Saturday, December 05, 2009

Semoga berjaya Datuk! Kami berharap semoga sukses dan tidak menghampakan!






Dengan perlantikan Ketua Pesuruhjaya yang baru, SPRM mempunyai peluang yanh paling baik untuk membuat perubahan drastik yang mampu mengembalikan kepercayaan rakyat kepadanya. Sebagai seoarang ahli parlimen yang dilantik untuk menganggotai Jawatankuasa Mengenai Rasuah, saya alu-alukan perlantikan ini.


Tanpa ada keyakinan rakyat, SPRM tidak akan dapat berfungsi dengan berkesan dan apapun tindakannya nanti akan dipersoalkan oleh rakyat.


Kepada Datuk Seri Ahmad Said, saya ucapakan terima kasih atas perkhidmatan selam ini terutamanya dalam proses tranformasi BPR kpd SPRM.




---
PULAU PINANG, 5 Dis (Bernama) -- Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abu Kassim Mohamed akan menyediakan
beberapa perancangan bagi mengembalikan integriti suruhanjaya itu sebaik
mengambil alih kepimpinan SPRM berkuatkuasa 1 Jan 2010.
"Saya akan menyusun beberapa perancangan bagi mengembalikan integriti dan
kepercayaan orang awam terhadap SPRM," katanya kepada pemberita selepas
perasmian persidangan integriti 2009 di sini hari ini.
Selain itu beliau berkata kerjasama daripada pelbagai pihak sama ada agensi
kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) juga penting dalam memantapkan SPRM.
"Tanpa bantuan semua pihak dan orang awam, SPRM tidak dapat menjalankan
kerja dengan sempurna dan cekap," katanya.
Abu Kassim melahirkan rasa syukurnya kerana diberi kepercayaan untuk
mengetuai suruhanjaya itu.
Abu Kassim menggantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan
yang memendekkan tempoh perkhidmatannya yang sepatutnya berakhir 25 Mei tahun
depan kepada 31 Dis ini.
-- BERNAMA
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

  1. Salam YB Datuk,
    Lari tajuk sikit.

    1. Saya belum berpeluang mengikuti blog YB ini sepenuhnya. Namun, dari apa yang saya dapat ikuti, YB memang patut dipuji kerana nampaknya serious dalam menjalankan tugas serta tjwb YB. Selain Ahli Parlimen, saya tidak nampak ada wakil rakyat lain di KB yang buat blog untuk mendapat respon rakyat. Yang lain, cuma tunjuk aktiviti masing-masing. Aktiiti yang ditunjuk tu pulak tidak penting manapun... Tiada ruang untuk rakyat mencadang dan tiada maklumbalas dari YB berkenaan.

    2. Teruskan usaha YB dan semoga segala kerja keras YB membangunkan KB akan mendapat ganjaran dari Allah jua.

    3. Barangkali, KB memerlukan sekolah khusus untuk menyemai bakat-bakat semulajadi KB agar menjadi pemimpin atau tokoh tersohor suatu masa nanti. Saya cadangkan supaya salah satu sekolah menengah di KB dijadikan "Control School" bagi meningkatkan taraf pelajarnya. Jika mampu, suatu masa kita usahakan untuk dijadikan sekolah berasrama penuh. Saya fikir, banyak kebaikan yang kita perolehi daripada pelaksanaan cadangan ini..
    Mohon YB teliti cadangan ini. Salam.

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: