Wednesday, January 20, 2010

Banjir Kota Belud - Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul



16hb Januari (Sabtu) - Sekembali saya dari London bersama rombongan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 16 Jan 2010, keesokannya saya bergegas balik ke Sabah untuk melawat mangsa banjir di daerah Kota Belud. Sebenarnya ketika saya berada di London pun, pegawai-pegawai saya telah memaklumkan saya mengenai bencana banjir yang menimpa di Kota Belud.



17hb Januari (ahad) - Setibanya saya di KKIA saya terus bergegas ke penempatan mangsa banjir di penempatan sementara SMK Taun Gusi, Kota Belud dan Dewan Tun Said, Pekan Kota Belud bagi melihat sendiri keadaan mangsa-mangsa banjir di pusat-pusat penempatan itu.



18hb Januari (Isnin) -  keadaan banjir di Kota Belud surut sedikit, namun demi memastikan keselamatan penduduk kampung yang terbabit dengan banjir mereka masih tidak dibenarkan pulang oleh Jawatankuasa Bencana Alam Kota Belud. Semasa saya melawat penempatan itu saya dapati yang ramai adalah kaum-kaum ibu dan anak-anak. Rupa-rupanya kaum bapa ramai yang berada di rumah mereka menjaga hartabenda yang ditinggalkan secara tergesa-gesa sewaktu berpindah ke pusat penempatan.

Saya amat simpati dengan apa yang mereka hadapi, lebih-lebih lagi ramai yang berpindah dengan sehelai sepinggang kerana tidak sempat untuk membawa pakaian atau kelengkapan seharian mereka. Tetapi semuanya ini bukan atas kehendak kita, bagi saya apa yang berlaku ini semuanya cuma salah satu ujian kecil dari Allah SWT. Saya telah memeluluskan bantuan beras, tikar, bantal, tuala wanita dan lampin pakaibuang bayi untuk diagihkan kepada mangsa di pusat-pusat penempatan itu. Saya juga telah berhubung dengan beberapa JKKK dan Ketua UMNO Cawangan dari kampung-kampung yang terputus hubungan untuk memberi bantuan tunai kepada mereka bagi meringankan sedikit sebanyak keperluan harian mereka.



19hb Jan (Selasa) - Saya telah mengajak Datuk Japlin Akim, Datuk Musbah Jamli dan Pegawai Daerah Kota Belud menaiki helikopter (sebagai ahli Parlimen saya diberikan peruntukkan khas penggunaan helikopter oleh kerajaan untuk kegunaan melawat kawasan parlimen)  ke Kota Belud untuk melihat kesan banjir dari udara bagi memahami keadaan sebenarnya dengan lebih berkesan lagi. Dari udara, kami dapati masih banyak lagi rumah yang tidak boleh dihubungi menerusi jalanraya kerana jalanraya yang sedia ada tenggelam. Kami juga dapat melihat banyak sawah-sawah padi yang ditenggelami air. Tentunya anggaran kemusnahan belum dapat dipastikan namun saya yakin pihak kerajaan akan cuba membantu mangsa-mangsa yang terbabit.



Sepanjang 3 hari 3 malam bencana banjir melanda di daerah ini saya amat berpuas hati dengan gerak kerja yang telah digerakkan oleh Bilik Gerakan Bencana Alam Daerah Kota Belud yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Kota Belud, Mohd Najib Muntok. Memang betul ada kelemahan sedikit sebanyak di sana sini, tetapi secara keseluruhannya semua agensi-agensi seperti RELA, Pasukan Gerak Am (PGA), Balai Polis, KEMAS, Jabatan Kesihatan dan agensi-agensi lain telah memainkan peranan penting sepanjang operasi banjir ini. Jasa dan kerja keras mereka tanpa mengenal erti penat lelah amatlah dihargai.



 

Sesungguhnya tugas yang dipikul oleh mereka ini bukanlah satu tugas yang mudah dan ringan kerana keutamaan mereka adalah keselamatan orang ramai yang terlibat dengan banjir, syabas saya ucapkan.Saya berharap keadaan banjir akan bertambah baik dalam sehari dua lagi.

20hb Januari (rabu) - Dikhabarkan YAB Ketua Menteri akan melawat Kota Belud untuk memantau keadaan banjir dan seterusnya mendapat taklimat terkini daripada Jawatankuasa Bencana Alam Kota Belud.  Tentunya dengan kehadiran YAB Ketua Menteri, fasa kedua bantuan iaitu bantuan membaiki rumah dan kerosakan hasil tanah pertanian akan dapat ditangani dengan lebih baik lagi.

Salam.
DARD

5 comments:

  1. salam Datuk..

    penulisan yang baik menunjukkan perkembangan keadaan banjir di kawasan Kota belud...

    TV3 ada siarkan atas inisiatif Datuk..Tahniah!

    ReplyDelete
  2. Salam datuk..

    Tahniah atas kerja keras datuk mendekati mangsa-mangsa banjir di KB..sebagai pemimpin Datuk mempunyai peranan yang cukup penting..walaupun baru tiba dari Luar Negara, datuk masih menunjukkan tanggungjawab yang sukar dipertikaikan..

    Walaupun begitu, terdapat beberapa kelemahan pengurusan yg wajar diberikan perhatian..antaranya ialah seperti mengurangkan karenah birokrasi...mengutamakan bantuan sampai terlebih dahulu tanpa perlu mengadakan mesyuarat yang memakan masa.(walaupun perlu, namun boleh ditiadakan utk memastikan bantuan cepat sampai)

    Perkhidmatan kesihatan juga wajar dilibatkan dgn mengadakan beberapa lawatan singkat ke kg-kg yang terlibat, supaya dpt memantau keadaan persekiyaran dan tahap kesihatan penduduk..ada laporan bahawa terdapat penduduk yg demam dan sakit ketika banjir melanda rumah mereka.Rawatan segera ini boleh meringankan beban mereka.

    bekalan barangan bantuan boleh diberikan terus kepada JKKK dan Ketua KG..tidak menunggu di kwsn penenmpatan banjir sahaja...misalnya di tawadakan..ramai keluarga yg masih mendaiami rumah mereka walaupun banjir telah mula naik..bantuan awal ini boleh meringankan beban mereka.

    Sehingga itu..semoga Datuk terus memberikan sumbangan dan perkhidmatan.

    KM

    ReplyDelete
  3. Tahniah dan terima kasih atas keperihatinan YB Datuk kepada rakyat Kota Belud..

    Saya cadangkan agar semua agensi terutama Syarikat kerajaan (GLC)diwajib menyediakan satu peruntukan @ Tabung Khas Bencana Alam yang boleh disalurkan dengan cepat bagi membantu rakyat yang menghadapi kesusahan.

    Tabung ini tidak perlu disalurkan kepada unit bertanggung jawab tetapi terus disalurkan sendiri oleh GLC terbabit bagi mengurang kerenah birokrasi, atau dipantau oleh satu unit khas dibawah Jabatan Ketua Menteri.

    t.q...

    ReplyDelete
  4. Datuk,
    saya tertarik dgn cara tulisan datuk. Sedap dibaca dan mudah difahami. I salute you for that

    ReplyDelete
  5. Tahniah datuk atas keperihatinan terhadap mangsa banjir...walaupun agak lewat..Saya agak terkilan terhadap penulisan Datuk yang tidak menyebut pun peranan PBSMM Kota Belud yang bertungkus lumus membantu mangsa banjir dari dulu hingga kini. pendek kata sejak datuk lagi belum menjadi MP Kota belud PBSMM menjadi tulang belakang kepada pejabat daerah membantu mangsa bencana.Mereka bertungkus lumus menyediakan makanan kepada mangsa..segala alatan memasak berskala besar PBSMM yang sediakan dan sukarelawan yang bertugas tanpa gaji dan imbuhan tidak mendapat perhatian datuk....
    Seingat saya antara YB di kota belud yang benar2 perihatin dengan PBSMM Kota Belud Dengan memberikan sumbangan dan Dana adalah DSSK...Petugas PBSMM bukan saja tidak mempunyai elaun dan imbuhan malahan menggunakan duit poket sendiri untuk bertugas demi negara dan masyarakat..bagi saya Haji Abdullah Nawawi lah pejuang tulen PBSMM kota belud..diharapkan dengan tulisan ini YB berminat membantu PBSMM kota Belud demi kebaikan pengundi2 datuk juga...Untuk makluman PBSMM aktif bersama hospital kota belud dan sentiasa membuat kempen derma darah untuk pesakit Thalaesemia..jadi tanpa dana program berbentuk kemasyarakatan menjadi kekangan kepada PBSMM..salam

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: