Tuesday, November 24, 2009

KENAPA PENIAGA KENAKAN CAJ KAD KREDIT TAMBAHAN BILA KITA BELI BARANG?

Para peniaga pada prinsipnya dilarang
daripada mengenakan caj tambahan kad kredit atau ''surcharge'' kepada pelanggan yang membeli barangan menggunakan kad kredit, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata larangan ke atas pengenaan caj tambahan adalah selaras dengan peraturan syarikat penjenama kad seperti MasterCard Worldwide dan Visa International, serta dalam syarat perjanjian di antara peniaga dan institusi pemeroleh peniaga.

"Pemegang kad sebenarnya berhak memaklumkan kepada institusi pemeroleh peniaga atau pengeluar kad kredit yang berkenaan mengenai pengenaan caj tambahan dengan mengemukakan bukti, contohnya resit bayaran yang menyatakan jumlah caj tambahan itu supaya dapat disiasat dan tindakan sewajarnya boleh diambil oleh
institusi pemeroleh peniaga, ke atas peniaga yang berkenaan.

"Pemegang kad juga mempunyai pilihan untuk tidak membeli barangan daripada
peniaga yang mengenakan caj tambahan," katanya ketika menjawab soalan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) di Parlimen hari ini.

Abdul Rahman ingin tahu mengapa kedai-kedai dibenarkan mengenakan caj
tambahan sebanyak dua peratus kepada pembeli yang menggunakan kad kredit dan menyifatkan tindakan itu sebagai "rompakan siang hari".

Abdul Rahman turut mencadangkan supaya Bank Negara diberi kuasa memantau dan melaksanakan penguatkuasaan undang-undang berhubung perkara itu - BERNAMA
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

  1. Salam Datuk,
    Saya salah seorg peniaga yang ada mengenakan charged tambahan. Setahu saya, charged untuk 2% atau lebih dari peniaga adalah daripada kredit kad punya charge ditentukan oleh bank. Bagi mengelakkan kerugian di pihak peniaga. Peniaga mengenakan charged kepada pembeli. Jika hanya pihak peniaga sahaja yang tidak dapat mengenakan charged tapi pihak bank masih mengenakan charged seperti ada kekurangan dalam sistem ini. Pada pendapat saya, Peniaga masih akan mengenakan charged kepada pembeli mengunakan terms yang berlainan.Harap dipertimbangkan balik isu ini.

    ReplyDelete
  2. bb imah,

    Sebenarnya dalam perjanjian peniaga dengan pengeluar kad (VISA atau MASTERCARD), tidak di enarkan ada extra charge oleh peniaga kepada pembeli.

    Menurut Menteri Kewangan dalam jawapan beliau kepada soalan saya mengenai isu ini, pembeli mempunyai hak untuk mengadu kepada VISA dan MATERCARD jika mereka di minta untuk membayar lebih daripada harga yang dipamerkan.

    Penggunaan kad kredit adalah satu perkara yang biasa sekarang ini. Malah kedai-kedai yang tidak menggunakan perkhidmatan ini mungkin tidak akan dikunjungi oleh pembeli. Pembeli akan mengunjungi kedai yang memberi mereka pilihan membayar secara tunai atau kredit.

    Jadi sebenarnya, dalam dunia perniagaan, peniaga menyediakan perkhidmatan bayaran kad kredit sebagai satu daya tarikan kepada perniagaan mereka. Ianya bukan satu yang dilihat sebagai "denda" kepada pembeli yang menggunakan kad kredit.

    Terima kasih.

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: