Saturday, October 24, 2009

PM sebut Kota Belud dalam ucapan Bajet




9c0f8d29c5665a4e4563bbd89ef67807.gif.jpg



Dalam ucapan bajet, PM ada menyebut Kota Belud secara khusus untuk mendapat projek-projek jalanraya luarbandar. 


Sedutan ucapan beliau, "Membina jalan luar bandar sepanjang 510km dan jalan kampung sepanjang 316km dengan peruntukan RM857 juta termasuk jalan di Kapit, Lawas dan Simunjan di Sarawak serta Kinabatangan, Kota Belud dan Keningau di Sabah." 



Alhamdullilah, berkat doa rakyat KB, PM dengar juga ucapan-ucapan yang disuarakan di Parlimen. Kita tunggu dalam perbahasan dalam Parlimen nanti untuk perinciannya.


Terima kasih YAB!


Klik tajuk di atas untuk link ke teks ucapan YAB. 

2 comments:

  1. Salam Datuk..

    Sebut saja dalam belanjawan tidak cukup untuk menyakinkan rakyat kerana karenah birokrasi menjadi hambatan kepada perlaksanaan pembangunan.Seperti apa yang selalu dikatakan iaitu "delivery Sistem "
    Misalnya, di Semporna,suatu ketika pernah juga diumumukan akan pembinaan jambatan BUM-BUM dan pernah juga ada upacara pecah tanah kepada projek itu..

    Tapi apa yang nyata sehingga kini pembinaan itu 'gagal' dimulakan.

    Walaubagaimanapun..Kita masih juga mengharapkan agar apa yg disebut itu akan jadi kenyataan. Dan itu terpulang kepada YB-YB kita di KB ini termasuk Datuk sendiri selak Ahli Parlimen untuk Follow up supaya ia menjadi kenyataan.

    Salam Hormat.

    ReplyDelete
  2. salam YB,
    apapun saya sebagai rakyat KB berterima kasih pada PM kita. harapan saya ia tidak menjadi belanjawan semata-mata, kami rakyat bosan mendengar peruntukan belum turunlah, belum diluluskanlah..harap-harap YB ahli parlimen kitalah menjadi harapan untuk kerja follow up dan saya percaya YB pasti akan lakukan dengan baik. pendapat peribadi sayalah kan YB, bagilah sikit orang UMNO YB di KB ini jangan lepas tangan sahaja YB pada pegawai-pegawai khas YB tu. takut yang jadi mangsa rakyat yang sepatutnya mendapat faedah itu. Terima kasih sekali lagi YB, keatas keprihatinan YB tentang tandas di kampung Ambong YB, saya dengar sudah ada tindakan meneruskan kerja. harap-harap mengikut spesifikasi. saya akan ambil gambar terbaru tandas tersebut dan progress lain-lain progress. semoga YB diberi kekuatan untuk menabur bakti. walaupun saya tatap PAS sampai mati. Apa yang penting rakyat KB terbela dan saya menulis bukan kerna nama.TAKBIR!!

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: