Saturday, February 06, 2010

Mampukah PSS menjadi persatuan terbaik - Majlis Songom Setemu-Temu



Minggu lepas saya merasmikan Majlis Songom Setemu-Temu anjuran Persatuan Sama Sabah (PSS). Majlis itu bertujuan untuk merapatkan silatulrahim antara ahli-ahli persatuan disamping mengumpulkan dana untuk program-programnya.

Kelahiran banyak persatuan-persatuan berasaskan suku kaum adalah perkembangan yang menarik dan sihat. Saya merasakan persatuan-persatuan berasaskan suku kaum ini adalah satu landasan yang baik untuk setiap ahli suku kaum tersebut untuk memperbaiki diri masing-masing. Tetapi ini hanya akan tercapai jika persatuan-persatuan tersebut memikirkankan soal-soal pokok dan bukannya soal-soal yang remeh-temeh atau isu-isu  yang hanya menjerumuskan persatuan dalam polemik perbahasan yang tidak ada kesudahannya.


Kita sudah melihat bagaimana perbahasan mengenai definasi asal usul dan nama suku kaum telah menyebabkan perbezaan pendapat yang serius dan menyebabkan perpecahan dalam kesatuan  dikalangan beberapa persatuan berasas suku kaum di Sabah. Saya berharap PSS tidak akan terlibat dalam polemik perbahasan seperti itu.

Selain daripada itu, adalah amat penting untuk persatuan-persatuan berasaskan suku kaum mengetahui apakah harapan kumpulan suku kaum yang mereka wakili tersebut? Tanpa mengetahui harapan mereka, mana mungkin persatuan akan dapat mencapai objektifnya. Dari pandangan saya, hampir kesemua persatuan suku kaum di Sabah meletakkan objektif memelihara budaya dan bahasa suku kaum masing-masing sebagai asas atau objektif persatuan. Walaupun dari segi lojiknya ia mungkin perkara yang penting, mungkin harapan ahli mereka berbeza. Mungkin ahli-ahli persatuan mahukan pembelaan ekonomi, agenda pendidikan dan gerakan mengubah minda sebagai objektif utama persatuan yang mewakili mereka. Kalau itulah yang mereka mahukan, maka pemimpin-pemimpin persatuan perlu ambil perhatian dan mengujudkan aktiviti-aktiviti yang menjurus kepada hasrat itu.

Saya amat berharap agar PSS dapat melihat bagaimana ianya boleh membentuk pasukan sukarelawan yang komited dan sanggup untuk turun padang untuk bersama-sama dengan penduduk-penduduk kampung dalam masa dan ketika penduduk kampung memerlukan keperihatinan. Contoh paling baik ialah semasa banjir besar baru-baru ini. Hampir kesemua mangsa banjir adalah suku kaum yang diwakili oleh PSS. Tetapi yang lebih kedepan dan dirasai kehadirannya ialah agensi-agensi kerajaan seperti RELA, Polis, Tentera, Jawatankuasa Bencana Alam dan Bulan Sabit Merah serta Jabatan Kebajikan. Alangkah elok kalau pasukan sukarelawan PSS berada di pusat-pusat penempatan mangsa banjir sepanjang masa supaya kehadiran PSS dirasai oleh mangsa banjir.


Saya juga ingin berkongsi beberapa cadangan dengan PSS. Saya berharap PSS akan:

  • Membina keyakinan diri orang Sama
  • Menambah kerja-kerja lapangan (field work) bagi mendekati akarumbi
  • Menubuhkan pasukan sukarelawan dikalangan anak-anak muda yang boleh turun kebawah untuk bergotong royong membuat program-program kemasyarakatan
  • Mengubah fikiran suku kaum sama untuk lebih mampu mengharungi cabaran kehidupan zaman kini. Ini memerlukan pendekatan saintifik bukan hanya pendekatan biasa.
  • Membudayakan pendidikan
  • Menggalakkan pertandingan yang sehat kerana melalui proses ini PSS boleh menengahkan individu-individu terbaik dari kalangan yang baik-baik
  • Mendekati remaja terutamanya yang bermasalah
  • Pastikan setiap orang Sama merasakan agenda PSS adalah agenda kepunyaan mereka. Kalau ini ujud, sudah tentu senang untuk mengajak mereka untuk berjuang bersama
  • Memastikan golongan ibu, wanita dan kanak-kanak tidak tercicir dalam perjuangan PSS
  • Memastikan adat dan budaya yang kolot dan tidak ada kena mengena dengan budaya suku kaum dan agama Islam serta melemahkan semangat bersaing dipupuskan
  • Tidak menyisihkan atau tidak memboikot mereka yang tidak berada dalam kepimpinan atau keahlian persatuan
  • Memastikan kepimpinan persatuan mendapat akses kepada informasi dan statistik terkini mengenai suku kaum Sama agar mereka dapat membentuk dasar dan program yang lebih tepat dan betul
  • Jangan sekali-kali biarkan politik menguasai agenda persatuan
  • Pastikan pendekatan persatuan "fun" atau "santai" dan tidak terlalu serius sehinggakan ianya terlalu protokol, birokratik dan "melemaskan"
  • Mendekati (engage) golongan akademik dan professional
  • Mendekati NGO seperti PIBG dan lain-lain
  • Memastikan tidak menjadi persatuan kebajikan semata-mata
  • Memastikan ahli memahami objektif persatuan
  • Menginspirasikan ahli
  • Menjadi suara hakiki kaum Sama


Bagi memastikan bangsa SAMA mampu berdiri megah, ahli-ahli seharusnya berganding bahu bekerja sama dalam pelbagai perkara dan bukan meletakkan tanggungjawab di atas bahu Presiden serta Ahli Jawatankuasanya sahaja. Kita kena ingat bahawa merubah nasib bangsa adalah tanggungjawab yang berterusan dan bukannya perkara mudah. Oleh itu ianya tidak boleh dilakukan seorang individu, ianya harus dipikul oleh semua yang mengakui diri mereka suku kaum SAMA di negeri Sabah ini.

Apapun saya bangga dengan PSS dan berharap ianya dapat meneruskan program dan akitiviti untuk ahli-ahli mereka.

Salam,
DARD

6 comments:

  1. salam Dato,

    pada hemat saya perkara penting yg perlu dilakukan PSS dan persatuan yg berkaitan dengan Sama/Bajau ialah mengadakan satu konvensyen sejarah/budaya bangsa.

    Yang dijemput adalah golongan akademik yang mengkaji bangso Sama/Bajau. Mungkin terdiri ilmuan sosilogist dan antropoligist, selain aktivis bangsa yg banyak membuat kajian tidak ilmiah.

    Barangkali nama seperti Dr Gusni Saad yg mengkaji Samah sehingga ke Makassar perlu dijemput. Datuk Datu tiga Belas antara nama lain yg banyak buat rujukan. barangkali Dr kasim mansur UMS melihat role Sama dalam ekonomi.

    Yang amat mustahak dikaji ialah nilai-nilai atau "values" sejagat suku atau bangso Sama/Bajau itu. Secara tidak langsung ada kaitan dengan asal-usul dan tamadunnya.

    Saya kerap aju pertanyaan kenapa bangso Sama/Bajau spt kumpulan rumpun Melayu termasuk Jawa, Bugis, Bentan, Tausug, Batak, dan lain-lain Melayu tidak ber"Raja" atau Ber"sultan". Sedangkan Majapahit, Langkasuka, siam, Trengganu, kelantan, Johor, singapura, Pattani dll bersultan dan berdaulat! Sekurang-kurangnya dari segi sejarah mereka pernah bersultan.

    Jika bangsa Sama/Bajau tidak ada sultan dan beraja maka tiada ujud kerajaan. Jika tiada kerajaan maka tiada sistem pemerintahan. Jika tiada sistem pemerintahan, maka tiada pemegang adat dsbnya.

    Isu-isu ini harus diselongkar dan dikaji. apakah kita sekadar gypsy yg tidak bertamadun dan menumpang kegemilangan bangsa lain?

    Mohon izin DARD jika benar-benar berminat mengetahui, sediakan kemudahan utk mengadakan konvensyen ini.

    Salam MO

    ReplyDelete
  2. salam DARD,

    nampaknya bangsa Sama kurang berminat membincangkan isu bangsa mereka.

    salam MO

    ReplyDelete
  3. Salam...

    Mungkin topik tidak mencabar menyebabkan kami tidak ada bahan untuk dibincangkan.

    kadang-kadang juga, kami juga tengok siapa yang ketengahkan isu-isu begini..

    apa-apapun, good job DARD>

    ReplyDelete
  4. saya berpendapat org2 bangso Sama/Bajau bukan tidak berminat dlm membahaskan isu isu asal usul/adat/ketamadunan/dan lain2 tapi saya melihat orang2 Sama ini sibuk bertungkus lumus dalam mencari Tapak untuk meneruskan Hidup mereka.apabila ramai org2 sama ini tadi sudah berjaya maka barula revolusi ini akan bermula. tahnia untuk Pengasas PSS.

    ReplyDelete
  5. jomo sama nya sekemon maju, masi eko yang berhempas pulas mari rezeki nangung anak-anak masing-masing, ling melayu kais pagi mangan sensaung, ujudnya pertubuhan sama sabah alap tak kaum sama yang ruun betiu, ramai jomo sama lupo tak bangsonya dan identitinya ,nya paidai ngarip sama dan nya bangga tak bangso nei,di sebabkan nya ruun persatuan yang daras membantu jomo sama,ngenda jo kiti tak pantai barat betiu bangso tei ketembanan tak bangso lain, ngenda tak ipt,uitm,politeknik,ums ilp, ang ruun tak sabah di banjiri jomo luar dan ruun anu (otai- orang tawau asal indon)tapi sanang koleh ic ,warnegara lagi ah,

    mun kiti ngogo pasar malam meli barang pelouk tak tuaran eko jomo pendatang yang bedagang meah ,jomo sama kurang jadi pian leh muan dorongan tak jomo sama supaya bergiat aktif tak berniaga,berkebun,dll

    ReplyDelete
  6. jomo sama ketembanan tak bangso lain di sebabkan tada tulang belakang goods job pss, usbo macam matai sudah tidak boleh dibanggakan , tada bangunan rumah pusat pentadbiran yang boleh di agunggkan tgk persatauan kadazan dusun ada kdca, saya sama dusun brunei dan iranun kasian bangsa saya, tiada usaha memajukan bangsanya bila ada, ada sahaja suara sumbang yang tidak support, endaan bi bangso lain persatuan suluk berjaya dalam perniagaan di bandar kk dan darisegi pendidikan eko nu posok universiti kebanyakan nya penen ic lagi , persatuan bugis control pertanian nonom jagung, tembikai, terung ,kasang panjang,dan dll sewa tanah tak bumiputera sekadar rm 200 jo memtedo tonom tapi untung gaah eko puluh ribu, pengangkutan bas, teksi ,lory dan dll di control oleh gaa pon, universiti politeknik, uitm, ums , ikm, ilp jomo bugis mojuriti gaoh meah, jadi jomo sama yen abar............... mun lai terua control lei kina ,bugis suluk jadi sama berhijrah ngogo negara lain dan ingat kisah sama ti johor

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: