Monday, October 19, 2009

16hb Sept Najib vs 16th Sept Anwar

Saya tidak dapat lari daripada membandingkan tarikh keramat 16hb September dari kacamata DS Anwar Ibrahim dan 16hb September dari kacamata DS Najib.

Anwar melihat 16hb September sebagai hari untuk menumbangkan kerajaan persekutuan BN dan seterusnya meletakkan negara sebagai setanding dengan negara-negara "pariah" dunia ketiga di mana demokrasi "dirampas" dan "dihina", sementara Najib pulak melihat 16hb September sebagai hari menyatukan rakyat Malaysia.

Saya terharu sewaktu dalam parlimen sesi pagi tadi, Perdana Menteri mengumumkan 16hb Sept sebagai cuti umum bagi memperingati pembentukan negara Malaysia. Inilah keputusan yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak.

DS Najib telah berani membuat keputusan untuk merungkaikan kekaburan sejarah yang menghantui negara sejak sekian lama. Saya harap DS Najib tidak berhenti disini saja. Apa yang perlu diubah selepas ini ialah kekaburan angka pula. 31hb Ogos adalah hari tanah Melayu, Sabah dan Sarawak merdeka. Cuma tahunnya berbeza.

Tanah Melayu merdeka tahun 1957 dan Sabah dan Sarawak merdeka pada tahun 1963 (Malaysia sepatutnya tertubuh pada 31hb Ogos 1963 tetapi oleh kerana konforntasi oleh Indonesia, penubuhan itu hanya dapat direalisasikan 2 minggu selepas itu iaitu 16hb Sept 1963. Untuk sesiapa yang minat fakta sejarah, Sabah dan Sarawak adalah negara-negara berdaulat untuk 2 minggu!).

Kalau pada 31hb Ogos 2010 kerajaan masih mahu ianya dipanggil Hari Kemerdekaan, biarlah ianya dipanggil Hari Kemerdekaan tanpa menyebut tahun yg ke berapa kerana pada tahun hadapan, Tanah Melayu telah merdeka 53 tahun tetapi Sabah dan Sarawak merdeka 47 tahun!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

7 comments:

  1. http://pkrpasdap.blogspot.com

    Kena ingat hari kemerdekaan Malaysia tidak sama dengan hari Malaysia.

    Andaikata Kalau Brunei memasuki Malaysia pada tahun 2010, adakah Malaysia akan menyambut hari kemerdekaan pertama!!!

    Kita ikut negeri yang mula2 menyambut kemerdekaan. Yang silap orang tidak tahu antara fakta sejarah dengan air liur orang politik terutama dari Pakatan.

    ReplyDelete
  2. Saya berbangga dan gembira dengan pengumuman YAB DS Najib tadi. Saya sendiri pernah menyatakan bahawa kedua-dua tarikh adalah tarikh penting di dalam negara kita dan patut disambut diperingkat nasional. Tidak ada salahnya kalau setiap tahun kita menyambut 31 Ogos sebagai Hari Kemerdekaan dan 16 September sebagai Hari Malaysia. 2 minggu di antara tarikh-tarikh tersebut bolehlah diisi dengan pelbagai aktiviti bermakna yang bertemakan perjuangan dan pengisian kemerdekaan serta penubuhan Malaysia.

    ReplyDelete
  3. abe MIE,

    Jauh beza bila Brunei masuk Malaysia tahun 2010 dibandingkan dengan penubuhan Malaysia oleh Sabah, Sarawak dan Semenanjung (kalau mahu lebih tepat bersama Singapura jugak) pada tahun 1963.

    Bila Brunei MASUK Malaysia tahun 2010, Brunei menganggotai negara bernama Malaysia yang sudah ujud 47 tahun.

    Bila Sabah bergabung dengan Tanah Melayu, Sarawak dan Singapura pada tahun 1963, barulah Malaysia diujudkan. Sebelum itu Malaysia tidak ujud sama sekali.

    Saya tidak ada masalah dengan tarikh 31 Ogos sebagai hari kemerdekaan kerana pada tarikh itulah jugak Sabah dan Sarawak diberi "kebebasan" oleh British. Cuma tahunnya ialah 1963. Jadi merayakan hari kemerdekaan pada 31hb Ogos adalah tepat.

    Tapi kita tidak boleh mengatakan 31hb Ogos 2010 tahun hadapan adalah hari kemerdekaan negara Malaysia yang ke 53 kerana pada 31 Ogos 1957, Malaysia belum terbentuk lagi.

    Yang betul ialah hari kemerdekaan Malaysia yang ke 47 kerana Malaysia ujud dan merdeka pada 31hb Ogos 1963.

    Tkasih.

    ReplyDelete
  4. Salam,
    YB Datuk, pada dasarnya hari kemerdekaan Malaysia telah ditetapkan pada 31 Ogos 1957, itu dalam buku teks sejarah sekolah menengah hingga ke IPT.

    Pada tafsiran saya, Datuk bersetuju bahawa tarikh kemerdekaan Malaysia adalah 31 Ogos cuma tahunnya saja yang menjadi pertikaian.

    Pada saya pula mengikut logik akal bersandarkan fakta dan kelaziman pada sesuatu perkara yang berlaku yang (kalau dalam hukum Islam dipanggil Qias), saya berpendapat bahawa tarikh kemerdekaan perlu dipinda pada 16 september sempena Hari Malaysia sebab, hujah saya:
    1. 31 Ogos merupakan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu bukannya Malaysia
    2. Walaupun dalam kertas bahawa dipersetujui bahawa tarikh kemerdekaan Sabah & Sarawak 31 Ogos, tetapi kmerdekaan Sabah & Sarawak telah dimuktamadkan pada 16 september melalui perisytiharan. Logiknya harijadi manusia adalah berdasarkan pada tarikhnya dilahirkan dan kalau seseorang bernikah maka nikahnya sah selepas kadi menikahkan seseorang lelaki dengan perempuan. Pasangan tersebut hanya digelar suami isteri selepas ia sah berkahwin. Begitu juga dengan kemerdekaan perlu juga disytiharkan secara rasmi barulah merdekanya sah.
    3. Demi konsep 1Malaysia, tarikh kemerdekaan perlu dikaji semula, kerana kelahiran Malaysia pada 16 september.

    ReplyDelete
  5. Datu Panglima Tebuan,

    Tkasih atas komen anda.

    Pada pandangan saya ialah Sabah dan Sarawak sebenarnya merdeka pada 31hb Ogos 1963 buakannya pada 16hn Sept 1963. Itu sebabnya saya katakan Sabah dan Sarawak adalah negara-negara berdaulat dalam dua minggu antara 31hb Ogos 1963 dan 16hb September 1963.

    Apa yang berlaku pada 16hb September 1963 ialah "negara-negara berdaulat dan merdeka" Sabah dan Sarawak bersetuju untuk menubuhkan negara baru bernama Malaysia.

    ReplyDelete
  6. as/kum
    saya bersetujuh dengan pendapat yb. saya rasa abe mie buta sejarah

    ReplyDelete
  7. Keputusan yang bijak..









    Kejutan 1 Malaysia – Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan :-)
    >>> Klik Di Sini <<<

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: