Thursday, March 18, 2010

Berita menarik dari Parlimen

Pada hari ini 17hb Mac 2010 (rabu), Dewan diberitahu bahawa sejak Petronas menjalankan operasi sehingga hari ini, Petronas telah membayar wang royalti sebanyak:

RM5.97 billion kepada Sabah
RM17.40 Billion kepada Sarawak dan 
RM24.8 billion kepada Trengganu. 

Mulai tahun ini (2010) Petronas juga akan membayar wang ehsan kepada Kelantan sebanyak RM25.60 juta.
 

7 comments:

  1. Terlalu sedikit juga jumlah Sabah dapat jika dibandingkan dengan Sarawak dan Terengganu.
    Apa sebab Sabah dapat sedikit?apakah negeri Sabah tak memerlukan pembangunan atau tahap kemiskinan Sabah dah mencapai 0...?ai kelagi jua ah kita nih selalu dianak tirikan.....

    ReplyDelete
  2. Berita yang baik untuk rakyat Sabah...wonder juga kenapa royalti Sabah rendah dari negeri Kelantan dan Terrenganu....Sabah tak dapat Wnag ehsankah.....?

    ReplyDelete
  3. Salam Dato',

    Terima kasih untuk fakta tu. Tp boleh kami tahu kenapa Sabah dapat yg plg sikit? Terenggangu dapat 4x lbh banyak dan Sarawak dapat 3x lbh banyak.

    Boleh jelaskan kenapa?

    ReplyDelete
  4. Jumlah yang Sabah dapat berdasarkan jumlah minyak dan gas yang dikeluarkan dalam kawasan Sabah... Maknanya Sarawak dan Trengganu mempunyai pengeluaran minyak dan gas yang lebih banyaj dari Sabah...

    ReplyDelete
  5. jika kerana minyak Sabah sedikit dikeluarkan tetapi jangan lupa bahawa Sabah pemberi deposit yang paling tinggi dalam PRU12 lalu, jika itu diambil kira eloklah Sabah tidak lagi berperanan sebagai negeri pendeposit dalam PRU13.

    ReplyDelete
  6. macam mana mau catat keluaran minyak yang banyak kalau minyak yang disedut dari bumi Sabah dihantar ke tempat lain untuk diproses. Loji penapisan dan pemprosesan tidak pernah dibangunkan di Sabah. apabila minyak disalurkan ke negeri jiran untuk diproses siapa yang tahu, siapa yang catat rekod, siapa yang audit setiap titisan minyak mentah yang disalurkan itu. ini semua boleh main silap mata... ini zaman rakyat bukan mcm tahun 60-an, silap mata sikit terus percaya... sebelum pemimpin dapat apa-apa berita dari luar negara rakyat sudah dapat berita tersebut lebih awal... jadi apa macam?

    ReplyDelete
  7. Pembayaran royalti minyak oleh Petronas tidak menjanjikan kekayaan Sabah. Sejumlah 5% adalah RM5.97 billion dan apatah lagi kalau 20%, 50% dan etc???

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: