Hari ini saya bersama rombongan pejabat ahli parlimen dan jabatan jabatan kerajaan persekutuan melawat pulau Mantanani.
Saya amat berterima kasih kepada penduduk di sana kerana walaupun semasa waktu kempen pilihanraya tahun lepas, saya tidak dapat meluangkan masa untuk kesana kerana kesuntukkan masa.
Namun penduduk di sana mengundi calon calon BN dengan penuh keyakinan bahawa BN mampu memperjuangkan masa depan mereka. Terima kasih penduduk Mantanani!! Saya hadiahkan dua buah pantun kepada mereka!
1. Lembu KB meragut rumput. Rumput diragut berguni2. Sokongan Mentanani tak pernah luput. Dalam kenangan terus abadi.
2. Rumput diragut berguni2. Guni diguna menyimpan beras. Dalam kenangan terus abadi. Hanya Allah sahaja dapat membalas.
Dalam masa setahun ini , saya telah luluskan beberapa projek di sana antaranya ialah 2 khemah pasang siap, kerusi sebanyak 200 buah, pembaikan sekolah berjumlah RM90 ribu, melengkapkan keperluan masjid dan membaiki 5 buah rumah bernilai RM70 ribu.
Saya kesana menaiki helikopter. Bukannya nak menunjuk nunjuk tetapi saya adalah antara 14 ahli parlimen Sabah yang diberi peluang untuk menggunakan helikopter sepanjang tahun ini - ehsan jabatan pembangunan negeri Sabah.
Sewaktu menghampiri pulau Mantanani melalui udara, saya melihat keindahan pulau itu cukup luarbiasa. Airnya begitu jernih dan berwarna hijau biru. Pemandangan dari udara seolah olah saya melihat syurga dunia. Cantik sungguh!!
Malangnya apabila saya mendarat dan melawat kawasan pantai, saya dapati sampah sarap yang begitu banyak. Saya bagitahu JKKK dan Ketua Kampung, kalau mereka mahu saya luluskan projek masa akan datang, saya mahu pantai itiu bersih dari sampah sarap. Mereka akur.
Dalam pada saya berucap dalam majlis ramah mesra di situ, tiba tiba orang ramai berteriakan dan belarian. Saya tergamam seketika. Kenapa hadirin saya berkeliaran ke sana kemari? Rupa rupanya, sebuah rumah sedang terbakar. Kami semua bergegas kesana. Oleh kerana rumah itu kayu, api marak begitu cepat. Air pula susah nak dapat. Apa yang terfikir oleh saya ialah memastikan pertama tidak ada nyawa yang terkorban. Kedua, rumah rumah bersebelahan tidak terbakar sekali.
Alhamdullilah, setelah lebih kurang 15 minit, api reda. Saya luluskan bantuan kilat berupa sebuah rumah dan wang ringgit. Sekurang kurangnya mereka dapat kurangkan bebanan.
Saya juga melawat seorang tua yang sakit dan kudung tangan. Kakinya pun nampak patah dan penuh dengan bekas luka yang masih belum sembuh. Saya merasa sayu melihat keadaan orang tua itu. Apatah lagi tinggal terbaring dirumah kecil berdindingkan zink buruk.
Dengan perasan sedih saya menghampiri beliau dan bertanya apa sebabnya dia dalam keadaan begitu. Apabila beliau menjawab dia kudung tangan dan sakit begitu kerana bom ikan meletup ditangannya sebelum dia dapat mencampaknya kelaut, perasaan sedih bertukar menjadi marah dan kesal.
Marah kerana bom ikan merosakkan terumbu karang dan memusnahkan kehidupan ikan dan hidupan laut yang lain. Ianya juga adalah salah disisi undang undang! Kesal kerana biarpun berkali kali kerajaan mengingatkan bahaya bom ikan, ada lagi orang yang tidak pedlikan langsung nasihat itu. Akhirnya yang menerima padah adalah beliau itu sendiri.
Keluarga dia juga merana kerana sudah tidak ada yang mencari nafkah untuk mereka dan ditambah pulak bebanan perubatan beliau yang tinggi. Saya tinggalkan keluarga itu dengan perasaan yang bercampur campur.
Saya amat kagumi penduduk pulau Mantanani kerana mampu hidup berdikari walaupun jauh dari tanah besar.
Cuma mereka minta supaya: SESB dapat memanjangkan tempoh bekalan letrik janakuasa diesel yang sekarang ini hanya beroperasi selama 12 jam dari 6 petanh hingga 6pagi. Saya hairan kenapa ada makmal komputer, tapi bekalan letrik hanya 12jam sebelah malam saja.
Saya juga dapati mereka tidak dapat manafaat dari kunjungan pelancong luar negara yang datang ke situ. Ini kerana mereka tidak ada kemahiran untuk menghasilkan kraftangan atau cenderahati yang boleh dijual kepada pelancong yang datang.
Saya teringat keadaan di kawasan "ghetto" di Afrika Selatan. Walaupun mereka miskin tetapi mereka mempunyai kemahiran untuk membuat produk pelancongan hasil tangan mereka. Kenapa penduduk mantanani tidak berusaha kearah itu?
Saya bincang dengan pengarah Kemas Sabah yang ikut serta dalam rombongan saya, kalau boleh biarlah Kemas adakan kursus kemahiran seperti itu. Pengarah Kemas kata dia akan cuba tengokkan. Harap harap Kemas boleh buat.
Dalam pernerbangan balik, saya minta pilot helikopter untuk ke Kota Belud kerana saya mahu melihatnya dari udara. Pemandangan dari udara sekali lagi amat menguja perasaan. Dari kaki gunung kinabalu yang serba hijau dan segar, ke pantai yang putih melepak dan mengasyikkan, ke tanah rata yang subur dan penuh dengan tanaman, Kota Belud menjanjikan peluang dan potensi yang cukup banyak kepada sesiapa yang mahu berusaha.
Dengan keberangkalian keberangkalian yang ada pada kelebihan Kota Belud ini, saya ingin bertanya kepada penduduk Kota Belud, apakah mereka sanggup untuk kerja kuat untuk meningkatkan taraf hidup mereka - tepuk dada tanya selera.
Salam,
DARD.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.