Friday, January 01, 2010

Peluang dan Potensi baru untuk KB

Pada 29hb Disember yang lalu, YAB DSP Musa Hj Aman, Ketua Menteri Sabah telah menyempurnakan acara pecah tanah bangunan tambahan SJKC Chung Hwa Kota Belud. Hadir sama ketiga-tiga ADUN dan pemimpin-pemimpin tempatan serta persatuan pendidikan Cina.


Dalam ucapan aluan saya, saya  telah menyingkap pengalaman saya sewaktu bekerja sebagai Ketua Setiausaha Politik kepada YAB DSP Musa Hj Aman pada tahun 2003. Ketika itu, beliau saja menjadi Ketua Menteri dan ramai pihak termasuk persatuan-persatuan mewakili kepentingan perniagaan, suku kaum dan pendidikan membuat kunjungan hormat kepada beliau. Sebagai SUPOL (S/U Politik) kepada YAB, saya turut berada dalam perjumpaan tersebut untuk mengambil nota dan seterusnya menjadi pengacara majlis jika diperlukan.


Selalunya saya dan YAB KM akan berbual kecil sebelum memasuki bilik perjumpaan. Anehnya, beliau selalu dapat meneka apa hasrat persatuan untuk mengadakan kunjungan hormat kepada beliau dan selalunya tekaan beliau itu tepat.


Kami dapati ada kelainan sedikit isi kandungan perbincangan persatuan-persatuan yang membuat kunjunga hormat itu. Contohnya, kebanyakkan persatuan yang berasaskan kepentingan kaum bumiputera akan mengajukan sesuatu kepada YAB KM dalam bentuk permohonan projek, permohonan dana dan tabung serta sokongan dan bantuan untuk kegiatan persatuan termasuk lawatan sambil bekerja ke luar negara. Agaknya kenapa tidak, kerana bagi mereka bila lagi untuk meluahkan perasaan kepada YAB KM jika tidak pada masa perjumpaan khusus dengan beliau itu.


Sementara perkara-perkara tersebut menjadi topik utama persatuan-persatuan berasas kepentingan kaum bumiputera, lain pula yang berlaku dengan kunjungan hormat persatuan-persatuan berasaskan kaum bukan bumiputera. Majoriti daripada mereka juga mahukan bantuan dan keperihatinan YAB KM tetapi kesemua permohonan itu menjurus kepada pembangunan pendidikan kaum tersebut. Yang diminta bukan dana untuk keluar negara atau projek, yang diminta adalah perpustakaan baru, dewan sekolah dan tambahan bangunan sekolah mereka. Begitulah komitmen bangsa Cina terhadap pendidikan mereka.


Sebab itulah, apabila saya dapat membantu mendapatkan dana RM2.48 juta untuk tambahan bangunan sekolah SJKC Chung Hwa, kegembiraan masyarakat Cina di Kota Belud begitu nyata sekali. Saya tidak pernah melihat kegembiraan sebegitu dalam masyarakat bumiputera biarpun peruntukan kerajaan membina sekolah di kampung mereka mencecah puluhan juta ringgit.


Dalam ucapan saya juga memohon YAB KM untuk memberi tumpuan yang khusus membangunkan daerah Kota Belud yang begitu unik ini. Sektor perlancongan dan industri minyak begitu berpotensi sekali. Saya rujuk perhatian beliau kepada pantai sepanjang daerah Kota Belud yang begitu indah dan bersih yang berlatarbelakangkan keunggulan dan mistik gunung Kinabalu. Begitu juga dengan jeti kuala Abai yang sebelum ini digunakan oleh Mamut Coppermine. Jeti dan pengkalan di situ boleh dijadikan pengkalan bekalan (supply base) seperti yang terdapat di Labuan. Labuan sekarang ini akan mengalami kesesakan bila adanya pembukaan telaga-telaga baru nanti di pantai barat Sabah.


Saya juga mencadangkan kepada beliau bahawa satu pelabuhan nelayan serba moden, lengkap dengan limbungan membaiki bot dan stor penyejukan (cold storage) amat sesuai didirikan di Kota Belud kerana mengikut kajian banyak bot-bot laut yang belayar berdekatan dengan pantai barat Sabah terpaksa ke Vietnam atau Batam untuk diperbaiki jika ada kerosakan berlaku atau mendapatkan bekalan jika bekalan mereka habis.


Jika cadangan  itu dipertimbangkan, pelabuhan nelayan moden di Kota Belud itu akan mampu menjadi tarikan kepada tuaan punya bot-bot laut dalam untuk datang membaiki bot-bot mereka di situ dan juga sebagai "landing point"tangkapan mereka untuk dihantar ke Cina, Jepun, dan negara-negara timur jauh yang lain selain tempat mendapatkan bekalan air minum, minyak dan makanan.


Cadangan-cadangan ini adalah sebagai pelengkap kepada projek-projek mega kerajaan yang telahpun diluluskan untuk daerah Kota Belud iaitu, projek agropolitan, projek pengkomersilan padi bersepadu dan pembangunan prasara di kawasan-kawasan kampung. Kesemuanya rancangan ini akan mampu melonjakkan Kota Belud keparas ekonomi yang lebih tinggi dengan pekuang-peluang pekerjaan kepada penduduknya.


Mudah-mudahan, berkat keperihatinan kerajaan, Kota belud akan dapat kita jadikan pusat industri minyak, perikanan dan perlancongan yang mampu memberi peluang pekerjaan yang luas kepada anak-anak / generasi muda di Kota Belud.


Mampukah kita buat? Tepuk dada tanya selera! Kalau kekangan kerajaan ialah dana, saya cadangkan agar pihak swasta menjadi pemangkin kepada cadangan- cadangan ini. InsyaAllah.


Salam,
Rahman

9 comments:

  1. Pembangunan industri di Kota Belud sangat membantu mengurangkan pengangguran yang sedia ada...dengan kewujudan perindustrian minyak contohnya akan dapat memberi peluang pekerjaan sama ada diperingkat operasi atau bahagian pengurusan. saya secara peribadi sangat menyokong usaha ini.usaha lain juga peru diteruskan...

    ReplyDelete
  2. YB Datuk,
    walaupun apa cadangan yang dikemukakan perlu disusuli dengan perancangan dan tindakan. Penyertaan pihak swasta yang berpengalaman dan berkeupayaan dalam membantu merealisasikan hasrat murni ini sememangnya amat diperlukan.
    Dan penyertaan NGO dan rakyat sekitarnya jangan dipinggirkan. Kerjasama dari semua pemimpin yang ikhlas amat sangat diperlukan, bukan sahaja YB YB tetapi pemimpin lain yang berpengaruh dan disegani oleh rakyat.
    Kota Belud tidak kurang hebatnya dengan para profesional dan pemikir pembangunan di Kota Belud, yang mungkin mempunyai idea awal tetapi tidak kesampaian. Cari dan bawa mereka bersama.
    Mereka-mereka inilah yang membuat perancangan dan kertas kerja dalam;
    1. Mewujudkan Jelapang Padi di Kota Belud,
    2. Merancang dalam menyelaras Pekan Kota Belud dan pembangunan sekitarnya,
    3. Mengemukakan idea dan kertas kerja dalam memajukan industri pelancongan,
    4. dan lain-lainnya.

    ReplyDelete
  3. Salam Dato

    Segala bentuk macam peluang dan potensi baru di KB tidak dpat dinafikan akan kepentingannya kepada rakyat. Diharap semuanya lebih ke arah kebaikkan dan manfaat semua.

    "Jangan pula yang nyata dibiar, Yang tersembunyi dicari"

    Moga tahun baru ini pembangunan akan lebih rancak dikecapi KB.

    ReplyDelete
  4. bulanmengembang,

    tidak salah untuk memikirkan benda yang tersembunyi sementara masih memikirkan benda yang nyata....

    Tiara,
    as always thank you for your support.

    Azahari,

    idea yang cukup bernas. saya akan cuba implementasikan saranan anda.

    ReplyDelete
  5. Tahniah Dato sebab dapat bantu sekolah chung hwa, tapi masa perasmian sekolah tersebut oleh DS musa aman, golongan pendididik samada dari jabatan pendidikan daerah kota belud, sekolah2 kerajaan dan pemimpin NGO2 serta pegawai kanan di Kota Belud tidak dijemput oleh penganjur, motif tidak dikenalpasti. Mereka kena ingat bantuan tersebut adalah dari kerajaan dan majlid tersebut adalah majlis rami kerajaan negeri Sabah tapi yang byk datang ahli politik dan penyokong YB-YB sahaja. Sehinggakan ada panggilan last minit sbb orang tak ramai. Kepada penganjur majlis macam peruntukan tersebut dari swasta bukannya dari kerajaan. Diaorang buat majlis tersebut untuk orang cina shj dan bukannya majlis rasmi kerajaan. harap tidak akan berlaku pd masa akan datang datang. "tengok dari tingkap sahaja"

    ReplyDelete
  6. salam dato' saya ada menternak ikan keli di kg kulambai tp pasaran kurang...nak minta tolong dato cuba komersilkan

    ReplyDelete
  7. YB Datuk, Salam

    usaha ikhlas datuk utk membangunkan KB amatlah bernilai bagi penduduk kb khususnya. untuk membangunkan sesebuah kawasan, kerjasama daripada pihak swasta dan kerajaan sgt penting. sekiranya pihak yb datuk memerlukan kepakaran dan khidmat nasihat daripada pihak swasta, kami sedia membantu.

    umslink holdings sdn bhd

    ReplyDelete
  8. Pembangunan industri di Kota Belud memang sudah lama dinanti-nantikan oleh semua masyarakat di kota belud. Diharapkan usaha ini dapat diteruskan.

    ReplyDelete
  9. salam datuk...
    saya amat menyokong cadangan datuk kerana ini akan memajukan ekonomi kota belud..dan peluang pekerjaan juga banyak.....ini akan merialiasikan wawasan 2020 kota belud maju,saya mencadangkan wujudkan hotel 5 bintang untuk kota belud...untuk menarik pelancong asing.terima kasih datuk....

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: