Friday, December 11, 2009

Debat bola satukan pembangkang dan kerajaan

Semalam di Parlimen, isu mengenai keadaan sukan bolasepak negara mendominasikan perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Belia dan Sukan. Ramai ahli Parlimen dari pihak kerajaan dan pembangkang mengambil bahagian. Inilah satu-satunya isu yang mana kedua belah pihak bersetuju dalam banyak perkara. Berikut adalah sorotan perbahasan tersebut.


Dato' Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga 
ingin mengambil bahagian dalam perdebatan butiran kod 020200 - Pembangunan Sukan di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Bercakap mengenai bola sepak ini Tuan Pengerusi, kadang- kadang kita mendapat jawapan daripada kementerian, kata mereka bola sepak ini sama tarafnya dengan sukan-sukan yang lain. Kita mempunyai sembilan atau sepuluh, di mana Malaysia berada di dalam top 10. Tidak boleh begitu, Yang Berhormat Menteri.  
Bola sepak ini adalah satu sukan yang pada saya adalah sukan yang paling termasyhur, 
terunggul, yang menjadi sukan bukan sahaja dari segi semangat kesukanan, tetapi boleh menjadi alat perpaduan. Ini kadang-kadang kalau kita bertanya tentang kemajuan bola sepak, dikatakanlah,buat hendak bising fasal bola sepak sebab kita ini nombor top 10 dalam squash, bowling, lawn ball, equestrian, tomoi, gimnastik.  


Ini bukan satu perbandingan yang tepat. Bola sepak ini adalah satu sukan yang pada saya 
menjangkaui fahaman politik pun, yang itu di Stadium Shah Alam yang membakar kerusi itu, 
saya rasa bukan orang by partisan itu. Dia tidak melihat kepada parti. Malah saya pasti kalau 
Kelantan menang pada waktu itu mungkin Yang Berhormat Pokok Sena peluk dengan Yang 
Berhormat Jeli. Itu pentingnya bola sepak ini Tuan Pengerusi.  Jadi, saya minta supaya kita dapat perspektif yang betul.  Jangan rangkumkan bola sepak ini dengan sukan-sukan yang lain.   Kita berterima kasih kepada Datuk Nicole Ann David dengan skuasynya kita berterima kasih.  Akan tetapi bola sepak ini perlu dilihat sebagai satu sukan yang paling utama di dalam negara kita.   


Jadi Tuan Pengerusi,  kalau kita melihat daripada negara-negara yang lain, saya pernah sebut ini di Jepun contohnya pada permulaan Liga-J, J-League.  Syarikat-syarikat korporat daripada Jepun dan GLC Jepun tidak pun mahu untuk memberi penajaan, sebab kata mereka ini tidak begitu penting kepada business mereka.  Akan tetapi apabila diwajibkan oleh Kerajaan Jepun supaya GLC-GLC ini menaja pasukan-pasukan dalam J-League ini, maka sekarang Liga-J ini sudah terkenal ke seluruh dunia.  Mengapa kita tidak buat di Malaysia?  Kita wajibkan syarikat-syarikat besar terutamanya GLC.  Celcom, RM500 juta untung tahun ini.  Mengapa tidak boleh gunakan sedikit wang itu untuk membantu pembangunan bola sepak contohnya.   Saya  ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, bolehkah tidak kita mewajibkan GLC yang berjaya mengaut untung yang begitu banyak ini wajibkan mereka untuk menaja setiap pasukan di dalam negara kita ini, negeri-negeri dan juga kelab-kelab ini?  


Kemudiannya Tuan Pengerusi, saya juga ingin bertanya apakah inisiatif daripada kementerian, kerana satu lagi komponen yang lebih besar dan penting dalam pembangunan bola sepak ini ialah kelab penyokong, fan club.  Apakah usaha kerajaan dan kementerian khususnya untuk memberi sedikit kekuatan kepada fan club ini, kerana mereka inilah yang boleh menggembleng dan memberi sedikit semangat kepada penonton-penonton datang beramai- ramai ke stadium dan sebagainya? Adakah mereka ini diberi sedikit peruntukan kewangan kepada kelab-kelab penyokong yang rasmi?  Memang banyak kelab penyokong yang mungkin tidak rasmi, tetapi yang rasmi bernaung di bawah football association masing-masing. Saya rasa perlu diberi peruntukan supaya mereka ini boleh mengadakan program-program mereka, menaikkan semangat penyokong-penyokong tempatan dan sebagainya.   



Tuan Pengerusi, kadang-kadang apabila kita bercakap tentang bola sepak ini, ia bermula 
jauh di tempat-tempat yang bermasalah.  Kadangkala apabila majlis daerah ingin membuat 

sesuatu bangunan, kawasan pertama yang dikorbankan ialah padang majlis daerah.  Kadang- kadang bagi sukan mereka berkompromi.  Jikalau dulu mungkin measurement padang bola itu cukup.  Akan tetapi diambil sedikit 30% dan dikecilkan measurement padang itu.  Ada gol, penalty box dan sebagainya tetapi tidak mengikuti spesifikasi FAM.  Begitu juga di sekolah- sekolah, apabila ada makmal komputer dibuat, kalau ada bangunan-bangunan tambahan yang perlu dibuat selalunya acap kali yang menjadi korban ialah padang bola sepak sekolah tersebut.   


Jadi, ini saya minta juga  kalau boleh kementerian bekerjasama dengan  Kementerian 
Pelajaran dan juga kementerian yang mengawasi majlis daerah ini supaya padang-padang ini dapat dipertahankan menjadi tempat untuk menjana talent di peringkat akar umbi. 

Dato' Zahrain bin Mohamed Hashim [Bayan Baru]:  Ya, terima kasih Yang Berhormat 
Timbalan Menteri.  Saya dok tunggu pasal bola sepak ini, tengah hot hendak bincang ini.  Bola sepak ini yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi komitmen kerajaan kepada bola sepak di Malaysia ini sebagai salah satu tahap yang tinggi sebab ia permainan yang popular. Akan tetapi, untuk mengurus tadbir bola sepak di Malaysia ini perlu wang sebab ia sudah profesional.  Saya sempat hadir mesyuarat di FAM baru-baru ini.  Keluhan FAM ialah khususnya isu wang, isu support kewangan dan tentang sponsorship.  Kita dahulu apabila Dunhill sponsor wangnya lumayan, lebih kurang RM35 juta setahun, tetapi sekarang TMNet hanya RM9 juta. Pendapatan FAM selain daripada sponsor ialah geran yang sungguh kecil daripada Kerajaan Pusat melalui Majlis Sukan Negara. Jadi keseluruhan pendapatan FAM hanya RM16 juta untuk mentadbir dan mengendali 

wadah bola sepak Malaysia ini. Kita melalui zaman profesionalisme ini memang menghadapi 
masalah bukan hanya di FAM termasuk negeri-negeri yang memberi feedback kepada FAM. 
Saya hendak mencadangkan dalam mesyuarat FAM baru-baru ini, kita kalau boleh hendak 
memohon geran daripada Kerajaan Pusat. Tadi salah seorang rakan iaitu Yang Berhormat 
Nibong Tebal mencadangkan sebanyak RM20 juta untuk diberi kepada FAM supaya dengan 
wang ini boleh membantu negeri-negeri dan juga membantu untuk meningkatkan tahap bola 
sepak di negara kita.  Hanya bercakap bagaimana hendak perbetulkan dan memperbaiki 
permainan bola sepak tidak cukup. Ia kena ada wang. Isu Dunhill dan TM Net sudah menjadi 
masalah. Kekurangan lebih kurang RM20 juta itu, saya minta kalau boleh Kerajaan Pusat 
menimbangkan untuk memberi FAM satu geran. Terima kasih. 


Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Sekejap Yang Berhormat Timbalan Menteri. 
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Yang Berhormat Timbalan 
Menteri, sekali dengan bola sepak. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Kota Belud duduk dahulu, beri saya peluang. [Ketawa]  

Terima kasih Tuan Pengerusi. Bila bola sahaja semua orang akan menjurus kepada 
kewarasan khusyuknya melihat pembangunan sukan bola sepak. Saya melihat daripada 
perkembangan awalan sehingga sekarang bila mana bola sepak itu diangkat permainan yang begitu popular. Saya kagum kerana itu adalah agenda utama Menteri Belia dan Sukan dalam memperkasakan kehebatan bola sepak kita ini. Saya agak sedikit kecil hati bila mana FAM telah pun melarang pemain bola sepak luar negara menyertai Liga Super kita. Melihat daripada sudut peningkatan prestasi pemain itu nampak menjurus kepada kemeruduman. 
Saya mencadangkan kementerian menggunakan kuasa yang ada untuk mencadangkan 
supaya pemain-pemain luar negara ini diberi ruang kembali dan diangkat kekuatan pasukan 
negara kita di dalam kancah persada dunia. Itu pandangan saya Yang Berhormat Timbalan 
Menteri. Terima kasih. 


Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang 
Berhormat Bayan Baru tadi minta RM20 juta. Sebenarnya Yang Berhormat Tuan Pengerusi, 
kalau kementerian ini sanggup meminta daripada Parlimen RM200 juta saya rasa semua Ahli 
Parlimen ini akan selesaikan masalah itu. Tidak ada masalah sebab komitmen Ahli-ahli Parlimen dan juga kepentingan bola sepak ini tidak boleh dipertikaikan. Takkan RM20 juta tidak boleh, RM200 juta kita boleh beri. RM200 juta kita boleh beri, tiada masalah. Saya percaya dengan kewibawaan Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Ahli-ahli Parlimen akan menyokong kelulusan peruntukan tersebut. 


Akan tetapi tadi Yang Berhormat menyatakan bahawa GLC akan mengkaji, apakah boleh 
kita minta GLC ini memberi tajaan? Saya kira Yang Berhormat Timbalan Menteri kalau kita 

menyorot semula pengalaman kita dengan GLC ini, kalau kita hanya memberi opsyen kepada mereka, mereka tidak akan datang untuk memberi tajaan. Pengalaman di Jepun, syarikat- syarikat GLC Kerajaan Jepun hanya menaja apabila ada satu desakan daripada kementerian. Itu pun mereka liat dan malas sebab mereka hanya memberi pada awalnya itu bukan berdasarkan kepada kemahuan mereka supaya pasukan bola sepak Jepun itu meningkat, tidak. Mereka katakan, “Ah! Ini adalah sebahagian daripada bajet CSR sahaja!”.  Akan tetapi apabila pasukan bola sepak  Jepun, Liga-J ini sudah melonjak naik dan seluruh dunia sedang melihat mereka, berpusu-pusu syarikat-syarikat ini mahu menaja kelab-kelab dan juga pasukan-pasukan yang bertanding di dalam Liga-J. 


Jadi soalan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri ialah, ini bukan lagi soal minta 
mengkaji tetapi mewajibkan mereka terutamanya GLC yang untung beratus juta ini. Terima kasih. 


Dato’ Razali bin Haji Ibrahim: Yang Berhormat Bayan Baru telah pun memberi 
perspektif tentang sponsorship. Betullah bila kita pro cari duit sendiri sebab itu hasratnya. RM20 juta saya rasa tiada masalah. Yang Berhormat Kota Belud boleh beri RM200 juta. [Ketawa] 
Bukan dia beri tetapi bersetuju untuk meluluskan, kita luluskan. Akan tetapi persoalan kepada kementerian berapa jumlah yang boleh menjadikan pasukan bola sepak kita ini terkenal atau ternama? RM20 juta? RM200 juta? Adakah dengan RM20 juta yang diminta itu kita boleh jadi nombor satu dalam dunia ataupun sama nombor 75 yang pernah kita capai pada suatu ketika dahulu?  


Tuan M. Manogaran [Telok Intan]: [Bangun]   


Dato’ Razali bin Haji Ibrahim: Ini adalah satu..  Sekejaplah Yang Berhormat. Tiga orang 
bercakap. Saya dengar tadi saya hendak jawab dahulu. Saya akan beri Yang Berhormat sekejap lagi. Sekejap sahaja. Maknanya perkara ini perlu dilihat secara praktikal. Kalau minta RM20 juta kita beri akhirnya begitu juga apa lagi hendak cari? Takkan hendak beri lagi sebab itu perkara ini saya rasa Yang Berhormat Bayan Baru memang terlibat dalam sukan bola sepak maka kita cari jalan. 
Bukan soal RM20 juta atau RM200 juta. Seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Kota Belud tentang GLC ini, tidak ada GLC yang hendak associate dengan izin,  diri mereka, branding mereka with a loser. Tidak ada syarikat yang bila menaja itu kepada pasukan yang kalah. Dia akan membawa turun jenama mereka sama dengan pasukan yang dia taja. Oleh sebab itu apabila kalah sahaja dia lari. Semua orang hendak associate dengan a winner. Itu seperti Yang Berhormat Bayan Baru sebut yang boleh kita jadikan iktibar, tetapi Yang Berhormat Kota Belud memberi dimensi yang berbeza. 

Dato’ Zahrain bin Mohamed Hashim [Bayan Baru]: Terima kasih Yang Berhormat 
Timbalan Menteri. Perkara ini saya setuju tentang syarikat-syarikat GLC don’t want to associate with a loser, tetapi isunya chicken and egg sekarang ini. Kita wadah bola sepak Malaysia melalui zaman corruption, rasuah yang berat, yang turut menurunkan prestasi bola sepak di negara kita. 



Akan tetapi sekarang ini kita hendak pulihkan semula. Saya rasa di peringkat FAM baru kita 
bincangkan dengan terperinci akan cara-cara. Pokoknya ialah wang! Kalau kita hendak cakap GLC dan seperti rakan saya Yang Berhormat Kota Belud cakap tadi, saya setuju. Kerajaan kena ambil iktibar untuk mendesak GLC untuk membantu. 

Saya pernah membawa perkara ini kepada Petronas sendiri dan pemimpin Petronas 
berkata, “Ah! Football? Forget it! Waste of time!”. Ini pimpinan di peringkat Petronas. Jadi kalau kerajaan boleh ambil iktibar untuk meminta Petronas yang 100% owned by kerajaan. Kalau boleh beri beratus-ratus juta untuk F1, tidak begitu popular sport itu pun dan bukan kita top number one pun, apa salahnya kalau  berpuluh-puluh juta itu beri sedikit kepada bola sepak. Saya yakin dan saya sebut RM20 juta sebab itu anggaran yang kami bincang di peringkat FAM. Kami rasa RM20 juta mencukupi untuk bermula. For a start to bimbing dan didik semula pasukan bola sepak Malaysia yang lebih mantap dan kuat pada masa hadapan. Insya-Allah.





Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Sedikit sahaja Yang Berhormat Timbalan 
Menteri. Boleh ya Tuan Pengerusi? Saya tidak berapa selesa dengan mengatakan bahawa GLC ini tidak mahu memberi tajaan kerana sukan ini sukan yang kalah. Baru sebentar tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan bahawa sukan ini adalah sukan yang paling popular dan terbukti di dalam pertandingan akhir di antara Kelantan dan Negeri Sembilan baru-baru ini, stadium penuh! Maknanya ada inherent demand di dalam negara kita ini. Cuma yang penting sekarang ini ialah seperti mana Yang Berhormat Bayan Baru berkata tadi chicken and egg


Bagaimana kita hendak menetaskan telur ini?  Saya bagi contoh semula kepada Jepun. Pada awalnya tidak ada orang pun yang tahu tentang Liga J ataupun pertandingan bola sepak di Jepun tetapi ada usaha kerajaan untuk memaksa GLC ini untuk memberi tajaan dan dikaitkan pula dengan kalau mereka malas pada mulanya untuk menaja dikaitkan dengan CSR mereka, perkara ini boleh berlaku. Jadi saya rasa perkara ini dengan keprihatinan Yang Berhormat Timbalan Menteri saya faham pernah lama dalam kementerian ini, saya rasa idea ini boleh diketengahkan dan boleh dijadikan sebagai asas untuk menaikkan prestasi bola sepak kita. Terima kasih.





Dato’ Razali bin Haji Ibrahim: Arahan baru cadangan. Ya baru cadangan. Ini yang saya 
hendak beritahu tetapi dipotong tadi.  Pertamanya saya kata, kawan-kawan pun sebut perkara yang sama, Yang Berhormat pun bersetuju bukan mengenai duit. Ada banyak perkara lain. Saya hanya memberi komen tadi bahawa yang ada sekarang tidak ada GLC yang hendak beri kalau kita tidak baik. Bukan bola sepak, kita tidak baik. Tidak ada orang hendak associate diri dia dengan perkara yang tidak baik. Perkara yang tidak berjaya, jadi kena cari jalan keluar. Saya belum sempat komen apabila dipotong jadi tidak sempat lah komen. Akan tetapi kalau kita hendak paksa perkara itu akan memberi kesan lain. Contoh, mana juga insentif yang diberikan kerajaan akan kehilangan hasil. Boleh kita paksa, dia kata kita sudah bayar 28% cukai kepada kerajaan jadi gunalah duit itu umpamanya. Kalau hendak suruh paksa, boleh, akan terpaksa diwujudkan insentif-insentif tertentu. 

Oleh sebab itu saya katakan tadi perkara yang dicadangkan itu boleh diambil kira tetapi 
bukan Kementerian Belia dan Sukanlah yang memutuskan. Kita boleh paksa semua syarikat 
mesti paksa ikut mana yang orang hendak bagi paksa ni? Ini kerana negara ini bebas, berniaga pun bebas kecuali syarikat-syarikat.. 



Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Jawatankuasa. 


Dato’ Razali bin Haji Ibrahim: Itu maksudnya. 


Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Jawatankuasa. 


Dato’ Razali bin Haji Ibrahim: Okey, jawatankuasa. 


Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Jawatankuasa Pembangunan Sukan mungkin. 


Dato’ Razali bin Haji Ibrahim: Mungkin kita akan bawa kepada peringkat Jawatankuasa 
Kabinet umpamanya. Jadi kita akan bawa sebab itu komen saya tadi perkara yang dicadangkan itu meletakkan satu GLC dengan satu pasukan, boleh selepas kita dapat daripada kementerian tertentu dari segi paksaan itu. Paksaannya bagaimana. 

Dato’ Zahrain bin Mohamed Hashim [Bayan Baru]:  Yang Berhormat Timbalan 
Menteri. Saya hendak beritahu bila kita bincang dan sembang di sini berkenaan bola sepak, bola sepak ini unik.  Kalau Malaysia score gol pembangkang dan Barisan Nasional boleh dakap, peluk dan cium sebab seronok [Ketawa]   


Ini kerana berkenaan bola sepak ini dia unik, kalau kita sokong pasukan Malaysia.  Jadi 
saya cadang, dia adalah faktor yang lebih kuat daripada 1Malaysia, kalau kita guna 1Malaysia untuk hendak mengeratkan ataupun mengadakan unity, kita boleh gunakan bola sepak  ini sama.  Bajet untuk 1Malaysia ini potong sedikit dan beri pada FAM, terima kasih. [Ketawa]  


Tuan Pengerusi:  Ini Yang Berhormat Timbalan Menteri, main bola sepak 60 minit 
sahajakan ataupun 90 minit, kalau main bola.  Jangan sahaja lebih 90 minit kita bincang 
berkenaan hal bola sepak. [Ketawa] 

Tuan Pengerusi:  Kalau ikut suggestion Yang Berhormat Bayan Baru tadi, untuk 
1Malaysia bola sepak berhenti kita politik Yang Berhormat. [Ketawa] 

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim:  Ya, betul dan bola sepak... [Ketawa] Tuan Pengerusi, 
bola sepak bukan sahaja dapat menyatukan rakyat tetapi bola sepak dapat menyatukan Ahli 
Parlimen.  Sama ada sedar ataupun tidak tadi, kita telah pun menunjukkan betapa pentingnya bola sepak.  Akan tetapi jika GLC tidak dengar kita cakap ini, surat khabar beritahu bahawa dalam perbincangan ataupun perbahasan belanjawan concern Ahli Parlimen kepada tahap pencapaian bola sepak.  Kalau pun tidak capai kepada kedudukan yang kita harapkan tetapi hasil daripada bola sepak  itu cukup merangkumi semua pihak.   


Oleh sebab itu saya rasa hendak cerita panjang pun semua sudah tahu, dan perkara ini 
akan kita bawa untuk.. 

Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]:  Sedikit sahaja Menteri, cadangan... 
[Ketawa] 

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim:  Cadangan... 


Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]:  Setengah minit sahaja.  


Tuan Pengerusi:  Yang Berhormat Kota Belud lagi lontar bola Yang Berhormat.  


Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]:  Tuan Pengerusi, ini amat penting Tuan 
Pengerusi.  Di Sabah Tuan Pengerusi, kalau kita score, dengan pendatang izin pun kita 
peluk. [Ketawa]   


Di stadium itu, dengan “pak om” dan semuanya itu.  Semua kita peluk, betul kata Yang 
Berhormat Bayan Baru, ini sukan perpaduan.  Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita mula 

dengan GLC yang mendapat monopoli daripada kerajaan.  Ini kalau mereka kata, kalau tidak 
gunakan perkataan paksaan, kita kata desak.  Start dengan syarikat-syarikat yang mendapat 
monopoli daripada kerajaan.  Saya boleh kira semuanya itu, yang mendapat lesen secara 
monopoli, tanah konsesi untuk perladangan.  Ini berjuta-juta dan beratus juta ringgit keuntungan setiap tahun Tuan Pengerusi... 

Tuan Pengerusi:  Jadi tidak perlu bayar cukai?  


Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]:  Dia bayar cukai Tuan Pengerusi, akan 
tetapi CSR... [Ketawa]   Dia ada satu komponen lagi, CSR dan seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Arau tadi this is before tax jadi saya minta kita start dengan ini.  Ada Celcom contohnya, RM500 juta, untung baru-baru ini, kalau tidak kita buka tel co ini kepada 100 buah syarikat lagi.  Mungkin beri Celcom dengar, mereka perlu menaja pasukan kebangsaan.   










3 comments:

  1. salam Dato,

    perdebatan yg benar-benar menarik..cadangan juga amat menarik. Pemerhatian memang bola sepak dapat menyatukan rakyat termasuk dengan "om"...

    cadangan MP kota belud amat bernas dgn pembangunan bola sepak Jepun sbg conth...

    Malaysia boleh...

    salam MO

    ReplyDelete
  2. Cakap pasal bola, tidur pasal bola...kemudian orang lain yang wakil bola..suruh jer yang cakap banyak tu jadi pemain bola baru tahu...

    gaji tak bayar
    elaun kurang,
    value pemaina malaysia berapa sen..
    kelab nak muflis
    penyokong kurang


    pkrpasdap.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. dato bacalah blog ni ,banyak yang perlu dikethui oleh pemimpin bolasepak malaysia

    http://tronohtranquility.blogspot.com/2009/01/bicara-bola.html


    Hakikat bahawa liga bolasepak Malaysia hanya terdiri dari 2 peringkat dan disertai oleh 28 pasukan menunjukkan kemiskinan bolasepak kita. Jika setiap pasukan membariskan 25 pemain (utama dan simpanan) bermakna di Malaysia seramai 700 orang (25 pemain x 28 pasukan) bermain bolasepak secara aktif setiap musim.

    Sebagai perbandingan sistem liga bolasepak Jepun terdiri dari piramid 6 peringkat, peringkat tertinggi, J-League I saja mempunyai 18 pasukan. Apa lagi England, yang mempunyai piramid sistem liga sebanyak 24 peringkat melibatkan 7,000 buah kelab atau pasukan. Malahan Indonesia sendiri mempunyai sistem liga terdiri dari 5 peringkat.
    layak. Jelas kita dapat melihat bukan saja jumlah individu yang bermain bolasepak secara aktif di Malaysia sangat sedikit (hanya 700 orang), malahan jumlah perlawanan yang mereka tempuhi semusim mungkin tidak lebih dari 40 perlawanan (mengambil kira Piala FA, Piala Malaysia dan perlawanan untuk skuad kebangsaan).

    Bagaimana ini semua dapat membantu bolasepak Malaysia?

    Begitu juga PSMS Medan (Medan, Indonesia), Adelaide United (Adelaide, Australia) atau Columbus Crew (Columbus, USA). Tetapi bagaimana agaknya Felda United, yang bermain di Stadium Petronas di Bangi dapat menarik kedatangan penyokong dari Felda Lurah Bilut yang terletak jauh dari Bangi? Atau menarik sokongan penduduk Bangi yang bukannya peneroka Felda, melainkan nama Felda United ditukar kepada Bangi United barangkali?

    Jadi perlu ada satu hubung kait di antara sebuah kelab dan komuniti tempatan?
    Sense of belonging. Setiap kelab perlu mempunyai kriteria tersebut, setiap peminat bolasepak juga perlu perasaan itu. Jika Sinar Dimaja Mai Sarah FC yang asalnya dari Kepala Batas, menukar nama kepada Kepala Batas FC dan bermain di pekan Kepala Batas, paling tidak 2 atau 3 ribu penduduk Kepala Batas merasakan sense of belonging dengan kelab itu dan majoriti rakyat Malaysia tahu asal-usul kelab tersebut.

    Kerana tiadanya sense of belonging ini atau hubung kait antara kelab dan komuniti tempatan menjadi punca sebahagian besar kelab bolasepak di Malaysia gagal. Hasilnya pasukan kelab dalam liga tempatan bermain di dalam stadium yang hanya diisi oleh mungkin beberapa puluh penonton. Dalam jangka masa panjang, ia hanya akan merugikan kelab tersebut. Bagaimana sebuah

    http://tronohtranquility.blogspot.com/2009/01/bicara-bola.html

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: