Friday, May 14, 2010

Jangan Terpengaruh Memburukkan Konsep 1Malaysia


Salam,

Baru-baru ini saya berkesempatan merasmikan Majlis Penutupan Pertandingan Bertitik 1Malaysia Kota Belud yang telah diadakan di perkarangan rumah Saudara Ridih Tangoh, Kampung Sembirai, Kota Belud.

Berucap pada majlis itu saya meminta rakyat di daerah ini agar tidak mudah terpengaruh dengan tomahan parti pembangkang yang mendakwa kononnya konsep 1Malaysia itu berniat jahat bertujuan memecah belahkan perpaduan dan konsep itu hanya untuk meningkatkan kekuatan bumiputera di negara ini.

Konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan satu konsep yang mengajak rakyat di negara ini menjadikan perpaduan sebagai kunci ke arah memacu negara Malaysia untuk terus maju tanpa membezakan bangsa, anutan kepercayaan agama malah berlainan fahaman ideologi politik.


Tidak ada satu baris ayat didalam konsep 1Malaysia yang mengajak rakyat di negara ini untuk berpecah belah malah tidak ada ayat-ayat di dalam konsep itu yang mengutuk parti pembangkang yang ada di negara ini.

Konsep 1Malaysia ini berkitar dalam satu keadaan untuk menyatu padukan rakyat (apakah parti pembangkang tidak mahu menyatukan rakyat?). Konsep 1Malaysia ini juga cuba merapatkan jurang di antara kaum (apakah parti pembangkang tidak mahu jurang antara kaum ini dirapatkan?). Malah konsep 1Malaysia ini mahu mengurangkan perbezaan agama (apakah parti pembangkang tidak mahu agama di negara kita ini dapat duduk bersama berbincang satu meja?).

Konsep 1Malaysia ini merupakan satu konsep yang mulia, konsep ini tidak mengenal politik, tidak mengenal kaum, tidak mengenal agama, konsep ini diletakkan dihadapan kita sebagai satu panduan untuk kita menjalankan kehidupan seharian bukan sahaja bagi para pemimpin tetapi juga rakyat di peringkat akar umbi.

Lapan teras utama konsep 1Malaysia iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti tidak ada unsur politik yang perlu dipertikaikan oleh parti pembangkang.

Kesemua teras dalam konsep ini menjurus kepada satu objektif iaitu Malaysia yang kukuh bukan sahaja dari segi ekonomi tetapi juga dari segi perpaduan semua kaum di negara ini.

Resepi yang paling wajib untuk kita pertahankan dan seterusnya diperkukuhkan ialah kestabilan politik di negara ini. Kestabilan politik hanya akan ujud jika semua kaum di dalam negara kita bersatu padu. Rakyat perlu mengambil ikhtibar dari negara lain yang mempunyai perbezaan kaum, agama yang berbeza. Banyak daripada negara-negara ini menjadi huru hara hanya kerana mereka tidak mampu mengurus perbezaan kaum dan perbezaan agama menyebabkan negara-negara ini hancur hingga meyebabkan negara mereka tidak boleh membangun.

Sebab itulah kerajaan Barisan Nasional bertungkus lumus meletak pepaduan kaum dan agama sebagai teras kepada perjuangannya dan sebab itu konsep 1Malaysia ini dilahirkan. Ianya tidak perlu dipertikaikan oleh mana-mana pihak kerana kalau perkara baik, ayuh kita sokong konsep 1Malaysia ini bagi kesejehteraan masa depan rakyat dan negara kita.

DARD

9 comments:

  1. Assalamualaikum datuk,
    Adakah Datuk terfikir, menyokong sesuatu yang haram untuk dijadikan halal itu boleh memesongkan akidah seseorang muslim. Apakah benang yang basah itu boleh ditegakan.

    ReplyDelete
  2. Apa yang lebih penting ialah sama ada pemimpin-pemimpin BN bikin serupa bilang dalam perlaksanaan konsep 1Malaysia. Jika tidak, konsep tu hanya cakap kosong saja, sama ada konsep tu diburukkan atau tidak sudah menjadi tidak relevan.

    ReplyDelete
  3. 1Malaysia adalah konsep yang dibawa untuk menyatu padukan seluruh masyarakt malaysia tanpa mengira kaum ataupun agama.. ia tidak harus diburukkkan.. sikap sesetangah pihak yang cuba memburukkan konsep ini adalah sikap yang boleh memecah belahkan perpaduan kaum di malaysia.. kita sebagai rakyat malaysia haruslah menyokong konsep ini yang akan menyatukan kita semua.

    ReplyDelete
  4. sejak kebelakangan ini banyak usaha kerajaan yang menyokong konsep ini, oleh itu perlu kita lihat terlebih dahulu sejauhmana kerajaan mampu mencapai dasar yang diketengahkan dalam konsep ini.

    ReplyDelete
  5. konsep yang telah diilhamkan secara baik perlu kita terima secara baik. tidak dinafikan ramai pihak yang memburuk2kan konsep ini, namun bagi saya masih terlalu awal untuk menilainya.

    ReplyDelete
  6. salam dato',
    lama tidak bagi komen di sini, saya mahu menambah, penerimaan adalah antara lapan teras gagasan 1malaysia seperti dato' sebutkan, penerimaan ini perlu datang dari hati setiap kaum dimalaysia, jika dimulut menerima namun tidak dihati dan perlakuan maka terjadilah ada kaum menunjukkan protes seperti kaum cina. diwarkan-warkan semua akan adil namun perlakuan parti pemerintah tetap mendahulukan kroni sendiri. dalam konsep satu malaysia disebutkan rakyat didahulukan dan cuba dizahirkan dalam NKRA bilamana NKRA adalah 6 bahagian menjadi keutamaan kerana 6 bahagian inilah masalah utama rakyat, namun pelaksanaannya setakat ini amat mendukacitakan contohnya teras ketiga adalah memberi access pendidikan yang berkualiti namun kemasukan tingkatan 6 rendah baru-baru ini memaksa pelajar pergi ketempat jauh seperti pelajar kota marudu ditempatkan ke tawau, dan ini menyusahkan pelajar dari pelbagai segi seperti kewangan terutamanya. akhirnya pencapaian diutamakan dalam gagasan satu malaysia ditunjukkan melalui KPI(key perfomance index) dan ketelusan dalam penilaian ini juga diragukan bilamana agensi kerajaan cuba tidak telus dalam penilaian kerana bimbang diberi amaran. inilah antara punca mengapa gagasan ini diperlekehkan orang muda ataupun belia dan ada antaranya memburukkannya. bagi saya dasar ini pada dasarnya bijak kerana tiada kerajaan membuat dasar tidak bijak, namun pelaksanaannya perlu tidak dipolitikkan kerana mempolitikkan dasar ini bakal mengundang padah.

    ReplyDelete
  7. konsep 1 malaysia walaupun ia seolah-olah membayangkan BN...seharusnya wajar dihormati dan tidak harus dipolitikkan. janganlah kita suka memutarbelitkan sesuatu konsep sedangkan ia bertujuan membawa semua rakyat bersatu dan bergabung dalam semua perkara

    ReplyDelete
  8. jangan suka mempolitikkan sesuatu perkara yang bertujuan baik. yang penting adalah konsep dan tujuan sesuatu slogan itu dilaungkan. kalau ia dipolitikkan, ia boleh di salah anggap dan boleh memecahkan idealogi harmoni yang sudah turun temurun dipegang oleh masyarakat di sabah

    ReplyDelete
  9. kejayaan konsep 1Malaysia bergantung dengan pelaksanaannya. oleh itu, kerajaan perlu memastikan pelaksanaan setiap dasar atau program yang dibuat telah dirangka dengan teliti dan yang paling penting tidak membebankan rakyat.

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: