Wednesday, November 25, 2009

Jambatan Tawadakan Dibaiki







LAWATAN

Jambatan di Kampung Tawadakan, Taun Gusi yang menjadi kontrovesi beberapa bulan yang lalu kini telahpun mulai dibina semula bagi memberi kemudahan yang lebih selesa dan selamat kepada para pengguna di kampung itu terutamanya kepada anak-anak sekolah yang sering menggunakan sebagai laluan utama ke beberapa sekolah di kampung itu.


Jambatan tersebut dibina pada zaman era Parti Berjaya memerintah negeri ini dan sememangnya keuzuran jambatan itu boleh mengundang bahaya kepada para pengguna di kampung itu. Syukur alhamudulillah, kini masalah jambatan unsang tidak lagi membimbangkan para ibu bapa di kampung itu.



SEBELUM DIBAIKI

Baru-baru ini, saya berkesempatan mengadakan lawatan meninjau kerja-kerja pembinaan jambatan di Kampung Tawadakan. Walaupun hujan lebat ketika saya mengadakan lawatan ke jambatan itu,  ianya bukannya penghalang untuk saya melihat kemajuan pembinaan jambatan itu, sacara peribadi satakat ini saya amat berpuas hati dengan pembinaannya dan berharap kontraktor yang dipertanggungjawabkan membina jambatan itu mengutamakan qualiti kerja, ini penting bukan hanya demi menjamin keselamatan para pengguna malah bagi memastikan jambatan tersebut dapat digunakan dalam jangka masa yang panjang.



                                                                        
SETELAH DIBAIKI

6 comments:

  1. Saya benar-benar suka melihat gambar YB Datuk berpayung dalam hujan lebat melawat jambatan tawadakan itu. Saya fikir, kalau sikap keprihatinan seperti ini terus diamalkan, gagasan PM DS Najib itu iaitu rakyat didahulukan itu akan dapat dijayakan dengan sempurna. Terima kasih YB Datuk.

    ReplyDelete
  2. abd naddin, terima kasih. Saya difahamkan anda berada di lokasi tersebut semasa JPNS melawat jambatan itu untuk meneliti sendiri masalah jambatan itu. Dan waktu itu ada yang terjatuh (tapi tak pasti siapa?)

    ReplyDelete
  3. Moga Dato akan selalu melawat segenap pelusuk kampung dalam parlimen Kota Belud supaya Dato sendiri dapat melihat sekirannya terdapat mana-mana permasalahan dan kesulitan yang dhadapi oleh rakyat dan seterusnya ditangani dengan serta merta.
    Memberi lebih baik daripada menerima.

    BulanMengembang

    ReplyDelete
  4. DARD....untuk makluman yang terjatuh tu saudara kita Naddin,sukur alhmdullilah Naddin tak apa-apa,apa yang berlaku kita jadikan iktibar, kita tidak dapat puaskan hati semua orang dalam masa yang sama, harap rakyat faham dan dapat bersabar, teruskan perjuangan...........!!!!!!

    ReplyDelete
  5. Salam Dato

    Menurut pembentangan bajet 2010, Kota Belud mendapat peruntukkan untuk pembinaan kemudahan jalan raya. Adakah Dun kedamaian merasai juga tempias pembinaan jalan raya ini kerana seperti mana kita sedia maklum, Dalam parlimen Kota Belud Dun kedamaianlah antara yang mempunyai kemudahan jalan raya yang kurang baik yakni gravel berbanding Dun Usukan Dan Tempasuk. Hampir kesemua jalan di kampung-kampung dalam Dun ini masih lagi gravel. Bermula dengan Kg Gaur-Mengkulat-Pinolobu, Kg Lasau Tintapon, Kg Tuguson, Kg Podos-Ginsurai, Kg Kebayau, Kg Malangkap dan Kg Tambatuan. Namun kampung-kampung dalam Dun ini pula bernasib baik dan tidak bermasalah dengan bekalan air kerana hampir kesemuanya menggunakan air graviti. Teruskan perjuangan Dato dalam membela rakyat.

    ReplyDelete
  6. bulanmengembang, terima kasih atas ulasan anda.

    Saya mengakui banyak lagi kampung-kampung yang mempunyai masalah. Kita berharap RMK-10 menjanjikan lebih peruntukkan kepada Sabah dan khususnya Kota belud.

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: