Monday, October 19, 2009

Jalan Penyuraian (Relief Road) untuk kurangkan kesesakan di Pekan Kota Belud

Sukacita saya maklumkan bahawa kerajaan persekutuan telah bersetuju menyediakan peruntukkan untuk membina satu jalan penyuraian (relief road) trafik di kawasan pekan Kota Belud.

Jalan ini akan mampu untuk menyuraikan sistem trafik kenderaan di Kota Belud dengan lebih berkesan lagi di samping dapat mengurangkan kesesakan jalan yang semakin kronik di Kota Belud. Selain daripada itu, jalan itu nanti akan memberi laluan tambahan kepada orang ramai untuk memasuki pekan Kota Belud.

Jalan itu akan berbentuk "Y" bermula dari kawasan Telak Bana menuju ke kawasan persimpangan jalan JKR / highway KK-KB. Satu cabang lagi akan menuju kg Sembirai.

Sebagai gambaran, anda boleh memandu keluar dari kawasan pekan Kota Belud dari kompleks kedai Telak Bana menuju samada ke jalan JKR atau ke kg Sembirai.

Saya amat gembira kerana setelah sekian lama menanti, akhirnya masalah kesesakan jalan masuk dan keluar dari pekan Kota Belud akan dapat dikurangkan.

Utk makluman, jalan tersebut sudah di peringkat proses rekabentuk dan akan ditenderkan secepat mungkin. Saya dimaklumkan oleh JKR Kota Belud bahawa apabila semua dokumen selesai, proses membina jalan tersebut tidak akan melebihi 4 bulan.

Terima kasih,
DARD
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

3 comments:

  1. Salam Ziarah YB datuk..

    Sebagai antara pemimpin baru di KB, Datuk masih dalam proses memikat hati naluri masayarakat di daerah ini..dan itu nampaknya Datuk telah berjaya membuktikan kemampuan dan kperhatinan Datuk..Tahniah!

    Kesesakkan di daerah ini seperti yg datuk maklumkan bukan disebabkan oleh kereta2 dari luar yang menjadikan KB sebagai transit sementara untuk ke tujuan tertentu..tetapi disebabkan oleh kereta penduduk daerah ini...ertinya penduduk KB mula banyak kereta..maka utk menyelesaikannya, terdapat beberapa alternatif antaranya seperti yg datuk usahakan itu..

    Selain drp itu, satu kempen juga boleh diadakan seperti yg berlaku di bandar-bandar besar..iaitu perkongsian kereta..Mungkin budaya baru bagi masayarakt KB tetapi akan lebih berjaya pada jangak panjang...

    Pembangunan di KB juga harus dirancang dengan lebih teratur. dengan mengambil kira jalan-jalan yang menghubungkan kawasan bangunan tersebut. Misalnya kalau datuk memandu masuk ke Pasar besar dari Tuaran, datuk hanya menggunakan satu jalan sehala untuk ke situ dan kawasan sekitarnya (kwsn G-Mart )..oleh kerana itu, kawasan ini pada waktu2 puncak akan mengalami kesesakan...sedangkan boleh dihubungkan melalui kg. KB yang berdekatan...Jalan alternatif ini akan boleh digunakan oleh penduduk terus ke kwsn ini.

    Masalahlain ialah, kehadiran lembu/sapi di pekan ini. Saya nampak ada juga langkah penangkapan yg dilakukan oleh Majlis DAERAH, TETAPI TIDAK BERJAYA.Harap Datuk dan pejabat parlimen dpt mencari jalan utk mengatasi masalah ini.

    Salam hormat dari KELAPA MAWAR.WASSALAM

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Kelapa Mawar...

    Saya setuju perlu ada mekanisma lain untuk menangani kesesakan lalu lintas di pekan Kota Belud.

    Laluan sehala, tempat letak kereta yang lebih banyak, sistem letak kereta berbayar di tempat tempat yang kritikal (mungkin sejam yang pertama percuma, tetapi bayaran akan dikenakan pada jam jam berikutnya), membina pusat bandar baru, mengalihkan pejabat-pejabat kerajaan ke kawasan luar pekan.

    Soal lembu dan sapi... saya hampir kehabisan akal untuk memikirkannya. Dua bulan lepas, saya melontarkan satu pandangan. Saya kata kita sudah buat bermacam macam tindakan yang berunsur nasihat, rayuan, permintaan dan tindakan undang undang berhubungkait dengan isu lembu dan sapi yang berkeliaran di Kota Belud. Semuanya tidak mampu untuk menyelesaikan masalah itu.

    Lalu, saya kata kita perlu buat pendekatan berlainan. Saya bertanya apakah yang boleh kita buat yang boleh menguntungkan empunya lembu dan sapi jika mereka mengandangkan ternakan mereka? Mungkin dengan adanya insentif pendapatan, lembu lembu ini akan dikandang oleh tuan mereka. Contohnya, mereka mungkin boleh menjual najis ternakan mereka untuk dijadikan kompos baja.

    Idea ini perlu diperhalusi lagi...

    ReplyDelete
  3. salam datuk...

    Tahniah atas usaha datuk selama ini...teruskan..

    Soala lembu adik beradik dengan sapi ini pada pendapat saya...selain kompaun dan kandangkan makhluk Allah ini, kaedah lain yang boleh digunakan adalah merampas serta menyita serta merta lembu atau sapi yang berkeliaran di pekan kota belud...Selepas itu maklumkan kepada orang ramai tentang penyitaan lebu tersebut. selama 3 hari tiada tindakan maka...Yb Datuk boleh lelong atau sembelih lah lembu itu dan agihkan kepada fakir2 miskin...ikut senarai e-kasih sahaja senang. Jadi pemilik mesti gerun dan rasa rugi. Kalau setakat cakap dan lihat sahaja ndak ada hasilnya....keras lah sedikit....tq

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: