Monday, April 05, 2010

Generasi Muda Kompenan Penting Kepada Negara

Baru-baru ini saya telah merasmikan satu program yang dinamakan GONTOR 2010 anjuran Persatuan BIGAT yang diadakan di perkarangan Dewan Tun Said, Kota Belud. Pada mulanya saya menjangkakan hanya belia-belia dari daerah ini sahaja yang akan terlibat dalam majlis ini, tetapi jangkaan saya silap program kali ke 5 yang diadakan setiap tahun sejak tahun 2005 turut mendapat sambutan belia-belia dari Kota Kinabalu, Spanggar dan beberapa daerah yang lain.

Kebiasaanya jika ada program yang diadakan di tempat yang sama, keadaan jalanraya tidaklah sesibuk apa yang berlaku pada hari itu, jalan menuju ke pusat pekan Kota Belud pada hari itu jem di sana sini, saya terpaksa melalui jalan JKR sebagai alternatif lain untuk menuju ke tapak perasmian, tetapi keadaan tetap sama seperti apa yang berlaku masuk ke pusat pekan.

Lebih kurang 100 meter dari tapak perasmian sewaktu saya masih berada di dalam kereta, sudah kedengaran dentuman bunyi-bunyi muzik yang bercampur aduk datangnya dari arah tapak majlis, kemeriahannya jelas nampak, anak-anak muda sedang asyik dengan kegemaran di era zaman ini.

Segalanya amat berbeza di zaman saya bersekolah, apa yang saya lihat pada majlis itu tidak pernah wujud di zaman saya, anak-anak muda di era saya tidaklah selasak jika dibandingkan dengan generasi muda zaman sekarang, sekali air bah sekali pantai berubah, inilah hakikat dunia sebenarnya.

Ketika saya brucap pada majlis itu, saya menyatakan bahawa generasi muda yang ada di negara ini merupakan kompenan yang amat penting, ini kerana mereka akan menjadi penentu parti manakah yang akan diberi mandat untuk membentuk kerajaan pada pilihanraya akan datang.

Negara Malaysia majoriti penduduknya di kalangan mereka yang berumur di bawah 40 tahun merupakan sebuah kumpulan besar yang akan mewarnai landskap politik negara di masa hadapan.


Siapa yang tidak mahu mendengar hasrat dan aspirasi muda ini, mana-mana parti politik, mana-mana pemimpin tidak mahu mengetahui aspirasi mereka ini akan dihukum oleh mereka yang berumur 40 tahun ke bawah.

Sebab itulah saya amat mengalu-alukan program-program yang boleh menghimpunkan seramai mana generasi muda di bawah 40 tahun agar mereka merasakan mereka ini sebahagian daripada kepimpinan, detik nadi masyarakat bukan sahaja di Kota Belud malah di seluruh negara ini.



Pemimpin-pemimpn parti dari peringkat akar umbi samada dari Umno mahupun parti kompenan Barisan Nasional yang lain ketika ini perlu mengetahui apa dia aspirasi anak-anak muda di umur 21 tahun.

Jika dahulu pemimpin di peringkat akar umbi merancang serta mengadakan program sukan seperti sepak takraw, badminton, bolasepak untuk menarik perhatian golongan ini.

Sekarang keadaan sudah berubah, generasi muda masa kini lebih beminat dengan aktiviti yang lebih mencabar lebih lasak seperti program XPDC, X Games dan pelbagai lagi aktiviti yang tidak pernah dibuat di zaman terdahulu.


Pemimpin masa kini harus berubah untuk belajar menyelami hati dan naluri golongan remaja, kita tidak boleh samakan generasi muda masa kini seperti kumpulan muda sepuluh tahun yang lalu, generasi muda masa kini mempunyai aspirasi yang amat jauh berbeza, jika tidak pemimpin akan "dihukum" oleh mereka pada pilihanraya akan datang.

Saya juga menasihati generasi muda di daerah ini agar tidak mudah terpedaya dengan fitnah yang disebar luaskan oleh penulis-penulis blog di laman internet, ini kerana ia bertujuan menimbulkan kebencian rakyat terhadap kerajaan yang menjadi pemerintah di negara ini.

Terdapat bloggers-bloggers yang melontarkan fitnah dan tomahan yang tidak berasas kepada para pemimpin serta kerajaan Barisan Nasional yang bukan sahaja bertujuan mengelirukan pemikiran golongan belia malah rakyat secara keseluruhan demi kepentingan mereka sendiri.

Saya minta kepada adik-adik dalam masa kita melayari di laman internet adik-adik kena berhati-hati, jangan dengar dan cepat percaya segala tomahan serta fitnah yang tertulis di dalam blog. saya minta generasi muda hendaklah bertanggungjawab untuk menepis, menganalisa apa pun maklumat yang sampai kepada kita, jangan sampai bulat-bulat kita terima bulat-bulat juga kita telan.

Saya juga mengucapkan tahniah kepada Squad 169 kerana sanggup melakukan kerja-kerja sukarelawan membantu agensi-agensi kerajaan menyampaikan dasar-dasar kerajaan serta menyampaikan maklumat kepada masyarakat di peringkat akar umbi khususnya mereka yang berada di kawasan luar bandar.

Semangat sukarelawan di dalam sebuah tamadun merupakan tanda aras menunjukkan masyarakat itu sudah sampai ke satu tahap memiliki tamadun yang tinggi seperti mana apa yang sedang berlaku di negara-negara barat.

Di negara-negara barat generasi-generasi muda mereka bukan sahaja membuat kerja-kerja amal di negara mereka, malah mereka juga sanggup pergi ke negara-negara ketiga, negara yang lebih mundur untuk mengadakan program-program kemasyarakatan.

Kalau boleh Squad 169 bukan sahaja membuat kerja-kerja amal di daerah Kota Belud tetapi keluar dari daerah ini dan tunjukkan kepada orang luar bahawa remaja Kota Belud mampu untuk membantu mereka yang kurang berupaya di luar daerah ini malah di luar negara.

Hadir sama pada majlis itu antaranya Naib Ketua Pemuda Umno Kota Belud, Arshad Bistari, Pengerusi Squad 169, Mohd Nazarul Hizam Ahmad, Pengarah Jabatan Keselamatan Jalanraya Negeri Sabah, Adrian Shah serta para pemimpin setempat yang lain.

4 comments:

  1. Salam Dato'
    Dikau, Enam dan siam..kalau kita hayati urutan nombor tersebut daripada sedikit ( Dikau ) kpd banyak ( Siam ) ianya merupakan penambahan dan melipat gandakan keuntungan dalam apa aspek pun, bagi saya dalam soal belia atau generasi muda khususnya di Parlimen 169, pemantapan ekenomi amat penting untuk menjana mentaliti yang berwibawa dan berdidik kasih, kemampuan ini terserlah cuma sikap kita saja yang mesti diubahsuai, kalau kereta boleh di OVERHAUL engin dan kompenan yang lain kenapa dalam soal pemikiran tidak dapat diubah suai, dimana ada kemahuan disitu ada jalan, kehebatan penganjuran
    GONTOR ini membakar semangat anak-anak muda untuk mengilhamkan suasana yang lebih mementingkan masa depan yang lebih terjamin dan peningkatan cara kehidupan yang harmoni...kerana sebulan begitu singkat, setahun begitu cepat, dewasa kian mengamit.

    ReplyDelete
  2. Dato', saya berpendapat...

    bukan sahaja kami perlu berhati2 dan bertanggungjawab ketika melayari internet, malahan kami lebih perlu berhati-hati ketika menonton berita di TV3.

    Kalau kita perhatikan kembali kenapa portal berita internet dan blog lebih mendapat kepercayaan generasi muda, sebabnya adalah kerana kami mahukan pemberitaan yang lebih bebas dan adil. Bukannya siaran berita yang nyata senget dan tempang.

    Hakikatnya, pemberitaan yang berat sebelah ala tv3 la yang membuatkan kami menjadi muak kepada parti pemerintah. Tanpa berita TV3, kami akan lebih senang dengan kerajaan.

    -Urang KB

    ReplyDelete
  3. Salam YB Dato'
    Terpanggil saya utk mengulas tentang Skuad P.169 di dalam Blog ONE KOTA BELUD " APA ITU SKUAD P.169 KOTA BELUD" artikel bertarikh 12 April 2010, di mana penulis blog 1 Kota belud telah berjumpa dgn Pegawai Perhubungan Parlimen YB Dato' iaitu En. Idris Hj. Nanti di Restoran Cita Rasa Kota Belud dan mereka sempat bersembang tentang Skuad P.169, tetapi apa yg menghairankan juga timbul tandatanya saya kenapa perkataan KONON telah digunakan sama ada oleh Pegawai Perhubungan YB Dato' atau penulis blog, sebagai contoh dlm penulisan 1 Kota belud ayat berbunyi " PENGLIBATAN PARA PEMUDA TIDAK BERAFILIASI INI MENURUT IDRIS PERLU DIMENAFAATKAN KONONNYA AGAR MEREKA TIDAK TERJERUMUS DALAM KEGIATAN YG TIDAK SIHAT" dan lagi
    " SKUAD P.169 KONONNYA MELIBATKAN AKTIVITI BERLAINAN DGN AKTIVITI YG BIASA DIKETAHUI OLEH BELIA, KONONNYA SKUAD P.169 INI TIDAK BERSIFATKAN POLITIK TETAPI HANYA SEBAGAI WADAH BERKUMPULANNYA PARA BELIA ATAU PEMUDA YG MEMPUNYAI KECENDERUNGAN LASAK" persoalannya kenapa perkataan KONONNYA terselit didalam perbualan mereka, ini bukan KONON lagi YB Dato', ini betul-betul kejadian, kenapa mereka asyik dgn jelmaan Pendikar Mustar dlm filem Bujang Lapok..cobaan, cobaan, hai mambang kuning, mambang hijau, mambang tanah..ini betul-betul kejadian..bukan cobaan./tolong siarkan artikel ini dan minta penjelasan daripada Sdra Idris Hj. Nanti adakah benar beliau berkata bahawa ayat KONON nya keluar dari mulut beliau sendiri atau rekaan semata-mata, jika disebaliknya kita akan ajukan persoalan ini dgn penulis blog One Kota Belud.

    ReplyDelete
  4. ya ini bukannya cobaan..ini betul2....samada penulis yg tiada pendirian atau En. Idris sendiri yg kuat tersasul...ish..ish..ish...cobaan...

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: