Tuesday, June 29, 2010

Cari Persamaan, Bukan Perbezaan


Ketika saya berucap merasmikan sambutan Pesta Kaamatan peringkat Kampung Tempasuk 2 di Kota Belud baru-baru ini saya meminta masyarakat di daerah ini meletakkan persamaan di antara satu sama lain dihadapan jauh melebihi daripada perbezaan yang wujud di antara mereka, ini kerana perbezaan boleh menjadi penghalang besar kepada kemajuan rakyat dan negara ini.

Rakyat di negara ini mempunyai banyak perbezaan di antara satu sama lain dari segi pegangan agama, suku bangsa, adat resam dan juga berlainan fahaman ideologi politik.

Jika kita sentiasa menumpukan fokus tenaga kita, masa kita, kita tumpukan kepada perbezaan maka dikhuatiri satu hari nanti perbezaan itu akan memecah belahkan perpaduan kita.

Apa dia persamaan kita? kita serumpun, negeri ini negeri kita, Malaysia ini negara kita, kalau ada yang berlaku kepada keluarga jiran kita yang beragama lain, yang berbangsa lain, sakit mereka itu kita rasa , kalau kita yang sakit, jiran kita juga merasa sakit, itu dia persamaan yang perlu kita kenali bukan perbezaan.

Sejarah negara Malaysia sejak merdeka sehingga sampailah ke hari ini, Malaysia merupakan satu-satu negara di dunia yang mempunyai bangsa, agama serta adat resam yang berbeza-beza.

Hukum akal negara Malaysia ini tidak mampu untuk berada dalam keadaan aman damai seperti sekarang ini kalau dilihat daripada segi perbezaan agama dan juga kaum yang ada di negara kita ini.

Tetapi selama lebih 50 tahun kita telah membuktikan kepada dunia luar walaupun Malaysia ini terdiri daripada pelbagai kaum, pelbagai kepercayaan agama, yang mempunyai pendekatan berbeza ditambah lagi dengan adat resam yang berlainan.

Kita sudah buktikan kepada masyarakat dunia bahawa sesungguhnya rakyat Malaysia meletakkan perpaduan dan kerjasama jauh lebih tinggi daripada perbezaan.

Salam,

DARD

3 comments:

  1. Salam YB Dato,
    Teruskan semangat dan keikhlasan membela masyarakat di Parlimen 169 Kota Belud, fakta akan membuktikan gerak kerja sebenar seseorang pemimpin bukan kenyataan yg berbeza-beza , bagi mereka yang mencari perbezaan ianya merupakan cara berpolitik yg terkongkong dan tiada wawasan...tq

    ReplyDelete
  2. Hello Dato! Baru tau Dato ada blog sendiri. I'm very impressed. Nice pics.

    Keep up your good work for the rakyat, sir.

    Regards,
    @limmengkeong

    ReplyDelete
  3. YB. MP,
    Saya percaya untuk melahirkan modal insan yang berjaya serta cemerlang, bukan sahaja persamaan yang dicari/dinilai malahan perbezaan juga perlu dilihat dan diteliti bersama supaya kedua-duanya dapat diselaraskan serta disatukan sehingga menjadi padu dan kukuh agar modal insan yang terbentuk nanti berminda kelas pertama dan benar-benar mampu berdaya saing dengan cemerlang

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: