Thursday, March 18, 2010

Hospital Queen Elizabeth KK - Cepatkanlah!

Saya tertarik dengan penjelasan Menteri Kesihatan kepada YB Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan (BN- Keningau) mengenai soalan Hospital Queen Elizabeth (HQE)  Kota Kinabalu di Dewan Rakyat semalam.

DSP Joseph Pairin bertanya, bilakah masalah Hospital Queen Elizabeth dapat penyelesaian muktamad?

Jawapan yang diberi oleh Menteri Kesihatan adalah seperti berikut:

Permasalahan HQE akan selesai menjelang tahun 2013. Pada waktu itu sebanyak 2,235 katil akan dapat diujudkan untuk menampung keperluan rakyat mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang baik. Anatara langkag yangakan diambil ialah:

1) Melaksanakan 4 kerja-kerja di bawah "darurat" di mana 2 daripada projek tersebut telah siap dibuat, 1 projek dalam perlaksanaan dan 1 projek akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Jika siap Blok Menara yang sedia ada di HQE akan beroperasi seperti sediakala.

2) Telah membeli Sabah Medical Centre (SMC) yang akan dikenali sebagai HQE2 pada bulan September 2009. Pengubahsuaian HQE2 ini akan dimulakan sebaik sahaja kontraktor dilantik. Pembelian HQE2 akan menambah jumlah katil sebanyak 284 katil untuk kegunaan orang awam.

3) Pusat jantung baru akan beroperasi di HQE2 pada April tahun 2010.

4) Blok menara Berkembar baru dalam proses tender dan dijangka siap dalam 30 bulan dari sekarang. Ini akan menambah jumlahkatil sebanyak 661 buah lagi.

5) Sementara itu, pesakit-pesakit telah dipindahkan kepada 4 buah hospital iaitu Hospital Mesra Bukit Padang,  Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas, HQE2 (SMC) dan Pusat Penjagaan Lingzhi yang disewa oleh kerajaan.

Komen: Saya rasa kerajaan perlu mempercepatkan projek-projek ini kerana keadaan sekarang amat menyusahkan pesakit-pesakit. 30 bulan untuk membina menara berkembar agak lambat. Itu belum diambil kira jika berlaku kelewatan kerja-kerja konsultan, kontraktor dan sebagainya. Isu ini amat dekat di hati rakyat Sabah dan kerajaan persekutuan perlu menanganinya dengan segera.

5 comments:

  1. Pujian harus diberi pada DSP Joseph Pairin Kitingan kerana mempersoalkan kelewatan pembinaan QEH yang baru.
    Seharusnya pembinaan QEH hendaklah dipercepatkan memandangkan katil-katil yang ada sekarang tidak mencukupi untuk para pesakit yang semakin hari bertambah.

    ReplyDelete
  2. Isu hospital QEH harus dipercepatkan dan kalau nak tunggu 2 atau 3 tahun lagi.....susahlah. Walaubagaimanapun, terima kasihlah kepada Datuk Pairin kerana memperjuangkan isu ini. Kadangkala kita perlu buka mulut dengan sedikit ngauman untuk memberitahu masalah hospital negeri yang kian meruncing.

    ReplyDelete
  3. Harap harap projek besar kerajaan ini akan dilaksanakan dengan cepat dan berjaya. Jangan jangan nanti tidak berjaya maka dibuang ke tepi pulak.

    ReplyDelete
  4. Hospital adalah keperluan utama di Sabah. Saya lihat hospital kita ni semakin lama semakin tidak mampu menampung jumlah pesakit yang ramai. Ditambah lagi cuaca kita sekarang yang tidak menentu...semakin hari makin ramai lagi pesakit nak berklinik...dan semakin hari semakin ramai juga pesakit kencing manis, jantung, buah pinggang....sebab para pesakit kita ni tidak suka bersenam..dan satu lagi..ada juga yang suka buat penyakit..pandai-pandai minum racun konon frust bercinta pun perlu rawatan juga......jadi memang dapat disimpulkan bahawa kita memerlukan HOSPITAL. Tapi kalau hospital tiada doktor pun susah juga...kan? kalau ada pun doktor-doktor di hospital pada masa sekarang.....semua doktor muda dan belum cukup pengalaman...pun menyusahkan pesakit juga!

    ReplyDelete
  5. Hospital adalah keperluan rakyat. Diharapkan kontraktor yang menyiapkan hospital tersebut dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan. Terlalu banyak kontraktor-konraktor yang tidak dapat siapkan projek tepat pada masa yang ditetapkan, malah ada juga projek terbengkalai sehingga kini.

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: