Semua orang tahu bahawa UMNO dan BN dalam keadaan defensive atau bertahan sejak pilihanraya tahun lepas. Telah banyak yang diperkatakan tentang bagaimana caranya mengembalikan kegemilangan Umno/BN.
Antara lainnya pindaan kepada perlembagaan parti, Indeks Pencapaian Utama (KPI), slogan satu Malaysia, kepimpinan baru dan transormasi ekonomi. Semua itu adalah di peringkat dasar dan diharapkan akan membuahkan hasil.
Pada masa yang sama, saya berpendapat di peringkat individu perlu ada anjakan pemikiran dan tindakan
Amat penting bagi setiap ahli MKT, setiap YB, setiap Ketua Bahagian dan AJKnya, setiap Ketua Cawangan dan AJKnya dan setiap ahli UMNO hendaklah buat kerja masing-masing, di tempat masing-masing, pada setiap masa, secara fokus dan tidak mudah gelabah, tidak mudah panik, tidak putus asa, tidak terpengaruh, tidak masuk hal org lain dan tidak sebar khabar angin.
Percayalah biar sekecil manapun kerja itu, akhirnya semua akan terkumpul menjadi ombak tsunami politik yang kali ini memihak kepada BN/UMNO. InsyaAllah!
Dalam erti kata yang lain, pada saat dan ketika ini, UMNO perlukan lebih ramai hero-hero kecil (maaf, mungkin boleh diumpamakan sebagai Cicakman) di kalangan Ketua Cawangan dan AJKnya, yang mampu mempertahankan parti dan kerajaan dan mematahkan hujah-hujah musuh di kedai-kedai kopi, di surau-surau, di bendang, di gerai-gerai, dalam JKKK, dalam JK Masjid, dalam Felda, di jeti-jeti nelayan, di dalam jabatan kerajaan dan dalam pejabat-pejabat swasta, kerana di situlah medan yang UMNO/BN kalah undi dan kalah semangat.
Kita perlu mereka-mereka ini LEBIH daripada hero-hero besar (maaf sekali lagi kalau saya umpamakan Superman-Seuperman) di kalangan menteri menteri, ahli MKT dan YB-YB yg bertarung di forum2, program2 debat dlm TV, Dewan Undangan Negeri dan Parlimen!
Pertarungan politik untuk pilihanraya umum ke 13 nanti akan banyak berlaku di peringkat akarumbi lebih daripada di peringkat "corridors of power".
Sudahkah Umno/BN melahirkan hero-hero kecil ini?
Salam,
Dard.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Who Pays Kickdefella To Blog?
-
Hantu LautAre they any better than the one they wanted to get rid off? PAS in now caught with its pants down, embroiled in nepotism, and even worse, the very...
3 beberapa jam yang lalu
