Saturday, November 07, 2009

Mesyuarat Pertama MPPP Kota Belud



Salam, pada 6 Nov 2009 saya mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) Kawasan Kota Belud yang pertama diadakan di pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan Kota Belud.

Kehadiran Ketua-Ketua agensi kerajaan Negeri Dan Persekutuan di Kota Belud dan juga para pemimpin setempat pada pagi itu amat memuaskan, diharapkan komitmen yang diberikan pada hari itu akan berkesinambungan demi memastikan apa yang dirancangkan dalam setiap mesyuarat dapat dilaksanakan untuk kebaikan semua pihak tertutamanya kepada rakyat.


MPPP telah diwujudkan di setiap kawasan parlimen di seluruh negara bagi menyelaras semua projek pertanian di setiap kawasan yang terbabit.

Antara lain peranan MPPP ialah bertanggungjawab memastikan semua maklumat terkini termasuk dari segi bantuan, peruntukan dan kemudahan yang disediakan kementerian sampai kepada para petani dengan cepat dan berkesan.

Majlis itu juga bertindak sebagai saluran kepada para petani untuk menyuarakan masalah yang dihadapi bagi membolehkan tindakan segera diambil.

Dalam mesyuarat itu juga, dibincangkan soal pemberian baucar beras subsidi (SUBUR). MPPP bersetuju untuk menggunakan senarai e-kasih yang telah diputihkan oleh Pejabat Daerah. Selain itu, pejabat daerah juga mempunyai senarai tambahan yang masih belum dimasukkan ke dalam senarai e-kasih. Senarai ini akan dipanjangkan kepada Kementerian Pertanian Malaysia untuk diberi pertimbangan diberi baucar ini juga. Insya Allah, baucar akan diagihkan pada bulan disember nanti. Mereka yang belum temasuk dalam senarai e-kasih perlu mendaftar diri dalam senarai itu secepat yang boleh.

Salam.

4 comments:

  1. hmmm...alangkah bagusnya kalau semua YB ada blog seperti Datuk. Bolehlah kami rakyat biasa menyuarakan masalah atau pendapat. Manalah tau ada idea kami yg bernas buli dibawa ke parlimen.

    ReplyDelete
  2. Yg Brhormat Kota Belud,

    Please differentiate between Exclusive Gated Communities that are sold as exclusive and those where residents are forced to come together, set up committee and pay from their own pockets to gate/hire security guards to patrol because of crime.

    Don't play politics and make stupid remarks in Parliment! Educate yourself first before you speak.

    Please visit Puchong, PJ, Shah Alam, etc, which is non-gated where residents are forced to gate it due to break-ins.

    Do you know that when we report to police, they even ask us "Why don't we hire security guards?"

    ReplyDelete
  3. YB,

    Saya sungguh kesal keatas ulasan YB tentang "Exclusive Gated Communities". Kenapa YB tak pernah lawat ke penduduk-penduduk di sekitar lembah klang ni. Kalau tak tahu jangan beri komen. Kalau nak exclusive saja kenapa sampai ada anjing, senjata, rondaan, rekod masuk keluar, CCTV? Baik duduk sahaja kat pintu masuk tunjuk muka senyum. Kesian kat rakyat yang terundi YB.

    ReplyDelete
  4. Tanpa nama @12:17pm

    I have posted about the issue. Pls read it so you can have a balamced view of what transpired in the debate...

    Thank you.

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: