Monday, April 19, 2010

Kota Belud Jelapang Padi Baru

CAMERON HIGHLANDS, 18 April (Bernama) -- Jelapang padi baru akan dibuka di
Kota Belud, Sabah dan Lingga Banting, Sarawak pada tahun depan bagi memastikan
bekalan makanan dalam negara terus terjamin, kata Timbalan Menteri Pertanian dan
Industri Asas Tani Datuk Rohani Abdul Karim.
Beliau berkata projek kementerian itu akan menyaksikan jelapang seluas
8,000 hektar dilaksanakan di Kota Belud manakala seluas 5,000 hektar lagi di
Lingga Banting.
Menurutnya projek itu penting untuk menampung keperluan terutamanya di
kedua-dua negeri itu yang kini mendapat kira-kira 70 peratus beras import.
"Pembukaan jelapang padi ini dijangka dapat mengurangkan import beras ke
negeri-negeri berkenaan," katanya pada sidang berita selepas merasmikan
Mesyuarat Perhubungan Pertanian Negeri Sabah dan Sarawak di sini, hari ini.
Seramai 100 anggota delegasi dari Jabatan Pertanian Sabah dan Sarawak
menghadiri mesyuarat itu.

Rohani berkata selaras dengan pembukaan jelapang padi baru itu, sebuah badan
kerajaan akan ditubuhkan untuk menjalankan dan mentadbir pengurusan projek itu.
Walaupun perkembangan pertanian di Sabah dan Sarawak berjalan lancar,
pengeluaran padi di kedua-dua negeri itu amat diperlukan berikutan krisis
makanan yang berlaku pada tahun 2008, katanya yang turut mengadakan lawatan
kerja di sekitar Cameron Highlands selepas mesyuarat tersebut.
Sementara itu, Menteri Muda Pemodenan Pertanian (Pertubuhan Peladang dan
Koperasi) Sarawak Datuk Peter Nyarok Entrie berkata beliau tidak mahu negeri itu
melalui krisis kekurangan beras seperti yang berlaku pada 2008 dan berharap
projek itu akan menjadi permulaan bagi Sabah dan Sarawak untuk mengeluarkan padi
secara besar-besaran.
Beliau enggan mengulas lanjut mengenai kos pembukaan kedua-dua jelapang padi
tersebut tetapi mengakui bahawa jumlahnya adalah besar.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

8 comments:

  1. Tahniah Kota Belud! Persoalannya, adakah Kota Belud mempunyai bekalan air yang mencukupi untuk mengairi kawasan penanaman padi tersebut? Sedangkan air minumpun selalu kurang apatah lagi setelah adanya Jelapang Padi ini.

    ReplyDelete
  2. Saya salah seorang pemilik tanah di kg keguraan kota belud, lama dah dengar cerita jelapang padi ni, tapi tak ada pula butir2 terperinci tentang untung nasib pemilik tanah yang terlibat, atau ini satu lagi mitos yang akan terus diceritakan dr masa ke semasa.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih banyak2 pada kerajaan BN kerana menjadikan Kota Belud jelapang padi.Memang tidak dinafikan daerah Kota Belud mempunyai kawasan tanah sawah yang luas,akan tetapi tidak semua tanah sawah tersebut boleh ditanami dengan padi disebabkan tiada saliran air.
    Besarlah harapan kami penduduk daerah Kota Belud agar kerajaan dapat memberi peruntukan yang sewajarnya bagi membina saliran air ke sawah-sawah yang tidak mempunyai saliran air.
    Pujian harus diberikan pada YB Datuk Abd.Rahman Dahlan kerana beliau telah banyak membawa perubahan pada daerah Kota Belud amnya dan penduduk Kota Belud khasnya walaupun pada hakikatnya beliau belumpun sepenggal menjadi AP KB,tapi kita nampak usaha keras beliau untuk membawa pembangunan di daerah KB.Syabas dan terimakasih banyak-banyak datuk...

    ReplyDelete
  4. Salam Perjuangan..

    Kami dari Unit Media Wangsa Maju amat teruja dengan pengendalian blog YB yang memaparkan artmembongkarikel2 yang berani dan tangkas.

    Kami berharap kita dapat berkongsi idea dalam menyiarkan artikel2 yang mampu menyedarkan masyarakat tentang taktik2 kotor pembangkang.

    Kami juga akan membantu YB dalam memberi penerangan dan membongkar Zaid Kaki Mabuk.

    Layari blog kami di www.mediawangsamaju.blogspot.com dan beri komen2 yang bernas serta cadangan bagi memantapkan artikel2 kami.

    Kami juga mengalu2kan penyertaan blog YB sebagai Follower kami.

    Ketua UMNO Bhg. Wangsa Maju, Dato' Dr. Mohd Shafei Abdullah menyampaikan Salam Kasih khas buat anda.

    Sekian dari,

    AMAT
    Crew Unit Media Wangsa Maju.

    ReplyDelete
  5. Jelapang padi baru yang akan dibuka di Kota Belud perlu dilaksanakan dengan segera bagi memastikan keperluan beras terus terjamin di negeri ini.

    ReplyDelete
  6. Ini cerita yang baik... kenapa tak mula dari dulu lagi. tapi oppsss.... sekejap kalau jadi jelapang padi harga beras akan turunkah di negeri Sabah? atau akan ada beras subsidi kategori Sabah atau hanya PTI yang membeli beras nasional yang disembunyikan oleh taukeh2 malaon dan dijual dengan harga RM20 sekampit?

    ReplyDelete
  7. Wah!! Memang berita yang baik. Harap haraplah rakyat miskin dapat membeli bekalan nasi makanan yang dapat ditangguhkan. Harap juga itu prinsip utama kerajaan untuk membantu rakyat yang miskin.

    ReplyDelete
  8. selain dapat memenuhi keperluan dalam negeri, mungkin sabah juga mampu mengexport beras.para petani juga boleh menggunakan peluang ini untuk menambahkan pendapatan mereka. usaha kerajaan ini dilihat amat baik untuk rakyat dan negara.

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: