Wednesday, November 18, 2009

PM dan Anwar minum kopi bersama petang tadi.





Petang tadi di Lobi Parlimen, satu peristiwa menarik berlaku. Pada pukul 5 petang, 17hb November 2009, YAB Perdana Menteri bersama Dato Seri Nazri Aziz sedang bersembang dengan beberapa ahli-ahli parlimen pembangkang mengenai pertikaman lidah yang hangat di antara mereka dalam perbahasan mengenai isu royalti/wang ehsan Kelantan. Dalam kumpulan itu, Dato Seri Anwar Ibrahim juga ada bersama. Perbincangan mereka diselang seli oleh gelak ketawa dan lawak jenaka. (Dalam gambar di atas, saya berada dibelakang DS Anwar Ibrahim memerhati perbincangan mereka).



Ramai juga yang agak terkejut dengan peristiwa tersebut. Saya yang kebetulan berada dekat dengan meja mereka terus saja mengambil gambar mengunakan talipon bimbit kerana bukan senang untuk menyaksikan kedua-dua pemimpin ini bersama-sama dalam keadaaan sedemikian di khalayak ramai.

Pada mulanya cuma saya yang mengambil gambar dengan seorang jurugambar Agendadaily dan dua orang pegawai perbadi pemimpin yang saya tidak kenal. PM sporting dan hanya senyum kepada saya ketika saya mengambil gambar-gambar itu. Mungkin dia tahu saya akan upload ke blog saya gambar-gambar itu. Mungkin juga dia faham maksud saya mengambil gambar kerana pertemuan sembang kopi ini mempunyai makna yang tersirat dan tersuratnya sendiri.



Pengawal-pengawal peribadi Perdana Menteri pada mulanya menjeling kepada jurugambar Agedadaily itu dan akhirnya meminta dia jangan mengambil gambar. Tetapi selang seminit dua dari itu, wartawan dan jurugambar media yang lain yang berkampung tidak jauh dari lobi parlimen tersebut sudah menghidu perkara ini. Kawasan tersebut akhirnya dikerumuni oleh jurugambar. Mahu tidak mahu, kawalan keselamatan pun dilonggarkan. Akhirnya semua media dibenarkan mengambil gambar perjumpaan sembang kopi itu.



Yang menarik PM dan Anwar tidak meminta jurugambar berhenti mengambil gambar walaupun setiap orang dalam lobi tersebut merasakan keganjilan / ketidakbiasaan senario itu - dua pemimpin yang bermusuh besar dari segi politik, yang satu seorang PM dan yang satu lagi mahu jadi PM,  duduk bersama dan minum kopi sambil lepak dan bincang-bincang. Malah kedua-dua mereka nampak rileks dan tidak kekok.

Tetapi sebelum teori konspirasi politik mula bermain diminda anda dan untuk berlaku adil kepada kedua-dua mereka, sembang itu juga dihadiri oleh beberapa ahli-ahli parlimen yang lain terutamanya dari pembangkang yang berada dikeliling meja tersebut. Dan ianya tidak dirancang. PM ambil keputusan untuk singgah ke Lobi Parlimen untuk minum teh tarik. Itu saja. Tidak ada isu politik yang berat yang membabitkan kedua-dua mereka dibincang. Esok seperti biasa, episod politik seteru antara BN dan Pakatan akan berterusan dengan skrip baru dan adegan baru pulak!



Rasanya, politik belakang tabir begini mempunyai beribu maksud yang lebih "menarik dan memeningkan" dibandingkan politik luaran.!

Salam, DARD

Nota: gambar2 ehsan jurugambar Agenda Daily Saudara Lokman.

6 comments:

  1. salam Dato,

    gambar yg membawa seribu satu ceritera....

    ReplyDelete
  2. ha..ha.. tengoklah pengikut pembangkang yang fanatik. Bossnya tak de hal kamu juga yang bodoh. Hentikan kebodohan kamu semua.......

    ReplyDelete
  3. Salam Dato, usaha yg baik.

    Ha ..ha. lihatlah pengikut

    fanatik, boss kamu takde hal. Kamu

    juga yang bodoh. Hentikan

    kebodohan kamu semua....

    ReplyDelete
  4. Salam Dato,
    Inilah yang di katakan politik, 'the art of possible', Kita lihat sesuatu yang nampak mustahil tapi dalm politik segala-galanya tidak mustahil

    ReplyDelete
  5. Sembang kopi petang antara PM.dan Datuk Seri Anuar di lobi Parlimen- dianggap suatu senario baru dalam politik Malaysia. Namun pada saya perbezaan pendapat dan fahaman politik, tidak seharusnya menyebabkan di antara kita berengang dalam soal perhubungan kita sebagai kawan dan sesama insan.

    Pertemuan sebegini seharusnya kita jadikan ia sebagai "satu ilmu" dalam melihat dan meletakan persepsi kita dalam politik di Malaysia ini. Berpolitiklah atas dasar kepentingan rakyat bagi menegakkan keadilan,kebenaran dan ketulusan dan demi kepentingan rakyat, dan bukan berdasarkan kepentingan peribadi yang berdasarkan emosi. Syabas PM.

    ReplyDelete
  6. Saudari Aminah

    "lihatlah pengikut

    fanatik, boss kamu takde hal. Kamu

    juga yang bodoh. Hentikan

    kebodohan kamu semua...."

    Satu lagi kejayaan pemikiran yang berjaya dididik dengan melabel orang "bodoh". Tahniah!

    BulanMengembang

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: