Jambatan merentangi Sungai Tawadakan itu perlu dibaiki atau diganti segera kerana tidak lagi selamat dan selesa untuk digunakan.
Ketua Kampung Tawadakan, Jamri Asoim mendakwa masalah itu sudah dikemukakan kepada Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Pejabat Daerah Kota Belud, tetapi hingga kini belum ada sebarang tindakan.
"Kami harap jambatan ini dibaiki segera demi kepentingan pelajar kerana kita bimbangkan keselamatan mereka," katanya kepada Berita Harian, di sini, semalam.
Jamri berkata, jambatan itu berbahaya tetapi pelajar dari kampung itu yang belajar di SMK Taun Gusi dan SK Tawadakan tiada pilihan lain.
Malah, katanya, ada murid mendakwa pernah terjatuh dan terpaksa pulang ke rumah menukar pakaian.
Beliau berkata, penduduk kampung tidak mampu mengeluarkan membaiki jambatan berkenaan dan berharap ia diberi perhatian serius oleh kerajaan.
"Kami harap kerajaan memberikan keutamaan menyelesaikan masalah ini, seelok-eloknya gantikan dengan jambatan konkrit demi kepentingan semua pihak," katanya.
Penduduk kampung, Maugan Mustapha berkata, Abdul Rahman pernah berjanji membawa isu jambatan itu kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
"Rakyat berpegang kepada janji dan ia mesti dikotakan segera," katanya.
Samdin Umpong meminta Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bertindak segera membaiki kedua-dua jambatan itu sebelum kejadian tidak diingini berlaku.
"Sepatutnya masalah jambatan usang kini hampir tidak dapat digunakan sudah lama diatasi dan kita harap keperluan rakyat diutamakan.
"Kami bersyukur kerana anak masih sanggup ke sekolah walaupun saban hari berdepan kekurangan kemudahan asas,” katanya.
Ahli Parlimen kawasan itu, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan berkata beliau telah meminta Jabatan Pembangunan Negeri Sabah (JPNS) untuk memeriksa kedua-dua buah jambatan tersebut.
Katanya, petang khamis baru lalu pihak JPNS telahpun meninjau serta memeriksa keadaan kemudahan dua buah jambatan yang sedia ada di kampung itu.
“ Memandangkan kemudahan yang sedia ada sudah terlalu unsang dan sudah tidak selamat digunakan lagi, saya telah meluluskan peruntukan bagi membaiki kedua-dua jambatan itu demi keselamatan pengguna di kampung berkenaan.”
Abdul Rahman menjelaskan, dianggarkan lebih kurang 200 ribu ringgit perbelanjaan diperlukan untuk membaiki kedua-dua buah jambatan yang sedia ada di kampung itu.
“ Kerja-kerja membaiki pulihnya jambatan itu akan bermula seminggu dua lagi, saya mendengar rintihan masalah penduduk kampung yang diajukan kepada saya, cuma apa yang saya harapkan rakyat dapat bersabar sementara menunggu peruntukan yang dipohon oleh rakyat diluluskan oleh pihak kerajaan.
Petang khamis, pihak Jabatan Pembangunan Negeri Sabah yang diketuai oleh Pengarahnya, Haji Matusin Sunsang, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknikal JPNS, Kheu Kuan Siong.
Ketua Penolong Pengarah (H),Norali Awang Damit, Penolong Pengarah, Muhamad Faiz Abu Bakar, Juruteknik Awam PPNS, Sairan dan Elysios serta para pemimpin setempat telah meninjau kedua-dua buah jambatan di kampung berkenaan.

1 komen:
SELOKA BILA WAKIL RAKYAT BERTUANKAN KRONI DAN SUKU SAKAT
Bila Wakil Rakyat Bertuankan Kroni dan Suku Sakat,
Orang kampung menderita
Orang kampung makin ditindas
Orang kampung dianaktiri
Orang kampung susah nak makan
Orang kampung pun mula dok yakin…
Bila Wakil Rakyat Bertuankan Kroni dan Suku Sakat,
Rakyat hilang tok wakil
Rakyat jadi kacau bilau
Rakyat mula hentam kerajaan
Rakyat mula naik marah
Rakyat juga sakit hati
Rakyat mula buat onar
Rakyat hilang keyakinan
Rakyat dok nok pakoh parti lagi…
Bila Wakil Rakyat Bertuankan Kroni dan Suku Sakat,
Mahasiswa pulak sakit hati
Mahasiswa lancar demonstrasi
Mahasiswa makin radikal
Mahasiswa makin lantang bersuara
Mahasiswa pulak hentam kerajaan
Mahasiswa jadi kroni pembangkang
Mahasiswa dok nok kerajaan lagiiiii…
Bila Wakil Rakyat Bertuankan Kroni dan Suku Sakat,
Orang parti pun mula marah
Orang parti dok leh projek
Orang parti sakit hati
Orang parti angkat kaki
Orang parti pun dok nok kerajaan
Orang parti pun nok masuk pembangkang....
Bila Wakil Rakyat Bertuankan Kroni dan Suku Sakat,
Kerajaan BN pun akan BE END……..
PENA BERAPI: PRU 13 UMNO BEBAS
‘Wakil Rakyat Bertuankan Kroni dan Suku Sakat’
http://mohfas7.blogspot.com
Catat Ulasan