Tuesday, December 15, 2009

BN hampir kalah undian Bajet 2010

Semalam kerajaan nyaris-nyaris kalah dalam undian untuk meluluskan bajet 2010.  Kerajaan menang pengundian tersebut dengan majoriti 3 (BN-66, PR-63). Implikasi jika kerajaan kalah dalam undian tersebut bermakna kerajaan akan kehilangan "moral authority" untuk terus menjadi kerajaan.

Tradisi di House of Commons UK mengambarkan bahawa kerajaan yang kalah dalam undian bajet patut berundur kerana dilihat sebagai kerajaan yang ditolak.

Jadi peristiwa semalam itu sepatutnya menjadi iktibar kepada ahli-ahli Parlimen BN.  Dari segi jumlah, BN mempunyai 137 MP berbanding dengan 82 untuk Pakatan dan 3 bebas. Tidak ada sebab BN boleh kalah dalam undian. Mungkin kerana alpa dan ketidakperihatinan menyebabkan keadaan sedemikian rupa.

Menteri-menteri, timbalan menteri-menteri perlu berada di dalam dewan jika tidak mempunyai program di luar. Begitu juga dengan bekas-bekas menteri yang sejak kebelekangan ini jarang ke Parlimen. Malah pemimpin-pemimpin tinggi yang tidak lagi memegang jawatan dalam parti masing-masing juga sepatutnya meluangkan masa untuk ke Parlimen.

Pembangkang akan menggunakan taktik "ambush" atau serang hendap untuk memalukan kerajaan dengan mengagalkan undian setiap rang undang-undang dan usul. Taktik ini tidak salah dari segi peraturan tetapi agak ketandusan moral.

Apapun, perlu ada perubahan dari segi pendekatan terhadap kehadiran di dalam Parlimen bagi pihak BN.

6 comments:

  1. salam...betul lah, kawan setuju...emmm kena alert hal sebegini. jangan cuai.

    ReplyDelete
  2. kenapa tandus moral kalau serang hendap? mana ada serang hendap dato' pembangkang tetap bangkang apa yang tidak betul, jadi kalo undi tak setuju kira dah tandus morallah? bagus ndak payah undi kalau begitu.bagus tiada sidang kalau semua usul mau lulus saja..

    ReplyDelete
  3. kelalaian mp menyebabkan bn cikit lagi kalah dalam undian bajet menunjukkan mp2 ni hanya mengambil kesempatan mendapatkan jawatan tersebut supaya dapat membolot kekayaan tapi malas hadir dalam dewan.. yb dato tolong senaraikan mereka yang tidak hadir supaya rakyat tidak lagi menyokong mereka pru akan datang...memalukan saja

    ReplyDelete
  4. Salam datuk..

    Pertama tahniah atas kehadiran orang baru dalam hidup datuk sekeluarga..Semoga Datuk terus dilimpahkan rahmat dan keberkatan..

    mengenai isu yg datuk paparkan ini begitu mengejutkan kita..kerana seharusnya ini tidak berlaku..satu sejarah baru tercipta dalam negara kita yg sudah merdeka lebih 50 tahun..

    sikap ahli-ahli parlimen yg mengembil enteng atas perkara seumpamanya ini benar-benar membuktikan bahawa apakah benar Perubahan sedang melanda UMNO dan BN? Atau hanya perubahan itu setakat atas kertas dan perancangan..?
    saya begitu terkejut tentang keadaan ini..pada saya harus ada sikap memelihara parti dan kerajaan dlm hati para ahli parlimen..sikap berhati-hati tehadap propaganda pembangkang sentiasa disemat dalam hati..

    nampaknya kesan terbesar terhadap isu ini ialah Kerajaan BN hilang kepopularan dari kaca mata rakyat dan Negara luar..?

    apakah situasi ini akan membawa kepada pertimbangan semula para pelabur asing?

    atau apakah isu ini akan dijadikan modal utk menghentam kerajaan sebagai tidak proaktif merealisasikan bajet negara..?

    Salam hormat
    Kelapa mawar

    ReplyDelete
  5. Ahli MP pembangkang yang lain menyokong BN dan bajet atas sebab itu mereka tak masuk dewan dan absent.

    ReplyDelete
  6. Tkasih atas ulasan..

    Gomo> betul BN tak boleh lagi cuai dlm hal hal sebegini

    watasikadi> tandus moral yang saya maksudkan ialah setelah gagal untuk menumbangkan BN dalam PRUke12 dan lompat parti september 16, sekarang cuba pulak untuk menumbangkan kerajaan melalui taktik serang hendap ini.

    tanpa nama> senarai yang tak hadir boleh di daati di laman web agendadaily.com

    kelapa mawar> tkasih atas ucapan kelahiran orang baru dlm kehidupan saya. memang benar ini adalah satu perkara serius yangt perlu diteliti oleh PM dan TPM (sebagai Chief Whip). Saya difahamkan mereka yang tidak hadir telah diberi amaran oleh PM. Seperkara yang menarik, penyokong dan kepimpinan Pakatan juga merasa amat marah dengan ketidakhadiran MP Mp dari pihak mereka yang menyebabkan rancangan merak tidak berhasil..

    MRakuman> Hmmm... tidak terfikir pulak saya seperti itu. Tetapi setelah saya amati idea Tuan, saya rasa ada juga kebenarannya...

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: