Tuesday, June 29, 2010

Kongsi Kuasa BN Masih Relevan


Berucap di majlis sambutan Pesta Kaamatan di Kg. Tamu Darat Pinasang, Kota Belud baru-baru ini saya menjelaskan bahwa sistem kongsi kuasa yang dipraktikkan oleh Barisan Nasional di negeri ini merupakan salah satu caranya mengekalkan perpaduan yang masih releven.

BN sentiasa bertungkus lumus memastikan perpaduan antara kaum di negeri ini terus terpelihara ini terbukti dengan sistem kongsi kuasa yang menjadi amalan parti tersebut.

Kongsi kuasa ini terjadi kerana ia telah dirancang dan disusun supaya perpaduan antara kaum di negeri ini terjalin, ianya tidak boleh berlaku begitu sahaja tanpa ada perancangan.

Semua mesti duduk satu meja berkongsi kuasa, sebab itulah pemimpin-pemimpin BN terdahulu dan hingga ke hari ini sentiasa meletakkan kongsi kuasa sebagai asas pentadbiran negara ini.


Tan Sri Chong Kah Kiat sebagai contoh, menjadi Ketua Menteri negeri Sabah bukan kerana mereka mempunyai kerusi DUN yang banyak tetapi beliau dilantik kerana BN mempraktikkan semangat kongsi kuasa.

Begitu juga Ketua Menteri yang lain, walaupun parti mereka tidak mempunyai kerusi yang banyak di dalam DUN, BN angkat mereka menjadi pemimpin kerana itulah salah satu caranya untuk mengekalkan perpaduan yang berkekalan bukan sahaja di negeri ini malah di negara kita.

Malah Parti PBRS ia tidak mempunyai kerusi yang banyak (seorang sahaja Ahli Parlimen) tetapi BN melantik Tan Sri Joseph Kurup sebagi Timbalan Menteri di peringkat kerajaan persekutuan.

Begitu juga di Sabah, LDP dan juga parti-parti yang lain, diangkat untuk berkongsi kuasa kerana kita bernaung dibawah parti BN, bukannya UMNO, LDP, PBS atau PBRS! Semuanya bertanding dibawah tiket BN yang meletakkan kongsi kuasa itu sebagai asas perjuangan. ”

Pendek kata, kita telah dididikn oleh pemimpin-pemimpin Bn dari dulu hingga sekarang - kalau menang bukan menang semua, kalau kalah bukan kalah semua.

Salam,
DARD

No comments:

Post a Comment

Kongsi artikel ini: