Thursday, December 10, 2009

Kerajaan belanja RM30.2juta hantar pendatang asing tanpa izin.

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) --

Kerajaan terpaksa membelanjakan sejumlah RM30.2 juta untuk menghantar pulang pendatang asing tanpa izin (Pati) ke negara asal mereka bagi tempoh 2007 hingga 2009, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata jumlah itu digunakan untuk menampung kos pengusiran seramai 154,729 orang Pati.
Selain itu, beliau berkata kerajaan juga terpaksa membelanjakan kos sebanyak
RM30 sehari bagi seorang Pati yang ditahan di Depot Imigresen.

"Kos-kos yang terpaksa ditanggung kerajaan adalah meliputi kos harian dan
kos rawatan sahaja. Kos ini tidak termasuk kos perubatan.

"Manakala, kos bagi urusan pengusiran Pati ke negara asing iaitu udara, laut
dan darat pula adalah di bawah tanggungjawab kerajaan," katanya ketika menjawab soalan Mohsin Fadzli Samsuri (PKR-Bagan Serai) di Parlimen di sini mengenai kos pengendalian Pati yang ditahan dan siapa yang menanggung kos pengembalian ke negara asal mereka.

Mohsin Fadzli juga mahu tahu bilangan Pati yang telah ditahan untuk tahun
2006-2008 mengikut pusat-pusat tahanan dan tempoh seseorang itu ditahan.

Abu Seman berkata jumlah keseluruhan bilangan Pati yang ditahan di Depot
Imigresen seluruh negara bagi tempoh tersebut ialah seramai 248,939 orang.

Beliau berkata sebelum seseorang Pati itu dihukum dan kemudian diusir ke
negara asal, mereka akan ditahan di Depot Tahanan Sementara.

Katanya, Pati yang ditahan adalah tertakluk kepada urusan pemeriksaan,
identifikasi, siasatan dan dakwaan oleh pegawai-pegawai imigresen.

"Setelah Pati tersebut disiasat dan dikenakan hukuman (dipenjarakan atau
dikompaun atau kedua-duanya sekali), Pati berkaitan kemudiannya akan diusir kenegara asal mereka," katanya.

Selain itu, beliau berkata tempoh penahanan seseorang Pati ditahan turut
bergantung kepada beberapa faktor lain seperti dokumen perjalanan Pati, tiket
kapal terbang dan pengesahan oleh pihak kedutaan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

  1. silap orang kita juga,

    1. tokeh cina, majikan- ambil orang asing

    2. agen- ambil pekerja tapi tak bayar gaji dan tipu pati

    3. kerajaan pula baik hati dengan orang asing..orng miskin kat malaysia berlambak, bagi wang kat orang asing makan minum tak per...

    4. orang kita pun bantu orang asing...

    5. orang kita malas kerja, orang asing buat kerja...



    http://pkrpasdap.blogspot.com

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: