Thursday, October 29, 2009

Tiba-tiba UMNO pula lebih stabil dari parti lain




Nampaknya dalam lanskap politik baru yang melanda negara kita, hampir semua parti politik negara kita sedang bergolak. Mereka berdepan dan melalui masalah krisis keyakinan dengan kepimpinan parti masing-masing. 


Ianya bermula dengan UMNO, dan sekarang fenomena ini sedang melanda PAS dan PKR. UMNO setelah berbulan-bulan dilanda krisis keyakinan, telah bangkit untuk membaiki rumahnya. Dan alhamdullilah, UMNO sudah mampu untuk menjinakkan permasalahan itu. Malah dengan kemelut pergolakan politik yang melanda MCA, MIC, PPP, DAP, PAS dan PKR dewasa ini; UMNO dengan tiba- tiba dilihat menjadi parti yang paling stabil pula sekarang ini. Agaknya begitulah lumrah liku-liku dunia politik yang penuh dengan adegan, sandiwara dan drama.


Bercakap mengenai politik berhemah, baru-baru ini DS Anwar Ibrahim dan YB Dr Dzulkefly Ahmad (MP Kuala Selangor), dalam ucapan bajet mereka,  meminta supaya kerajaan tidak melihat parti pembangakng sebagai musuh negara hanya kerana mereka mengkritik kerajaan. Mereka mengatakan bahawa pembangkang mempunyai peranan yang penting di dalam sistem demokrasi sesebuah negara. Untuk menguatkan hujah, mereka merujuk kepada layanan yang "professional" dan "gentleman" kerajaan di negara-negara barat yang mengamalkan demokrasi, terhadap parti-parti pembangkang. 


Saya mengalu-alukan kenyataan kedua-dua pemimpin tersebut. Saya setuju bahawa pembangkang memainkan peranan yang penting dalam sistem demokrasi untuk menjadi "check and balance" kepada kerajaan.


Walaubagaimanapun, saya ingin bertanya. Untuk mendapat layanan sebegitu rupa, apakah pembangkang di Malaysia mengamalkan "standard" berpolitik yang sama dengan pembangkang di negara-negara barat yang dirujuk oleh kedua-dua YB ini? 


Meneliti ucapan-ucapan, ceramah-ceramah, blog-blog dan tingkahlaku pembangkang di Malaysia, nyata dan jelas kualiti pembangkang di Malaysia jauh lebih rendah dibandingkan dengan kualiti parti-parti pembangkang di negara-negara barat.


Di barat, kalau pun parti pembangkang mahu mengkritik, mereka menggunakan pendekatan berhemah dan ilmiah. Mereka mengemukakan fakta dan statistik yang sahih untuk menyokong hujah mereka. Di Malaysia , pembangkang lebih mirip kepada retorik politik dicampur aduk dengan tuduhan dan fitnah yang liar. Saya istilahkan politik jenis ini sebagai politik penghinaan, politik populis, dan politik " maki hamun"   Pembangkang di Malaysia lebih mirip kepada "gutter-politics"daripada "politik-membangun".


Di negara barat, pembangkang akan mengemukakan bajet alternatif dan berhujah mengenainya. Di Malaysia,pembangkang tidak langsung berminat untuk mengujudkan bajet alternatif yang komprehensif dan hanya berhujah menentang dan membangkang isi kandungan bajet kerajaan tanpa ada cadangan alternatif (DAP ada mengemukakan bajet alternatif malangnya bajet alternati itu bersifat secara umum kerana tidak mengandungi statistik terkini dan terperinci. Tambahan pula, DAP secara sinis menggunakan logo mereka dalam bajet alternatif itu dan bukannya simbol Pakatan Rakyat).


Di barat, walaupun berbalah dengan kerajaan, pembangkang akan cuba mengelakkan perbalahan mengenai asas-asas kedaulatan negara mereka (semangat perlembagaan, pasukan keselamatan negara, pihak istana, sejarah lampau negara dan dasar luar negara). Di Malaysia, pembangkang pula akan "steamroll" semua perkara. Tidak ada lagi perkara yang mempunyai "roh suci" bagi mereka. Semuanya "open for attack" tanpa mengira implikasi kepada negara dalam jangka panjang.


Saya cadangkan kalau pembangkang mahu kerajaan memberi penghormatan kepada mereka, mulakan dengan mengubah cara mereka berpolitik. Dengan berbuat demikian, saya pasti kerajaan juga akan lebih responsif kepada kehendak-kehendak pembangkang. Lagipun, saya sudah mula terasa bahawa rakyat  Malaysia mula muak dan penat dengan kecenderungan parti-parti politik negara yang kerap berpolitik sehinggakan tumpuan dan tenaga kita lari dari fokus yang utama iaitu bagaimana untuk memperkasakan ekonomi negara dalam zaman kemelesetan ekonomi dunia sekarang ini. 


Secara peribadi, saya berpandangan RAKYAT  SEDANG MEMERHATI kita...





3 comments:

  1. pembangkang yg baik, adalah yang mengkritik dasar-dasar kerajaan secara berhemah.

    itu yg dilakukan oleh pembangkang di barat. mereka profesional.

    pembangkang kat malaysia, maki hamun ahli politik kerajaan.

    mana sama taraf dengan pembangkang di barat.

    pembangkang malaysia, tahap longkang. tak der kualiti langsung.

    lagi mau minta dilayan dilayan secara profesional.

    secara perbandingan, dlm kerajaan pakatan rakyat, ada mereka layan pembangkang (BN) secara profesional?

    ReplyDelete
  2. kadang kadang kena luku skit depa ni dato'

    ReplyDelete
  3. tuan, kalau buat pilihan sama ada undi bn/umno atau pembangkang..my undi go to pembangkang...why? u fikir la sendiri.- jomo kb

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: