Sunday, March 28, 2010

MCA - pelengkap kebangkitan BN!

Perwakilan MCA telah membuat keputusan. Presiden baru ialah Dato Seri Chua Soi Lek dan Timbalan Presiden ialah Dato Seri Liow Tiong Lai.

Dengan keputusan ini, saya berharap agar MCA dapat bersatu padu dan mengembalikan kekuatan parti politik Cina terbesar negara ini. Keputusan perwakilan perlu dihormati dan kehidupan politik perlu diteruskan. Penyokong calon-calon yang kalah perlu sekarang bersatu berdiri di belakang Presiden MCA yang baru.

Momentum kebangkitan BN sedang dan telah bermula. Kepimpinan baru MCA sudah tentu akan memberi tiupan semangat baru yang akan terus melonjakkan kebangkitan ini. MCA mempunyai lebih kurang dua tahun untuk mengembalikan kepercayaan pengundi bangsa Cina Malaysia setelah melalui pengalaman yang paling teruk dalam sejarahnya apabila kalah di kebanyakkan kerusi yang ditandinginya.
Malaysia masih perlukan MCA. Tetapi MCA yang diperlukan adalah MCA yang bersatu padu bukannya yang bergolak tanpa kesudahannya. Nyata, barisan kepimpinan yang baru ini akan mampu berbuat sedemikian.

Kini dengan episod pergolakkan dalam MCA sudah berakhir, BN bolehlah melangkah dengan lebih yakin untuk terus menjadi parti pilihan utama negara ini. Segala dasar dan polisi akan menjadi lebih teratur dan efektif. Dan sesungguhnya, inilah yang sebenarnya menjadi kekhuatiran pihak pembangkang - 1BN dan 1Malaysia yang kuat, mantap dan berwibawa!

Tahniah sekali lagi kepada Dato Seri Chua Soi Lek dan Dato Seri Liow Tiong Lai serta barisan kepimpinan baru MCA.

Salam,
ARD
Setiausaha BN Negeri Sabah
Kota Kinabalu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

Kongsi artikel ini: