Friday, April 02, 2010

Anwar, APCO dan Israel... Mana penjelasan?

Penjelasan DS Anwar Ibrahim di dalam Parlimen terhadap Peraturan Mesyuarat yang saya bangkitkan di dalam Parlimen mengenai dakwaannya 1Malaysia diilhamkan oleh APCO dan hubungan APCO dengan kerajaan Israel bukan saja tidak meyakinkan malah beliau tidak memberi satu bukti langsung untuk mempertahankan tuduhannya.


Apa yang dibuat oleh beliau hanyalah memberi satu syarahan akademik mengenai geo-politik dunia yang sepatutnya dibuat di dewan kuliah universiti di Amerika Syarikat atau Eropah dan bukannya di Dewan Rakyat Malaysia . Banyak fakta terpilih (selective facts)  yang diungkit oleh beliau dalam penjelasan tersebut dan beliau cuba sedaya upaya untuk mengaitkan APCO dengan kerajaan zionis Israel tetapi malangnya tidak berjaya.


Untuk rekod, gagasan 1Malaysia diilhamkan pada bulan April 2009 oleh DS Najib semasa beliau mengambil tampuk kerajaan daripada Tun Abdullah Badawi. Perlantikan APCO hanyalah dibuat beberapa bulan selepas itu. Malah APCO telah memberi kenyataan keras menidakkan apa yang dituduh oleh DS Anwar.

APCO juga dituduh kononnya membantu menaikkan imej pemimpin-pemimpin despot dunia ketiga yang diktator, korup, zalim dan menindas rakyat mereka. Saya faham kenapa beliau mahu beriya-iya memberi gambaran sebegitu. Beliau sebenarnya mahu mengambbarkan juga bahawa dengan perlantikan APCO oleh Malaysia, beliau memberi bayangan bahawa DS Najib juga adalah seorang diktator, korup, zalim dan menindas rakyatnya sendiri.  Tetapi Anwar lupa bahawa pelanggan APCO juga merangkumi ASEAN, United Nation, World Bank dan berdozen-dozen lagi negara maju di dunia. Apakah institusi-institusi ini juga institusi kuku besi? Anwar perlu menjawab isu ini.

DS Anwar juga mengatakan bahawa ada beberapa anggota Panel Penasihat Antarabangsa APCO mempunyai kaitan dengan Israel. Jadi dengan itu katanya, Malaysia bersengkokol dengan Israel. Hujah  ini begitu lemah sekali. Pertama, Panel Penasihat antarabangsa APCO bukanlah badan yang mengurus tugasan harian APCO. Itu dipertanggungjawabkan kepada Executive Councilnya. Keduanya, kalaulah DS Anwar mengatakan salah untuk kerajaan berurusan dengan firma antarbangsa seperti APCO hanya kerana mereka mempunyai beberapa orang Yahudi di dalam Panel Penasihat Antarabangsa, apa pulak kata DS Anwar dengan pendedahan bahawa beliau mempunyai hubungan peribadi secara langsung dengan beberapa anggota Panel Penasihat Antarabangsa itu sendiri? (Klik disini untuk maklumat lanjut) .

Ada pemimpin PAS semasa berdebat di dalam Dewan mempersoalkan apa perlu kerajaan melantik syarikat komunikasi luar sedangkan banyak syarikat komunikasi tempatan yang dikatakan mempunyai kemampuan dalam bidang imej consultant dan komunikasi. Sebenarnya kerajaan bukan menidakkan kemampuan syarikat tempatan tetapi terma-terma rujukan perlantikan APCO melibatkan komunikasi antarabangsa. Ini mungkin termasuk memunyai hubungan dengan syarikat-syarikat gergasi komunikasi dunia seperti CNN, BBC dan lain-lain. Syarikat komunikasi tempatan tidak mampu untuk berurusan dengan dunia luar secara efektif berdasarkan keperluan sebuah negara seperti Malaysia.

Kesimpulannya, pada saya keputusan kerajaan untuk membawa DS Anwar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen adalah satu keputusan yang tepat kerana tuduhan yang dibuat adalah serius dan tidak sepatutnya diluahkan oleh seorang pemimpin yang bercita-cita untuk menjadi ketua negara di masa akan datang.

3 comments:

  1. sekarang dia sudah bagi komen panjang lebar dengan bukti dan fakta yang nyata... jadi apa macam?

    ReplyDelete
  2. YB Dato',

    Saya sebagai rakyat Malaysia sangat melihat serius isu APCO ini. Walaupun pihak pemimpin BN cuba membawa fokus kepada isu 1Malaysia dan one Israel, tetapi bagi saya itu bukan isu utamanya.

    Isu utama yang Dato' dan kerajaan jawab, kenapa biarkan pihak yang mempunyai kaitan dengan zionis Israel campur tangan di negara ini?

    Anda bersungguh-sungguh menuduh ketua pembangkang berkawan dengan orang yahudi sedangkan pada masa yang sama anda telah dibuktikan menggunakan khidmat zionis yahudi?

    Kalau fakta yang dikemukakan itu salah, sila sanggah dan betulkan. Apakah tidak benar khidmat APCO digunakan oleh BN? dan apakah salah bahawa APCO mempunyai kaitan dengan israel? Jangan cuba lari dari isu itu dengan bercerita tentang one israel. Kami tidak bodoh.

    Secara jujurnya, sokongan saya kepada kerajaan jatuh mendadak apabila isu APCO ini terbongkar!!!

    ReplyDelete
  3. ala, macam le pembaca dari KB tuh mengundi UMNO selama ni. DASAR KELANTAN!!!!

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: