Thursday, May 06, 2010

Temujanji dengan Presiden/CEO Tenaga Nasional

Salam,

Saya telah mengadakan perjumpaan dengan Dato Seri Che Khalib Mohd Noh, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada hari Isnin lepas. Temujanji empat mata itu yang sepatutnya setengah jam berakhir hanya selepas satu setengah jam perbincangan.

Dato Seri Che Khalib mempunyai perwatakan yang menarik. Berkulit putih dan bermisai lebat. Tidak terlalu tinggi dan mempunyai badan yang agak sihat. Saya perhatikan sepanjang perjumpaan saya dengan beliau, beliau tidak pernah berhenti senyum walaupun isu yang dibincangkan adalah masalah serius berkenaan dengan industri tenaga negara dan Sabah. Agaknya itu strategi beliau untuk membiasakan dirinya menangani isu-isu kritikal TNB setiap hari. Agaknya senyuman itu memberi kekuatan kepada beliau untuk berdepan dengan tugasan mencabar beliau.

Temujanji sepatutnya bermula jam 1130pagi tetapi hanya dapat bermula pada jam 12 tengah hari kerana beliau sedang mendengar taklimat dari barisan pegawai tertinggi TNB. Sementara menunggu Dato Seri Che Khalib, saya berbual dengan pegawai-pegawai Malaysian Airports Berhad (MAB) yang kebetulan juga mahu berjumpa  dengan Dato Seri Che Khalib. Saya sempat bertanya kepada pegawai MAB (seorang berpangkat Dato), kenapa lapangan terbang Tawau mengalami masalah bekalan letrik hari itu. Dia terkejut bagaimana saya tahu sedangkan saya berada bersama dia di pejabat Dato Seri Che Khalib. Saya tersenyum dan kata saya mengikuti akaun Twitter Lim Kit Siang yang menghantar tweet semasa dia menunggu flight ke KL dari Tawau. Lim Kit Siang memarahi TNB/SESB dan MAB kerana perkhidmatan yang teruk. Saya bertanya kenapa MAB tidak ada standby generator untuk digunakan semasa bekalan letrik terputus? Dia jawab ada tetapi hanya untuk dibekalkan kepada fungsi-fungsi kritikal lapangan terbang sahaja seperti lampu-lampu landasan kapalterbang dan menara kawalan trafik udara. Katanya kos untuk menyediakan bekalan kepada ruang terminal penumpang telalu besar dan tidak ekonomikal. Saya memahami hujah itu tetapi saya fikir kalau kompleks 1Borneo dan hotel 5 bintang di Sabah boleh buat kenapa MAB di Sabah tidak boleh buat. Saya rasa lebih ramai penumpang di terminal lapanganterbang dari penginap di hotel 5 bintang. Lagipun saya yakin KLIA mempunyai standby generator untuk terminal penumpang mereka.

Perbualan dengan Dato itu terhenti kerana tepat jam 12 tengah hari, Dato Seri Che Khalib muncul dari bilik mesyuarat dan agak terkejut dengan orang yang ramai menunggu beliau (MAB dan rombongan Iskandar Development Johor ramai). Matanya cuba mencari saya dan apabila bertentangan mata, beliau meminta maaf kepada yang lain dan memberi isyarat untuk saya memasuki bilik pejabatnya.

Bilik beliau tidaklah telalu besar. Banyak ukiran kayu. Sekali pandang, hiasan dalaman pejabat beliau tidak melambangakan status Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat yang berniaga berbiliun ringgit setiap tahun. Tetapi jauh dilubuk hati, saya rasa selesa kerana Dato Seri Che Khalib tidak berbelanja besar untuk mengubah suai bilik beliau untuk menjadi ultra-moden yang sering dilakukan oleh CEO-CEO GLC yang lain.

Perbincangan kami banyak menjurus kepada isu-isu semasa berkenaan industri tenaga di negara kita terutamanya di Sabah. Saya menerangkan kepada beliau bahawa rakyat Sabah seudah terlalu lama menderita akibat masalah bekalan elektrik yang sering terputus. Saya katakan dasar tenaga kerajaan persekutuan di negeri Sabah banyak kelemahan. Sejak tahun 70an, 80an dan 90an, perancangan jangka panjang mengenai keperluan tenaga di Sabah tidak serius dan carca merba (rojak). Pertumbuhan ekonomi Sabah terjejas akibat kecelaruan ini.

Saya bertanya banyak soalan. Antara lain, kenapa projek hidro Bakun yang diwar-warkan oleh kerajaan sebagai penyelamat keadaan kekurangan bekalan leterik di Sabah sekarang ini dilapurkan tidak lagi akan disalurkan ke Sabah? Kenapa genset yang dibekalkan ke Tawau secondhand genset? Apa perancangan TNB di Sabah? Apakah grid baru Sabah akan dibina? Apa status IPP arang batu di Felda Sahabat yang berkuasa 300mw? Apa peranan Suruhanjaya Tenaga yang nampaknya tidak kedengaran sangat suaranya?.

Che Khalib menjwab soalan saya dengan tenang. Beliau menerangkan TNB mempunyai dasar untuk memastikan bekalan elektrik di negara kita tidak boleh bergantung lebih dari 20% kepada satu-satu sumber tenaga. Maknanya sumber hidro seboleh-bolehnya tidak melebihi 20% dari bekalan elektrik di Sabah. Keperluan  penyaluran elektrik Bakun ke Sabah tidak berdaya saing kerana kosnya terlalu tinggi. Sebab itu penjanaan dalaman negeri Sabah diutamakan. Mengenai genset, beliau menegaskan bahawa soal second hand atau tidak bukan persoalaan utama kerana genset-genset itu mempunyai perjanjian penyelengaraan dari Sime Darby. Beliau juga mengatakan genset-genset tambahan akan dihantar ke Tawau dalam masa yang terdekat untuk membantu mengurangkan masalah sementara menunggu IPP Lahad Datu beroperasi.

Perancangan jangka panjang TNB untuk menangani keperluan tenaga Sabah melibatkan pembinaan beberapa IPP dan menambah kapasiti IPP yang sedia ada. Sekarang ini, IPP yang telah diluluskan oleh TNB dan kerajaan ialah IPP Kimanis 300MW, IPP SPR 100MW, IPP Lahad Datu 300MW dan IPP Ranhill 190MW. (Untuk info yang lebih komprehensif mengenai industri elektrik di Sabah. klik disini.). Dengan adanya janakusa baru ini, Sabah akan mendapat bekalan letrik yang stabil dengan kadar 20-25% reserve margin. Sekarang ini, keperluan tenaga di Sabah ialah 657MW dengan penjanaan bekalan (yang stabil) sekitar 712MW. Ini bermakna Sabah sekarang ini mempunyai reserve margin lebih kurang 10% sahaja. Jika ada satu sumber penjanaan rosak (dan ianya selalu berlaku kerana kebanyakan janakuasa di Sabah terlalu uzur), Sabah akan mengalami bekalan tenaga terputus yang teruk.

Beliau juga menegaskan bahawa dengan keadaan permukaan bumi yang bergunung ganang di Sabah, grid negeri tidak menjadi keutamaan buat masa ini. TNB berpendapat pantai timur sendiri sepatutunya mempunyai penjanaan tenaga mereka sendiri tanpa bergantung kepada pantai barat. Lagipun membina grid kedua memakan kos yang banyak dan lebih elok kalau bajet itu dibelanjakan untuk menjana tenaga di pantai timur itu sendiri.

Perancangan untuk pembinaan IPP arangbatu di Lahad Datu sedang berjalan dan sedang menunggu lapuran EIA (Environmental Impact Assesment). Kerja-kerja awal menilain kesesuaian tapak sedang dijalankan.

Beliau juga bersetuju supaya Suruhanjaya Tenaga memainkan peranan yang lebih penting untuk menerangkan keadaan semasa mengenai isu-isu terkini tenaga elektrik di Sabah. Suruahanjaya Tenaga yang bebas dari TNB akan dapat memberi pandangan yang boleh diterima oleh rakyat dan parti politik.

Saya banyak belajar daripada temujanji dan penerangan daripada Dato Seri Che Khalib sendiri. Masalah yang dihadapi serta kekangan-kekangan yang terpaksa dilalui oleh TNB dan SESB. Malangnya banyak isu telah menjadi retorik politik dan perdebatan umum tanpa mengetahui secara mendalam isu-isu tersebut. Saya memberi komitmen kepada Dato Seri Che Khalib untuk membantu beliau menerangkan isu-isu ini secara ilmiah dan produktif dan subjektif terutamanya di Parlimen.

Oh ya, saya juga sempat meminta TNB untuk menimbangkan agar Yayasan Sabah Shipping (syarikat milik penuh Yayasan Sabah / Kerajaan)  diberi keutamaan menyediakan pengangkutan untuk arang batu di Lahad Datu dan di Semenanjung. Beliau berkata akan cuba membantu. Alhamdullilah.

Setelah bersembang selama satu jam setengah, saya menjeling ke jam di dinding beliau yang menunjukkan 1230 tengahhari. Saya merasa bersalah kerana ramai orang masih mahu bertemu dengan beliau dan oleh itu saya minta diri untuk beredar. Beliau masih mahu bersembang panjang tetapi akur dengan masa yang agak singkat. Kami bersalam dan ternyata kepuasan terpancar di muka masing-masing kerana seorang CEO dan ahli Parlimen telah dapat memahami antara satu sama lain dalam suasana yang akademik dan berinformasi.

Terima kasih atas temujanji itu Dato Seri Che Khalib.

4 comments:

  1. Salam YB Dato',
    Apa yang amat menyedihkan sering kali terjadi di Kota belud ketika waktu Maghrib menjelang tiba dan ketika anak-anak mentelaah buku pelajaran secara tiba-tiba bekalan eletrik terputus, sedangkan cuaca amat baik sekali, sudah menjadi habit dan tabiat agaknya bagi Sabah Eletricity Sdn Bhd (SESB) berbuat demikian rupa, sedangkan besi burok yang telah dihancurkan boleh dijadikan sebuah basikal oleh Negara Jepun, ini kan pula janakuasa ( Gen Set )yang masih sempurna dan masih baru selalu jadi alasan mereka ( SESB )rosak dan sebagainya, pengagihan tenaga tidak mencukupi disebabkan kabel daripada Ulu Tomani Tenom belum siap sepenuhnya. Negara kita sudah merdeka bertahun lamanya, cuma jiwa dan raga kita yang belum merdeka sepenuhnya..alang kah sedihnya, harap YB Dato' dapat menyuarakan harapan akar umbi di Parlimen kelak.

    ReplyDelete
  2. Parlimen Ukraine :
    http://petai.my/2010/04/antara-parlimen-malaysia-dengan-ukraine-mana-lebih-hebat/

    ReplyDelete
  3. Sabah sudah jauh ketinggalan berbanding negeri2 lain. Kalau datuk dan rakan2 YB berjuang membebaskan sabah dari belenggu kemiskinan, kami para pengundi akan menyokong sepenuh hati dan mendoakan yang terbaik untuk kita semua. semoga berjaya.

    ReplyDelete
  4. Dear YB,
    Thank you for taking the time to meet TNB Dato Seri Che Khalib.

    Can you please try and organise a closed door weekend retreat meeting or something similar where all the main players like TNB, East & West Malaysian IPPs, the oil palm corporates, the environmentalists, NGOs, the renewable energy players sit together in a friendly constructive manner with lots of white boards & true technical experts & please can they sincerely genuinely come together to find an energy solution that everyone can live with.

    The coal plant is an option for solving the East Coast problems but I worry that it is a short term, band aid solution and doesn't get to the root of Sabah's power problems.

    I'm not convinced that a small 300MW plant is enough to generate true new industry and am worried it may jeopardise really important state revenue earners such as the vital eco tourism and fisheries industries.

    PM Najib & the Energy Ministry is taking great steps to promote renewable energy industries especially as they move forward by putting forth the Renewable Energy Bill to parliament. I totally support this and their move to re-address the feed-in-tariffs etc.

    Sabah desperately needs new industry. BIG new industry to alleviate the terrible poverty and to have a forward thinking, visionary future plan.

    It would be so appropriate for Sabah to be the renewable energy hub of Asia. We have all the necessary ingredients. Even the new HK based Solar Sun Bear factory based in KKIP producing photovoltaic solar panels with their RM5.2 Billion industry chose Sabah because of the low ion sillicon sand they can mine in Banggi.

    Sabah Forestry Industries in Sipitang is being visionary by investing in their approx 40MW biomass power plant. They are proving the technology is available and cost comparative. Very commendable.

    'Borneo' with all its environmental richness should be promoting renewable energy - it is fitting.

    The whole world is shifting to RE. Sabah needs visionary leadership to embrace this as well and to promote long term holistic solutions for Sabah.

    Sabah needs to break from its doldrums & be a trend setter, not a trend follower. We also need to be a bit more demanding from the Federal Government in the interest of Sabah's needs - her peoples, her economy and her eco heritage.

    Sabah's primary asset is her eco heritage and this should always be protected as much as possible. I think everyone agrees about that.

    I see the (bandaid) coal plant as a tipping point issue for Sabah's future health and I am personally not convinced that it is the best option - there are ALWAYS other options and in this case i really do pray the Sabah government will actively pursue holistic solutions.

    Many thanks for your time.
    I-Lann

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: