Friday, April 30, 2010

Yayasan Sabah Banyak Berjasa Kepada Rakyat Negeri Sabah


Baru-baru ini saya telah merasmikan jambatan gantung Kampung Ijuk, Kota Belud yang telah dianjurkan oleh Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Utara.

Institusi Yayasan Sabah perlu dipelihara dan dijaga sebaik mungkin ini kerana institusi tersebut terbukti telah memberi sumbangan dalam pelbagai kemajuan yang dapat dinikmati oleh rakyat di negeri ini sejak ia ditubuhkan 44 tahun yang lalu.



Yayasan Sabah merupakan sebuah institusi yang besar jasanya kepada rakyat negeri Sabah, institusi tersebut juga telah diikhtiraf merupakan salah sebuah yayasan yang berjaya di negara sejak ia diwujudkan.

Yayasan Sabah telah ditubuhkan oleh almahrum Tun Mustapa pada tahun 1966 di Sipitang, apabila beliau melihat pada waktu itu keadaan rakyat negeri Sabah begitu daif sekali, miskin dan sebagainya, maka Tun telah mengambil satu langkah drastik untuk menubuhkan satu yayasan yang dinamakan Yayasan Sabah.



Sejak Yayasan Sabah diwujudkan institusi itu kini mempunyai dana sekitar 2 billion dan mempunyai kepentingan perniagaan disemua jenis perniagaan.

Yayasan Sabah adalah merupakan sebahagian daripada rakyat Sabah maka sebab itu institusi itu perlu terus dipelihara bagi memastikan rakyat Sabah generasi akan datang dapat terus menikmati hasil pengwujudannya.

Kita perlu jaga Yayasan Sabah, kita kena pastikan Yayasan Sabah ini terus bergerak, kita bantu pegawai-pegawai Yayasan Sabah supaya mereka juga boleh membantu kita di peringkat akar umbi di kampung-kampung.

Hadir sama pada majlis itu antaranya Ketua Pentadbir Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Utara, Sabrin Sindan, Pegawai Yayasan Sabah, Julkifleh Bakar, Timbalan Ketua Bahagian Umno Kota Belud, Awadnir Matanggal serta para pemimpin setempat yang lain.

10 comments:

  1. sokongan dan kerjasama yang baik dikalangan rakyat dengan pegawai2 yayasan sabah perlu ada supaya rakyat terus memperolehi manfaat manakala yayasan sabah terus berdiri teguh.

    ReplyDelete
  2. tidak dinafikan bahawa telah banyak sumbangan yang telah YS berikan kepada rakyat.. saya setuju dengan ulasan YB mengenai Yayasan Sabah di mana kita sebagai rakyat Sabah harus pelihara dan pastikan YS sentiasa bergerak demi rakyat sabah itu sendiri..

    ReplyDelete
  3. bukti bahawa Yayasan Sabah masih lagi relevan pada hari ini...

    ReplyDelete
  4. Sejak Yayasan Sabah diwujudkan institusi itu kini mempunyai dana sekitar 2 billion dan mempunyai kepentingan perniagaan disemua jenis perniagaan.>>

    Memang pun Yayasan Sabah dibina telah banyak membantu kita. Ia pun telah menjadi tempat pelancongan dan sejarah Sabah.

    Kita harus bersyukur dapat menikmati Yayasan Sabah kita ini lagi!!

    ReplyDelete
  5. sumbagnan yang diberikan oleh yayasan sabah haruslah dihargai dan dimanfaatkan sepenuhnya. yayasan sabah akan terus bergerak untuk membantu rakyat sabah dalam mencapai kemajuan

    ReplyDelete
  6. yayasan sabah ditubuhkan untuk membantu rakyat sabah, banyak sumbangan telah diberikan oleh yayasan sabah dalam pembangunan negari sabah, kita haruslah menghargai sumbangan yang telah diberikan

    ReplyDelete
  7. yayasan sabah ditubuhkan untuk membantu rakyat sabah, banyak sumbangan telah diberikan oleh yayasan sabah dalam pembangunan negari sabah, kita haruslah menghargai sumbangan yang telah diberikan

    ReplyDelete
  8. yayasan sabah ditubuhkan untuk membantu rakyat sabah, banyak sumbangan telah diberikan oleh yayasan sabah dalam pembangunan negari sabah, kita haruslah menghargai sumbangan yang telah diberikan

    ReplyDelete
  9. Terima kaseh yayasan sabah!!!! kerana hanya kamu saja lah satu-satu nya yayasan kami.. rakyat sabah!!.. dan apa yang paling kami harap kan agar dana kamu akan lebih kukuh pada masa akan datang.. tidak hanya jumalah terapung pada sekitar 2 billion dalam masa 34 tahun, di banding kan dengan jumlah comoditi yang kita ada di sabah di awal penubuhan nya, yang bertrillion dollar sudah jumalah sepatut nya sekarang.... moga-moga kami dapat berpeluang balik untuk dapat kan duit rm50 itu lagi setiap tahun..hehehe.. syabas yayasan sabah!!!!

    ReplyDelete
  10. tidak dapat dinafikan bahawa yayasan Sabah byk berjasa kepada rakyat Sabah...tetapi bukan yayasan Sabah itu sendiri diwujudkan untuk menolong rakyat sabah meningkatkan kehidupan mereka?

    so persoalan sama ada yayasan sabah byk berjasa atau tidak, adalah tidak muncul...kerana fungsinya sudah ditetapkan begitu...

    apa2 pun, diharap yayasan sabah terus berkembang & relevan dimata rakya sabah agar lebih ramai orang sabah dapat menerima kesan limpahan hasil daripada kemajuan yayasan sabah sendiri...

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: