Thursday, December 31, 2009

Air berkodak dan berwarna merah di Kesapang

Setelah membaca beberapa blog yang menunjukkan keadaan air "telaga tiub" di kampung Kesapang, saya telah menghubungi Jabatan Air KB untuk membuat pemeriksaan bersama dengan Jabatan Kesihatan.

Dari siasatan awal, kedua-dua Jabatan mendapati kualiti air memang ternampak meragukan. Sampel air sudah diambil untuk analisa dan lapuran Jabatan Kesihatan akan menyusul.

Saya simpati dengan keadaan yang dialami dan sedang berbincang apakah yang boleh dibuat dalam masa jangka pendek untuk mengurangkan masalah orang kampung Kesapang.

Saya ada cadangkan telaga tiub (telaga suntik) yang baru di bina disitu tetapi cadangan ini dikatakan tidak praktikal dan tidak dapat menyelesaikan masalah kerana sumber air akan datang daripada sumber mata air yang sama dan diragui kerana kawasan telaga tentunya berdekatan dengan lokasi telaga-telaga sekarang.

Penyaluran bekalan air paip bersih yang dirawat juga adalah merupakan penyelesaian kepada masalah ini. Tetapi ini lebih kepada penyelesaian jangka masa panjang seperti yang sedang dicadangkan oleh kerajaan sekarang, kerana masalah air di KB memerlukan masa dan dana yang banyak untuk diselesaikan.

Mungkin dengan cara pembersihan penapis, filter, tangki dan jenerator penyedut akan dapat membantu dalam jangka pendek. Orang-orang kampung boleh bergotong royong untuk membersihkan tangki dan penapis. Untuk penyelenggaraan jenerator, tenaga luar yang mahir perlu digunakkan. Saya akan bincang dengan Jabatan Air mengenainya.

Saya ingin merakamkan rasa simpati dan kekecewaan saya kepada penduduk yang terlibat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

11 comments:

  1. Selamat tahun baru 2010 Datuk....

    Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur..

    ikhlas dari abe MIE

    pkrpasdap.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Salam Hormat Datuk..

    Saya ada juga postkan isu ini dalamblog saya Depu-depu.Blogsport, setelah membaca coretan Sdr Azrone dan sdri Kelapa Mawar...

    Saya mengucapkan terima kasih atas keperhatinan datuk dalam hal ini..

    Saya mencadangkan agar Datuk dan Pejabat Perhubungan Parlimen KB membuat sedikit penyiasatan mengenai bilangan isi rumah yang menggunakan telaga tiub ini..kerana rata-ratanya hampir semua perkampungan di sekitar pekan KB menggunakan telaga tiub termasuk di tamau, Pintasan, Merabau, Kota peladok, Labuan dan wakap..

    maklumat ini boleh diperolehi melalui laporan dankerjasama JKKK dan ketua kampung..

    Semoga keperhatian datuk akan mendapat perhatian dari masyarakat setempat.

    salam hormat

    ReplyDelete
  3. A'kum Datuk ahli parlimen..

    Saya begitu terharu atas response datuk mengenai perkara ini. Saya juga secara peribadi telah berkunjung di rumah pakcik saya di Kesapang setelah membaca laporan dari blogger Seliu-liu..dan nampaknya hal itu memang benar-benar berlaku...

    masyarakat di Kesapang dan kampung sekitarnya mengharapkan agar YB Datuk dapat menjadikan permasalahan mereka ini sebagai agenda penting penutup tahun 2009 ini.

    Namun sikap prihatin YB Datuk, telah membuatkan masyarakat di KB begitu menghargai kehadiran YB datuk di daerah ini.

    ReplyDelete
  4. salam DARD,

    semuga YB Dato dapat selesaikan masalah asas rakyat yg lama tertunda dan tertunggak....

    salam MO

    ReplyDelete
  5. Salam Datuk..

    Bukan sahaja air berkelodak di kg. Kesapang, tetapi juga air di kg Pintasan. airnya keruh dan berlumpur..

    Apalah kiranya agar Datuk dapat mengadakan lawatan ke tempat berkenaan pada waktu Datuk berkesempatan...

    Harap maklum..

    ReplyDelete
  6. YB DATUK RAHMAN..

    Kami di Kadamaian juga menghadapi masalah yang sama..cuma bezanya kami minum air bukit..kalau masa hujan air akan berlumpur dan penuh dengan tanah merah...Datuk pergilah melawat di Kg. Kaung.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas ulasan rakan semua.

    salam
    Rahman

    ReplyDelete
  8. Bila kita perhatikan dari pekan Kota Belud hingga ke Ulu Kukut, jumlah penduduk yang begitu ramai memerlukan bekalan air bersih. Adakah dengan saluran paip kecil yang sedia ada mampu membekal air ke setiap rumah?
    Kita tahu memang tidak boleh. Untuk perancangan jangka masa panjang, batang paip baru dengan diameter lebih besar perlu dipasang bagi mengganti batang paip yang lama.
    Tetapi jika peruntukan kerajaan tidak mencukupi, pembinaan tangki besar ber pam air perlu dibina disetiap kampung agar bekalan air sentiasa mencukupi dan dapat dialirkan ke setiap rumah.Kalau di Kimanis, Membakut, Beaufort, Kuala Penyu dan daerah lain hampir setiap kampung yang padat ada disediakan tangki, kenapa di Kota Belud tidak boleh.
    1KAMPUNG 1TANGKI 1MALAYSIA
    RAKYAT DIDAHULUKAN
    BEKALAN AIR DIUTAMAKAN

    ReplyDelete
  9. lakukan sesuatu....
    sebelum sokongan...
    beralih arah!!

    ReplyDelete
  10. abe.... slmt tahun baru kembali. cantik gambar icon kamu itu!

    Depu-depu... ya saya sudah ada maklumat itu. cuma yang kita tunggu sekarang ialah rancangan bekalan paip air ke Kota Belud

    KM... meminjam perkataan favourite anda - ma kasih!

    MO... tq


    Roslan M... ya maklum. tq

    Idahan dan Azahari... tkasih atas ulasan

    Tudung Duang... maklum. Tq.

    ReplyDelete
  11. Salam Datuk..

    Saya adalah anak jati penduduk kg kesapang..Keadaan air berkelodak ini semakin serius, apa yang saya boleh katakan keadaan air sememangnya kurang menyenangkan dan berbau apabila di minum..keperluan air untuk minimum dan masakan terpaksa di tadah dari air hujan ataupun mengambil air dari pekan..Harap masalah ini dapat di atasi secepatnya..Di samping memikirkan perancangan untuk jangka masa panjang adalah sebaiknya di ambil tindakan awal untuk jangka masa yang terdekat ini..

    ~Anak Sama Kg. Kesapang~
    Farizal Badri
    http://aeddy-alapbana.blogspot.com

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: