Sunday, February 28, 2010

Khabar Terkini Air Kota Belud

Ramai penduduk Kota Belud masih mengalami masalah air yang kritikal. Banyak faktor yang boleh dijadikan penyebabnya. Apapun, saya tidak salahkan penduduk Kota Belud kerana air adalah keperluan asas yang terpenting dan mereka sudah terlalu lama menderita disebabkan oleh masalah air ini.

Ramai menyangka bahawa masalah air di Kota Belud bersangkut paut dengan bekalan air yang tidak mencukupi. Ironinya bekalan air di Kota Belud sebenarnya lebih dari mencukupi.

Senarionya adalah seperti berikut:

1.     Loji lama di pekan Kota Belud boleh mengeluarkan bekalan sebanyak 20 juta liter sehari. Manakala loji baru di kampung Bayayat pula boleh mengeluarkan bekalan sebanyak 15 juta liter sehari. Ini bermakna pengeluaran bekalan air bersih di Kota Belud adalah berjumlah 35 juta liter sehari.

2.     Sementara itu penggunaan air bersih di Kota Belud adalah sebanyak 32 juta liter sehari. Ini bermakna buat masa ini bekalan air di Kota Belud mempunyai reserve (baki) sebanyak 3 juta liter sehari atau hampir 10% daripada permintaan keseluruhannya.

3.     Mungkin ada yang bertanya secara sinis, kalau bekalan melebihi permintaan kenapa pula air tidak mengalir apabila paip dibuka?

Jawapannya ialah loji lama dan loji baru tidak mempunyai sambungan paip secara langsung! Biar saya terangkan...

4.     Loji lama mempunyai kapasiti pengeluaran sebanyak 20 juta liter sehari tetapi permintaan air melalui rangkain paip yang disambungkan ke loji lama ini adalah 25 juta liter sehari. Maknanya loji ini tidak boleh menampung keperluan air sebanyak 5 juta liter sehari! Oleh kerana itu, dua tangki utama yang terletak di kawasan berhampiran JKR Kota Belud dan di kawasan kem tentera Paradise tidak dapat dipenuhi secukupnya. Sepatutnya paras air dalam kedua-dua tangki tersebut boleh mencecah lebih kurang 20 kaki dan pada ketinggian itu, tekanan air cukup kuat untuk menyalurkan air ke kawasan berdekatan. Sekarang ini paras air dalam kedua-dua tangki tersebut hanyalah lebih kurang 4 kaki. Sebab itu, catuan terpaksa dibuat untuk memastikan kawasan-kawasan yang terlibat mendapat giliran bekalan air.

5.    Di loji baru pulak, keadaannya terbalik. Kapasiti pengeluaran air di loji baru adalah 15 juta liter sehari manakala permintaan air melalui rangkaian paipnya hanyalah 7 juta sehari. Dalam kes loji baru ini, terdapat lebihan kapasiti pengeluaran air sebanyak 8 juta sehari!

Nota: Sebagai maklumat tambahan, kampung-kampung yang dulu tidak mempunyai bekalan air paip atau terpaksa bergantung kepada bekalan air graviti kini sudah pun mendapat air setelah ujudnya loji baru di kampung Bayayat itu. Antara kampung-kampung ini ialah kampung Bahap, Taginambur Batu 10, Tamalang, Singgah Mata, Ratau, Pinasang Tamu Darat,  Rajunah, Bokilong, Rangalau, Piasau, Tombulion dan Sorob (kampung-kampung dalam DUN Kedamaian)

6.     Sepatutnya bekalan air dari loji baru kampung Bayayat disalurkan ke loji lama untuk membantu mengatasi defisit pengeluaran di loji lama. Malangnya paip yang menyambungkan loji baru ke loji lama secara efektif tidak ujud.

7.    Oleh sebab itu, satu peruntukan telah pun diperolehi sebanyak RM4.3 juta untuk membina saluran paip khusus (dan pam-pam baru) untuk menyalurkan air berlebihan dari loji baru kampung Bayayat ke loji lama di pekan Kota Belud. Proses tender sudah pun selesai dan kerja-kerja akan bermula pada penghujung bulan Mac 2010. Projek ini dijangka selesai pada penghujung tahun ini (2010).

8.     Dengan ujudnya saluran paip khusus ini nanti, bekalan air dari loji baru akan dapat disalurkan ke loji lama untuk menampung kekurangan 5 juta liter sehari di loji lama.

Apabila projek ini selesai nanti, kawasan perkampungan sepanjang jalan KB-Kudat akan mendapat bekalan air yang mencukupi terutamanya kampung Taun Gusi, Jawi-Jawi, Kesapang sehinggalah penghujung paip sepanjang jalan KB-Kudat itu (DUN Tempasuk).

9.     Untuk kawasan kritikal yang lain seperti Kg Kulambai, Kuala Abai, Pantai Emas, dan kampung-kampung berdekatan (DUN Usukan) , peruntukan sebanyak RM5 juta sudah pun dipohon melalui bajet NKRA. Saya dimaklumkan oleh jurutera jabatan air Kota Belud, Encik Petrus, bahawa dalam mesyuarat baru-baru ini di Putrajaya, kerajaan persekutuan pada dasarnya  bersetuju untuk membiayainya.

10.    Masalah yang sama berlaku di kawasan perkampungan tersebut dan sepanjang jalan Kulambai sehinggalah ke pengkalan Kuala Abai. Tangki di kawasan Timbang Dayang tidak mampu dipenuhi air. Jadi saluran paip khusus dari tangki utama di JKR ke tangki utama di Timbang Dayang perlu dibina. Jika pembinaan ini diadakan, air akan dapat disalurkan ke tangki utama Timbang Dayang untuk dipam ke kampung-kampung berdekatan. Selain dari itu, banyaka lagi projek untuk menggantikan paip usang sedang rancak dilakukan di merata tempat di Kota Belud.

Kita tunggu dalam sebulan dua ini perkembangan selanjutnya.

11.    Untuk menyelesaikan keseluruhan masalah air di Kota Belud memerlukan masa. Kerajaan Persekutuan telah merancang untuk memastikan 90% kawasan berpendudukan di negeri Sabah akan mendapat bekalan air bersih melalui sistem retikulasi (paip) dan bekalan air alternatif seperti melalui sistem graviti dan sebagainya menjelang penghujung tahun 2012. Dengan komitmen itu, saya amat yakin bekalan air di Kota Belud juga akan dapat diselesaikan.

InsyaAllah.

Salam,

DARD

27 comments:

  1. Adakah kampung Kawang-kawang, Kaguraan, Penampang, Pandasan, Timbang termasuk dalam perancangan untuk bekalan air ini? Kawasan ini sekarang mendapat bekalan air graviti yang tidak stabil. Kg Kawang-kawang misalnya, bekalan air graviti tidak berfungsi apabila tiadanya peruntukan penyelengaraan pada sistem paip sedia ada dan laluan paip sedia ada sebenarnya menghadapi masalah.

    ReplyDelete
  2. Salam YB Ahli Parlimen..

    pertama KM menyampaikan kebimbangan dgn kesibukan YB sehingga terlalu lama tidak update blog, menyebabkan kita para blogger di Kb rasa ' semacam' terputus dengan perkembangan YB ahli Parlimen..mungkin 'aktif' dalam laman sosial facebook. So, tak apalah..

    Permassalah bekalan air di KB ini sudah menjadi seperti 'sinonim' kp YB kerana atas kesungguhan yg YB tunjukkan utk menyelesaikan permasalahn ini..Thanks untuk itu..

    Tapi dari penerangan YB ini, saya nampak permasalahan yang YB tidak sentuh ialah mengenai Keusangan paip di perkampunagn yang disebutkan.

    Walaupun masalaha tekanan air dan kapasiti rezab bekalan air dapoat diatasi tetapi paip sambungan ke kawasan kampung seperti dari Pantai Emas, kota peladok, rudang, merabau, kota bungan, Tamau, Labuan, wakap dan sekitar Jawi-jawi adalah terlalu usang dan sudah berusia lebih 20 tahun..Malahan ada yang tersumbat dan juga ada yang pecah..

    Mungkin alternatif mewujudkan tangki utama di setiap pusat zon atau kawasan tertentu akan menyelesaikan permasalahan ini..

    Apakah pembaikpulihan batang-batang paip di perkampungan yg saya sebutkan sudah mendapat peruntukan?

    Kalau belum..mohon YB usahakan..Kalau sudah ,mohon YB pantau dan realisasikan.


    Sekali lagi KM, mohon supaya perkara ini dapat diberikan perhatian sewajarnya.

    Salam hormat
    KM

    ReplyDelete
  3. Datuk..

    Pembaikan dan upgrade bekalan paip di KB sedang rancak dijalankan..kita boleh nampak dsi sepanjang jalan dari sRJK Chung Hwa ke stesen Petronas...tetapi nampak gayanya, batal paip itu berukuran kecil..bolehkah menampung tekanan air ?

    Mohon juga penjelasan dari datuk.. Projek itu dikatakan bermula dekat dgn Masjid Jamek..dan hingga ke mana..?

    ReplyDelete
  4. Terima kasih di atas penjelasan dan usaha yang telah datuk laksanakan. Jika ini semua menjadi kenyataan, orang KB akan terhutang budi selamanya kepada datuk kerana perkara ini sepatutnya telah ditangani sejak pentadbiran YB terdahulu.

    ReplyDelete
  5. nampaknya ..harap2 masalah air di kota belud akan dapat diatasi!..Dah ramai wakil2 rakyat di kota belud malah ada yg menjawat jawatan menteri dan pembantu menteri dalam kabinet negeri..tidak dapat memberi perhatian yang sewajarnya terhadap masalah ini!..Entahlah!..cakap pun tiada guna!! Sekarang lah masanya!..Saya pun sdh letih mau puji2 DARD ni!..teruskan saja dato..selesaikan segera masalah yg dikatakan rumit sangat sejak bertahun2 dulu..heiiiii!!!

    ReplyDelete
  6. Bagaimana pula dengan kg Lingodon dan kg Sadok-Sadok datuk?adakah tersenarai dalam projek bekalan air tersebut? Untuk pengetahuan datuk kedua-dua kg tersebut belum pernah mendapat bekalan air bersih dari kerajaan USNO sehinggalah ke BN/UMNO.Penduduk kedua-dua kg tersebut hanya bergantung pada air perigi dan air sungai saja selama ini,,,,,,,

    ReplyDelete
  7. Terimakasih dengan khabar gembira ini datuk, kami penduduk kg Lingkodon dan Sadok-Sadok tak pernah menikmati bekalan air bersih selama ini,minum air sungai dan perigi saja,,,,,

    ReplyDelete
  8. Salam sejhatera Datuk...Saya amat senang hati dengan maklumat ini..tapi saya amat kecewa kerana terdapat beberapa tempat lagi yang masih tiada bekalan air bersih seperti di kg Togudon dan Kg Nahaba yang hanya bergantung kepada air perigi...masyarakat di kampung2 tersebut amat meminta perhatian dari kerajaan...

    ReplyDelete
  9. salam YB AP,

    saya sangat teruja mendengar penjelasan YB AP yang merangkumi fakta, jalan penyelesaian dan rangka kerja jangka masa panjang. TERIMA KASIH YB AP KOTA BELUD.

    tapi saya merasa terkilan apabila kg TSPAM dan kg2 yang terletak bersebelahan dengan IPS (Institut Pertanian Sabah) tiada dalam senarai YB AP KOTA BELUD.

    mohon penjelasan YB AP

    maklumlah org kg

    ReplyDelete
  10. salam YB AP,

    saya rasa teruja dengan penerangan YB AP yang penuh dengan fakta, cara penyelesaian dan hala tuju masa depan masalah air di KB.

    tapi saya rasa terkilan kerana segala penjelasan dan perancangan YB AP tiada langsung melibatkan kg TSP dan kg2 yang berdekatan IPS (Institut Pertanian Sabah)

    terima kasih YB AP

    ReplyDelete
  11. Salam 1malaysia,berbicara perihal air, di mana2pun ada masalah,kalau di tempat seperti yang dinyatakan oleh sebilangan warga Dun usukan,dan tempasuk.Di kadamaian juga tidak terkecuali walaupun sebilangan besar warganya menggunakan kemudahan paip graviti.Namun,yang menjadi permasalahannya ialah pemasangan paip yang tidak mengikut piawaian yang ditetapkan seperti yang diluluskan oleh badan-badan tertentu.Sepatutnya batang paip mengikut laluan utama bersaiz besar,tetapi apa yang berlaku ialah kontraktor memasang batang paip yang bersaiz kecil sahaja (1/2 inci).Kesannya air tidak dapat diagihkan sepenuhnya kepada
    pengguna kampung.Di manakah silapnya.

    ReplyDelete
  12. saya dalam dun kedamaian, dari kampung Melangkap....kelima lima kampung yang ada dalam kampung melangkap jg menghadapi masalah bekalan air yang tidak mencukupi......sila perhatikan keperluan kami juga...selain dari itu kami jg amat memohon agar kerajaan dapat memperbaiki jalan raya yang masuk ke dalam kampung melangkap baru kerana kampung ini berpotensi untuk menjadi tarikan kepada pelancung dari dlm dan luar negara..............

    ReplyDelete
  13. Isu air bersih di KB dapat diselesaikan.Bagaimana pula dengan saliran air ke sawah-sawah padi?terdapat banyak sawah padi di daerah KB tidak mempunyai saliran air.Sebagai contoh kg Lingkodon dan kg Sadok-Sadok,kedua-dua kg tersebut mempunyai tanah sawah yang luas,akan tetapi tidak mempunyai saliran air,sedangkan rata-rata penduduknya adalah petani.
    Untuk pengetahuan Datuk,kalau ada hujan barulah petani dapat bersawah.Punca air dari bukit telah kering disebabkan bukit-bukit tersebut telah dibersihkan(kayu ditebang)untuk ditanam dengan pokok getah.
    Tahun ini pesawah-pesawah di kg tersebut telah mengalami kerugian besar disebabkan kemarau yang melannda negeri Sabah.Padi mereka tak sempat berbuah disebabkan ketiadaan air yang mengalir ke sawah padi dan tanaman padi kering dan mati.
    Besarlah harapan kami penduduk kedua-dua kg tersebut agar YB Datuk dapat memberikan peruntukan untuk membeli waterpump dan paip getah yang bersaiz besar(6 inci) untuk mengalirkan air dari sungai ke sawah-sawah tersebut,seperti yang terdapat sesetengah tempat di negeri Melaka.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum datuk...
    Betulkah ada peruntukan di kawasan Kulambai hingga ke kuala abai? Kalau dari peruntukan dan bajet yang telah "dibocorkan" Peruntukan hanya ke kawasan kelawat, rampayan laut dan Tempasuk sahaja yang dapat peruntukan tahun ini. Kawasan Kulambai hingga ke Kuala Abai tiada dalam senarai walaupun sudah seusia kemerdekaan sabah dalam malaysia belum menikmati bekalan air. TETAPI sekiranya seperti apa yang diperkatakan oleh datuk akan masalah air di kawasan tersebut, kami sebagai penduduk di kawasan ini amat menghargainya datuk dan mengalu-alukan keperhatinan datuk. Diharapkan juga perkara ini bukan dijadikan sebagi isu politik semata-mata.

    ReplyDelete
  15. Dato',

    Saya bersetuju dgn sdri Noorhaya. Kami di kpg Lingkodon dan Sadok2 memerlukan bekalan air yg bersih untuk diminum. Cukuplah penderitaan sejak sekian lama minum air sungai dan dari bukit.

    Harap juga saliran air akan diberikan perhatian.

    ReplyDelete
  16. Adakah Kg.Gunding termasuk dalam perancangan pengubahsuaian sistem perpaipan ini? sehingga ke hari ini,bekalan air tidak mencukupi walau untuk sehari.purata air hanya diperolehi pada waktu subuh atau awal pagi sahaja. Diharapkan pihak tuan dapat menyelesaikan perkara ini. Sekian, terima kasih

    ReplyDelete
  17. Isu air yang kritikal di Kota Belud menunjukkan pengurusan yang lemah dan tidak cekap! Jumlah hujan kita mencurah-curah tetapi isu air sangat kritikal di KB. Harap perlaksanaan paip-paip baru menggantikan yang usang disegerakan. Jangan pula....masa dekat-dekat pilihanraya barulah nak buat penggantian paip-paip usang ni. Selepas menang, ia langsung tidak dipedulikan. Apa yang saya lihat...sudah menjadi TREND wakil-wakil rakyat mengumpulkan dahulu semua MASALAH dan lepas tu menyelesaikannya pada saat-saat akhir menjelang pilihanraya. Supaya segala kerja-kerja dan bakti tu lebih 'hapenning'! Sedangkan masalah sudah berlanjutan bertahun lamanya dan ...terus terang...campurtangan 'ikan jerung' diperlukan bagi mengarahkan 'ikan-ikan bilis' supaya kerja berjalan. Kalau jerung tidur bilis pun tidur juga!

    ReplyDelete
  18. Pendapat saya mungkin pihak pengurusan perlu menambah tanki air di semua bahagian daerah Kota Belud bagi menampung keperluan penduduk.

    ReplyDelete
  19. Kerajaan patut mengambil perhatian lebih serious terhadap perkara ini.Harap masalah penyaluran air bersih di KB akan selesai dengan segera.

    Insya-Allah..:)

    ReplyDelete
  20. Salam DARD...
    kata2 dard sewaktu perasmian info bestari kuala abai tahun lepas berkaitan masalah air bagi kg, kulambai, kuala abai dan sekitar masih dinantikan kebenarannya.
    Masyarakat masih menyimpan keratan akhbar kenyataan DARD itu yang mana masalah tersebut akan diselesaikan pada 2010.
    Bagi mengelakkan sebarang prasangka
    atau kemungkinan lain yg tak diduga.. ambil sahaja batang2 paip lama tu, 1 atau 2 batang, simpan disiring jalan kampung tersebut. Untuk cover election nanti...

    ReplyDelete
  21. Sekarang sudah tahun baru..mslh air dah selesai ka?

    ReplyDelete
  22. Harap masalah air dapat diselesaikan.

    ReplyDelete
  23. kadang2 masalah begini berpunca daripada masalah pengurusan duit2 peruntukan...selain itu, kkdg2 juga, sudh ada peruntukan tetapi kontraktor pula yang bermasalah..so, jika projek sudah ditender, maka, jabatan berkaitan, perlulah memantau kerja2 penyelenggaran supaya kerja2 itu bertepatan dengan kertas kerja yg dibentangkan oleh kontraktor terpilih. jgn pula, sepatutnya paip besar yang dicadangkan tetapi yang dibagi batang paip kecil. so, pantau dan pantau....

    ReplyDelete
  24. Semoga masalah air ini dapat diselesaikan dengan berkesan.

    ReplyDelete
  25. ekkk skrg ni bulan 6 2011 kn...x da air bersi pown... demontrasi bersi adalh

    ReplyDelete
  26. Bagaimana sudah masalah bekalan air ini?

    ReplyDelete
  27. pada rakyat kb.....sabar sajalah.......marilah kita bersama sama mengangkat tangan berdoa agar masalah ini selesai dgn kadar segera dan belajarlah bersyukur,..... dgn apa yang telah di lakukan MP dgn usahanya yang tidak putus2 membantu kita rakyat kb harap kita semua bersabar.............

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: