Friday, December 18, 2009

Terima kasih atas kesabaran Pakcik Joune





Warga emas, Joune Lijar Bin Dila (55 tahun) di Kampung Bugaron Rosok, sedikitpun tidak menyangka taratak unsang yang didiaminya berpuluh tahun akhirnya mendapat perhatian daripada kerajaan untuk dibaik pulih dibawah projek Pro-Khas. Rumah beliau adalah salah satu rumah yang saya lawati hari tersebut untuk meninjau perkembangan terkini projek Pro-Khas di Kota Belud.




Ketika saya temui beliau di rumah kediamannya yang sedang dibaik pulih, dengan wajah bersemangat mengucapkan terima kasih atas bantuan yang telah disalurkan. Beliau sudah telalu lama bersabar menantikan bantuan untuk membaiki rumahnya. Dan syukurlah kerana saya berpeluang menyenaraikan rumah kediaman Joune antara satu dari 100 buah rumah di daerah Kota Belud yang saya senaraikan untuk menerima peruntukan membaik pulih rumah dibawah projek Pro-Khas yang saya kendalikan sebagai Ahli Parlimen Kota Belud.

Saya ingin maklumkan, buat masa ini kesemua 100 buah rumah yang disenaraikan dalam projek Pro-Khas di seluruh daerah ini hampir siap dibaiki sepenuhnya.





Saya melihat program Pro-Khas ini amat berkesan sekali kerana ianya dapat disalurkan dengan cepat dibandingkan rumah PPRT yang mengambil masa yang agak lama untuk dilaksanakan. Konsepnya agak berbeza di mana Pro-Khas memperuntukkan bajet untuk pembaikan dibandingkan dengan projek perumahan PPRT yang membina rumah baru. Selalunya program PPRT akan berdepan dengan banyak halangan. Antaranya ialah bajet yang terlalu besar dan persoalan tapak tanah.



Saya betul-betul berharap untuk tahun hadapan (2010) Kerajaan Persekutuan akan terus menyalurkan peruntukan yang seumpamanya memandangkan masih banyak lagi rumah-rumah di seluruh daerah ini yang perlu dibaiki pulih bagi memberi keselesaan kepada penduduk kampung.

Walaupun peruntukan yang diagih-agihkan untuk setiap sebuah rumah yang layak menerima bantuan ini tidaklah sebesar rumah PPRT, namun ianya mampu untuk memperbaiki kedaifan keadaan rumah-rumah orang kampung yang terlibat.




Kerajaan sebenarnya prihatin terhadap masalah perumahan bagi orang yang kurang kemampuan di Kota Belud. Malah perjuangan kerajaan Barisan Nasional untuk rakyat bukan perjuangan bermusim.

Kerajaan yang ada sekarang berjuang dan membela rakyat tanpa mengira waktu, tidak kira sebelum pilihanraya atau selepas pilihanraya dan apa yang dicanangkan oleh kerajaan bukan retorik politik semata-mata, sebaliknya telah dibuktikan melalui usaha membaiki kehidupan rakyatnya.



Sebenarnya saya merasa seronok dan mendapat kepuasan hati bila dapat turun ke akar umbi melalui program tinjauan mesra bulanan saya. Tiada protokol, tiada kompang dan tiada bunga manggar untuk menyambut kedatangan saya. Hanya yang ada ialah kecerian yang terpancar diwajah mereka yang dapat dibantu. Keceriaan ini tidak ternilai rasanya. Setiap bulan saya akan mengadakan lawatan seperti ini tanpa memberitahu secara rasmi kepada JKKK, Ketua Kampung atau pemimpin-pemimpin tempatan. Saya dan pegawai-pegawai saya sahaja yang terlibat.




Saya berkesempatan naik ke rumah salah seorang yang dibantu. Di dalam rumahnya yang begitu menyedihkan itu, saya ternampak bendera BN yang digunakan untuk menampal lubang di rumahnya. Rumah itu tidak mempunyai bilik. Disitulah dapur, disitulah bilik tidur dan disitulah ruang tamu. Saya sayu melihat keadaan rumah itu. Masih ramai rakyat Kota Belud yang masih miskin tegar yang perlukan pembelaan.

Saya berdoa agar satu hari tidak wujud lagi rumah-rumah di Kota Belud yang sebegini rupa. InsyaAllah.

5 comments:

  1. Tahniah Datuk. Jasa Pemimpin yang ikhlas tak akan dilupakan oleh rakyat.

    ReplyDelete
  2. Dato, tolong bagi perhatian kepada masalah yang dihadapi oleh Sdr. Lamjin Sumbing dari kampong Wokok Kinuta.Kehidupan beliau sekeluarga amat daif dan miskin.Kalau Dato tak percaya sila buat lawatan mengejut ke tempat beliau.

    ReplyDelete
  3. Terima Kasih Dato. Lawatan Dato ke rumah Lamjin Sumbing di Kg. Wokok Kinuta,baru-baru ini akan dikenang oleh beliau selama-lamanya.Kata-kata Dato, "Saya akan marah jika kau sokong Vitenam...Kita harus sokong Malaysia", itu amat berkesan dihatinya.

    ReplyDelete
  4. Salam Dato

    Tahniah diatas kunjungan dato untuk berjumpa dengan penduduk yang memerlukkan. Untuk pengetahuan Dato, Saya tidak melihat Dato adalah orang luar dalam daerah seperti mana sesetengah pihak yang menidakkan kedatangan Dato. Apa yang penting ialah sumbangan Dato dalam memberi satu bentuk perubahan dan pembangunan yang patut dirasai oleh segenap penduduk Kota Belud.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih Dato..Kg. Rosok dulu dan Kg. Rosok skarg memang banyak berubah sejak Dato mwakili MP kwsan KB..tahniah...tahniah..pada pandangan saya Dato mnjlankan tugas dengan begitu cemerlang bukan shja di Kg.Rosok malah di smua kwsan KB MP Dato...

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: