan juga seorang lagi adik mereka, saya dapat merasakan betapa peritnya kehilangan orang yang disayangi.

Air mata bergenang dikelopak mata yang akhirnya tidak tertahan mengalir di pipi adik beradik itu.

Saya pujuk ketiga-tiga mereka yang sentiasa berpelukan antara satu sama lain, agar bersabar menghadapi ujian dari yang Maha Esa, kerana segala apa yang berlaku semuanya adalah ketentuanNya, kita hanya mampu merancang namun yang menentukan segalanya hanya Dia yang maha kuasa.





Ketika ditemubual oleh media massa yang turut serta dalam lawatan itu saya meminta Suruhanjaya Tenaga turun padang ke peringkat kampung mengadakan kempen tentang bahaya penyambungan litar pintas yang bukan sahaja boleh mengakibatkan kebakaran malah boleh mengundang kehilangan nyawa.

Kempen seumpamanya amat penting untuk memberi informasi yang tepat cara penggunaan bekalan elektrik kepada penduduk di kampung-kampung bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.

Litar pintas merupakan antara salah satu penyebab kebakaran rumah dan perkara seumpamanya perlu diambil perhatian oleh setiap pemiliki rumah bagi mengelak kejadian yang tidak diingini terjadi.

Dengan adanya kempen seperti itu yang diadakan di peringkat kampung, penduduk kampung akan lebih berwaspada dan tidak sewenang-wenangnya membuat penyambungan yang boleh menyebab berlakunya litar pintas.

Penduduk-penduduk kampung yang berada jauh dari jangkauan Jabatan Bomba perlu lebih berhati-hati dengan litar pintas, elakkan menyambung wayar dari rumah ke rumah dan sebagainya ini penting bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku seperti kebakaran rumah.

Salam.

DARD

1 comment:

  1. Salam sejahtera kepada YB. yang kami sayangi.Saya sebagai salah seorang penduduk kg. lasau mununsud/podi mengucapkan jutaan terima kasih pada YB. kerana, walaupun sentiasa sibuk dengan tugas setiap hari tapi sempat juga melawat kami di kg. lasau minunsud/podi ini disaat kami menghadapi kesusahan khasnya kepada mangsa kebakaran yang yang mengorbankan 3 beranak beberapa minggu yang lepas,menyedihkan dan menyakitkan itulah yang terjadi akibat kebakaran itu namun dengan kehadiran YB. waktu itu dapat mengurangkan kesedihan dihati kami lebih-lebih lagi kepada 3 orang adik-beradik yang masih ada itu,terima kasih YB.Saya juga ingin menyuarakan keperluan kami di kg. ini,bukan untuk mendesak tapi sekadar untuk pengetahuan YB. Kg. lasau minunsud merupakan kampung yang paling besar dan paling ramai penduduk di mukim lasau podi ini namun kami tidak mempunyai padang bola sepak dan kami juga memerlukan sebuah mini dewan, ini kerana saya melihat kampung ini mempunyai ramai belia dan kami tiada tempat bersukan,sekurang-kurangnya belia disini terdedah kepada aktiviti yang sihat,oleh itu walaupun secara ringkas,saya harap YB.dapat mempertimbangkan masalah kami ini,budi baik YB. amat kami hargai.Kami akan sentiasa bernaung di bawah kepimpinan YB. yang kami sayangi,terima kasih YB.

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: