Nampaknya dalam lanskap politik baru yang melanda negara kita, hampir semua parti politik negara kita sedang bergolak. Mereka berdepan dan melalui masalah krisis keyakinan dengan kepimpinan parti masing-masing.
Khamis, Oktober 29, 2009
Tiba-tiba UMNO pula lebih stabil dari parti lain
Nampaknya dalam lanskap politik baru yang melanda negara kita, hampir semua parti politik negara kita sedang bergolak. Mereka berdepan dan melalui masalah krisis keyakinan dengan kepimpinan parti masing-masing.
Isnin, Oktober 26, 2009
1Malaysia F1 Team... Rasa lega - kerajaan tidak ada ekuiti
Di parlimen pagi tadi, pihak pembakang telah mengemukakan soalan yang bertanya apakah pelaburan kerajaan dalam projek 1Malaysia F1 Team ini dan apakah impaknya kepada kewangan negara? Persoalan inilah yang bermain difikiran rakyat apatah lagi dalam keadaan situasi ekonomi negara sekarang ini.
Jawapan oleh YB Menteri ialah projek ini adalah inisiatif pihak swasta dan TIDAK ada pelaburan secara langsung ataupun ekuiti kerajaan dalam projek ini. Ini melegakan perasaan rakyat dan dapat menjawab kekhuatiran rakyat terhadap projek ini.
Walaubagaimanapun, YB Menteri ada menyebut bahawa komitmen kerajaan terhadap projek ini lebih kepada kelengkapan infrastruktur. Contohnya, penyediaan tapak tanah untuk pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan akses kepada teknologi Proton yang dimiliki oleh kerajaan.
Secara peribadi saya menyokong projek 1Malaysia F1 team ini kerana potensi impak pelancongan yang positif, transfer teknologi dan pembangunan industri permotoran negara. Tetapi sokongan saya itu berasaskan kepada satu premis iaitu kerajaan tidak terlibat secara langsung dan membelanjakan wang rakyat dalam projek ini.
Salam.
Sabtu, Oktober 24, 2009
PM sebut Kota Belud dalam ucapan Bajet

Dalam ucapan bajet, PM ada menyebut Kota Belud secara khusus untuk mendapat projek-projek jalanraya luarbandar.
Sedutan ucapan beliau, "Membina jalan luar bandar sepanjang 510km dan jalan kampung sepanjang 316km dengan peruntukan RM857 juta termasuk jalan di Kapit, Lawas dan Simunjan di Sarawak serta Kinabatangan, Kota Belud dan Keningau di Sabah."
Alhamdullilah, berkat doa rakyat KB, PM dengar juga ucapan-ucapan yang disuarakan di Parlimen. Kita tunggu dalam perbahasan dalam Parlimen nanti untuk perinciannya.
Terima kasih YAB!
Jumaat, Oktober 23, 2009
UMNO - fahaman haluan tengah!
Saya memulakan hujah dengan memberi pengertian kepada ungkapan "Politik Haluan Tengah" atau Centrist Politics. Fahaman centrist adalah merujuk kepada kesederhanaan dalam ideologi politik. Ianya tidak berada di posisi "ultra right" iaitu fahaman konservatif yang mahukan tradisi dipelihara ataupun posisi "ultra left" iaitu fahaman liberal yang mahukan perubahan secara evolusi atau revolusi terhadap tradisi atau kebiasaan.
Saya menghujahkan bahawa parti UMNO adalah contoh fahaman centrist. Walaupun UMNO selalu disalahertikan sebagai sebuah parti perkauman (ultra right), ia sebenarnya tidak betul. UMNO adalah sebuah parti berasaskan kaum tetapi tidak mempunyai agenda perkauman. Seperti kata Datuk Seri Najib dalam perhimpunan agung UMNO baru-baru ini, perkauman lebih menjurus kepada apa yang berlaku di Afrika Selatan dengan konsep "apartheid"nya dan di Amerika Syarikat yang memisahkan rakyatnya yang berkulit putih dengan mereka yang berkulit hitam melalui perundangan dan peraturan rasmi kerajaan.
Kesanggupan UMNO untuk berkongsi kuasa sejak zaman pra-kemerdekaan sehinggalah sekarang jelas menunjukkan fahaman centrist itu. Penubuhan sekolah jenis kebangsaan, pendekatan integrasi dan bukannya asimilisasi kepada orang bukan Melayu/bumiputera, dan mempertahankan sistem pasaran terbuka jelas memperlihatkan kecenderungan UMNO kearah "centrist" atau haluan tengah.
Begitu jugak, sejak pilihanraya tahun 1955 dan pilihanraya -pilihanraya berikutnya, UMNO boleh menggunakan kekuatannya untuk membolot kuasa tetapi ia memilih perkongsian kuasa bersama komponen parti yang lain. Mereka bukan saja diajak berkongsi kuasa tetapi diberikan portfolio yang utama seperti Kerjaraya, Pengangkutan, Kesihatan dan Sumber Manusia.
Malah, dasar-dasar ekonomi negara seperti yang terdapat dalam pembentangan bajet, suntikan ransangan ekonomi dan yang lain-lain yang melibatkan bursa saham, sektor pembuatan dan syarikat-syarikat besar sebenarnya banyak memanfaatkan golongan bukan Melayu/ bumiputera!
Selama ini UMNO berjaya menjadi tulang belakang BN dan kerajaan kerana mengamalkan politik centrist (sederhana) ini. Kepimpinan UMNO jelas terserlah dengan sentiasa menggunakan pendekatan inklusif, menyeluruh dan sederhana. Dan saya dapat rasakan orang-orang bukan Melayu/Bumiputera menghargai UMNO yang sebegitu rupa.
Mungkin ada yang berkata bahawa UMNO adalah parti yang rasis dengan mengambil kira perkembangan dan ucapan-ucapan dalam Persidangan Agong UMNO setiap tahun. Sebenarnya itu hanyalah persepsi yang tidak tepat.
Saya berhujah dengan mengatakan bahawa parti UMNO dan kepimpinan UMNO perlu diadili melalui tindakannya dalam bilik mesyuarat kabinet bukannya dewan PWTC. Walaupun dalam perhimpunan agung UMNO, kita didendangkan dengan ucapan-ucapan gagah yang meniup semangat perwakilan hingga kelangit (untuk makluman, parti-parti lain dalam perhimpunan mereka juga begitu), akhirnya UMNO akan kembali juga kebumi dan menunjukkan "kepimpinan"nya dan bukannya "ketuanan" melalui keputusan-keputusan eksekutif kabinet BN bertunjangkan UMNO itu.
Sebenarnya kalau diteliti sedalam-dalamnya, "kepimpinan" UMNO itulah yang menjadikan ianya sebagai parti yang releven dari merdeka sehingga masa kini. Seperti kata Datuk Seri Najib, dihormati oleh kawan, disegani oleh lawan. Hilang ciri-ciri "kepimpinan" centrist itu, maka nazaklah UMNO!
YB Saudara Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia merungkai isu "kepimpinan" ini dengan lebih mendalam dalam ucapan dasar beliau di perhimpunan agung Pemuda UMNO baru-baru ini (klik Disini Untuk Ucapan Dasar YB Khairy)...
Saya sedar, setelah pilihanraya 2008, banyak kumpulan NGO Melayu dan bumiputera yang sudah sedia ada dan yang tumbuh seperti cendawan akibat pergolakan politik masa kini, menjadi semakin "radikal". Mereka ini kebiasaannya berhaluan kanan dan "ultra-right" (dari segi kata-kata dan prinsip bukannya tindakan). Mereka mendesak UMNO dan kerajaan untuk lebih mengutamakan melayu dan bumiputera, demi mempertahankan "ketuanan" Melayu/bumiputera yang dilihat sebagai tergugat ekoran senario politik negara masa kini.
Sebab itulah, amat penting untuk UMNO dengan pantas meletakkan perjuangannya kelandasan kesederhanaan ini. Kelewatan untuk memegang fahaman "Wasatan" (meminjam ungkapan Datuk Seri Najib yang bererti kesederhanaan) akan membuatkan UMNO dichop sebagai parti yang memeperjuangkan hak orang Melayu/bumiputera sahaja. Ini perlu dielakkan kerana kekuatan UMNO selama ini bukan saja kerana Melayu dan bumiputera menyokongnya tetapi orang bukan Melayu/bumiputera juga turut merasa selesa, segan dan hormat serta sokong kepada UMNO.
Alhamdullilah, kalau dilihat dari ucapan sulung beliau sebagai Presiden UMNO dalam perhimpunan agung UMNO baru-baru ini, nyata Datuk Seri Najib sudah pun mengorak langkah pertama kearah itu. Ucapan beliau itu sarat dengan nasihat supaya perjuangan UMNO itu perlu berdasarkan konsep "menyeluruh", "sederhana" dan "inklusif".
Saya tidak menyangkal fakta bahawa kepentingan orang Melayu/bumiputera itu adalah WAJIB dipertahankan oleh UMNO kerana hakikatnya perjuangan itulah alasan UMNO ini ditubuhkan pada tahun 1946 dulu. Pun begitu, UMNO juga wajib memperlihatkan kebesarannya melalui keperihatinan dan perjuangannya untuk semua rakyat tanpa mengira agama, suku kaum dan bangsa. Di situlah terletak resipi kekuatan UMNO dan sesungguhnya pemimpin-pemimpin UMNO dari dulu sehingga sekarang faham bahawa UMNO yang sederhana dan berhaluan tengah adalah formula yang terbaik untuk negara!
Isnin, Oktober 19, 2009
16hb Sept Najib vs 16th Sept Anwar
Anwar melihat 16hb September sebagai hari untuk menumbangkan kerajaan persekutuan BN dan seterusnya meletakkan negara sebagai setanding dengan negara-negara "pariah" dunia ketiga di mana demokrasi "dirampas" dan "dihina", sementara Najib pulak melihat 16hb September sebagai hari menyatukan rakyat Malaysia.
Saya terharu sewaktu dalam parlimen sesi pagi tadi, Perdana Menteri mengumumkan 16hb Sept sebagai cuti umum bagi memperingati pembentukan negara Malaysia. Inilah keputusan yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak.
DS Najib telah berani membuat keputusan untuk merungkaikan kekaburan sejarah yang menghantui negara sejak sekian lama. Saya harap DS Najib tidak berhenti disini saja. Apa yang perlu diubah selepas ini ialah kekaburan angka pula. 31hb Ogos adalah hari tanah Melayu, Sabah dan Sarawak merdeka. Cuma tahunnya berbeza.
Tanah Melayu merdeka tahun 1957 dan Sabah dan Sarawak merdeka pada tahun 1963 (Malaysia sepatutnya tertubuh pada 31hb Ogos 1963 tetapi oleh kerana konforntasi oleh Indonesia, penubuhan itu hanya dapat direalisasikan 2 minggu selepas itu iaitu 16hb Sept 1963. Untuk sesiapa yang minat fakta sejarah, Sabah dan Sarawak adalah negara-negara berdaulat untuk 2 minggu!).
Kalau pada 31hb Ogos 2010 kerajaan masih mahu ianya dipanggil Hari Kemerdekaan, biarlah ianya dipanggil Hari Kemerdekaan tanpa menyebut tahun yg ke berapa kerana pada tahun hadapan, Tanah Melayu telah merdeka 53 tahun tetapi Sabah dan Sarawak merdeka 47 tahun!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Jalan Penyuraian (Relief Road) untuk kurangkan kesesakan di Pekan Kota Belud
Jalan ini akan mampu untuk menyuraikan sistem trafik kenderaan di Kota Belud dengan lebih berkesan lagi di samping dapat mengurangkan kesesakan jalan yang semakin kronik di Kota Belud. Selain daripada itu, jalan itu nanti akan memberi laluan tambahan kepada orang ramai untuk memasuki pekan Kota Belud.
Jalan itu akan berbentuk "Y" bermula dari kawasan Telak Bana menuju ke kawasan persimpangan jalan JKR / highway KK-KB. Satu cabang lagi akan menuju kg Sembirai.
Sebagai gambaran, anda boleh memandu keluar dari kawasan pekan Kota Belud dari kompleks kedai Telak Bana menuju samada ke jalan JKR atau ke kg Sembirai.
Saya amat gembira kerana setelah sekian lama menanti, akhirnya masalah kesesakan jalan masuk dan keluar dari pekan Kota Belud akan dapat dikurangkan.
Utk makluman, jalan tersebut sudah di peringkat proses rekabentuk dan akan ditenderkan secepat mungkin. Saya dimaklumkan oleh JKR Kota Belud bahawa apabila semua dokumen selesai, proses membina jalan tersebut tidak akan melebihi 4 bulan.
Terima kasih,
DARD
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sabtu, Oktober 17, 2009
Gambar Bersama Wira Bagan Pinang

1Malaysia, 1KotaBelud, 1LasauPodi
Rabu, Oktober 14, 2009
Jambatan "bahaya" Kg Tawadakan
Jambatan merentangi Sungai Tawadakan itu perlu dibaiki atau diganti segera kerana tidak lagi selamat dan selesa untuk digunakan.
Ketua Kampung Tawadakan, Jamri Asoim mendakwa masalah itu sudah dikemukakan kepada Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Pejabat Daerah Kota Belud, tetapi hingga kini belum ada sebarang tindakan.
"Kami harap jambatan ini dibaiki segera demi kepentingan pelajar kerana kita bimbangkan keselamatan mereka," katanya kepada Berita Harian, di sini, semalam.
Jamri berkata, jambatan itu berbahaya tetapi pelajar dari kampung itu yang belajar di SMK Taun Gusi dan SK Tawadakan tiada pilihan lain.
Malah, katanya, ada murid mendakwa pernah terjatuh dan terpaksa pulang ke rumah menukar pakaian.
Beliau berkata, penduduk kampung tidak mampu mengeluarkan membaiki jambatan berkenaan dan berharap ia diberi perhatian serius oleh kerajaan.
"Kami harap kerajaan memberikan keutamaan menyelesaikan masalah ini, seelok-eloknya gantikan dengan jambatan konkrit demi kepentingan semua pihak," katanya.
Penduduk kampung, Maugan Mustapha berkata, Abdul Rahman pernah berjanji membawa isu jambatan itu kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
"Rakyat berpegang kepada janji dan ia mesti dikotakan segera," katanya.
Samdin Umpong meminta Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bertindak segera membaiki kedua-dua jambatan itu sebelum kejadian tidak diingini berlaku.
"Sepatutnya masalah jambatan usang kini hampir tidak dapat digunakan sudah lama diatasi dan kita harap keperluan rakyat diutamakan.
"Kami bersyukur kerana anak masih sanggup ke sekolah walaupun saban hari berdepan kekurangan kemudahan asas,” katanya.
Ahli Parlimen kawasan itu, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan berkata beliau telah meminta Jabatan Pembangunan Negeri Sabah (JPNS) untuk memeriksa kedua-dua buah jambatan tersebut.
Katanya, petang khamis baru lalu pihak JPNS telahpun meninjau serta memeriksa keadaan kemudahan dua buah jambatan yang sedia ada di kampung itu.
“ Memandangkan kemudahan yang sedia ada sudah terlalu unsang dan sudah tidak selamat digunakan lagi, saya telah meluluskan peruntukan bagi membaiki kedua-dua jambatan itu demi keselamatan pengguna di kampung berkenaan.”
Abdul Rahman menjelaskan, dianggarkan lebih kurang 200 ribu ringgit perbelanjaan diperlukan untuk membaiki kedua-dua buah jambatan yang sedia ada di kampung itu.
“ Kerja-kerja membaiki pulihnya jambatan itu akan bermula seminggu dua lagi, saya mendengar rintihan masalah penduduk kampung yang diajukan kepada saya, cuma apa yang saya harapkan rakyat dapat bersabar sementara menunggu peruntukan yang dipohon oleh rakyat diluluskan oleh pihak kerajaan.
Petang khamis, pihak Jabatan Pembangunan Negeri Sabah yang diketuai oleh Pengarahnya, Haji Matusin Sunsang, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknikal JPNS, Kheu Kuan Siong.
Ketua Penolong Pengarah (H),Norali Awang Damit, Penolong Pengarah, Muhamad Faiz Abu Bakar, Juruteknik Awam PPNS, Sairan dan Elysios serta para pemimpin setempat telah meninjau kedua-dua buah jambatan di kampung berkenaan.
