Salam,
Saya menerima banyak aduan berkenaan kelewatan mengeluarkan sijil OC untuk pemilik rumah Taman Desa Kota belud.
Semalam saya menghubungi pihak yang berkenaan dan bertanya kenapa kelewatan ini berpanjangan. Saya dimaklumkan bahawa semua ulasan drp JKR, BOMBA, JPS dan JABATAN KESIHATAN telah diperolehi dan mesyuart untuk proses mengeluarkan OC akan diputuskan dalam mesyuarat minggu depan.
Saya amat berharap agar sijil itu dapat dikeluarkan secepat mungkin supaya pemilik rumah tidak gelisah dan dibebani pembayaran bank tanpa ada pulangan dari penghunian rumah Taman Desa tersebut.
DARD.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Terima kasih datuk. Sememangnya kami tertanya2 bilakah agaknya rumah itu boleh diduduki. Harap2 selepas follow up dari Datuk mereka akan lebih speed up.
ReplyDeleteSyabas dan tahniah atas keprihatinan Datuk menangani masalah ini, secara jujur saya katakan masalah mendapatkan OC ini bukan saja berlaku di KB saja malah semua tempat.
ReplyDeleteSaya mengalami masalah yg sama apabila saya membeli rumah seri maju apartment di Putatan yang dibina oleh SPNB. Sudah hampir setahun saya membayar wang pendahuluan sebanyak 10 peratus namun belum dapat menduduki kerana masalah OC walaupun pihak SPNB septutnya menyerahkan rumah kepada pembeli tahun lalu lagi. Bila ditanya kepada staff SPNB jawapan mengecewakan diperolehi.
SPNB sebagai anak syarikat Kementerian Kewangan hanya berminat menjual rumah dan tidak berminat delivery rumah kepada pembeli.
Tidak ada gunanya laungan dan slogan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan sedangkan anak syarikat Kementerian Kewangan dibawah kawalan terus Perdana Menteri pun tidak mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Diharap datuk sebagai wakil parlimen boleh membuat sesuatu agar masalah OC ini tidak menjadi punca kekalahan Barisan Nasional di PRK ke 13 nanti.
Sekian, terima kasih
Salam Dato, (Dengan Izin)
ReplyDeleteWe hope that the problem of OC certificate will not last long and lower down the government reputation, Kota Belud is not a metropolitan city like Kuala Lumpur. The people needs house as soon as possible, dont let Karam Singh Walia comes to Kota Belud, CONGRATULATIONS on your efforts Dato.