Sunday, September 13, 2009

Semuanya Ujian Allah Swt

Kelmarin 12 Sept, sebelum saya ke Kota Marudu menghadiri majlis berbuka puasa bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Haji Musa Aman anjuran Bahagian UMNO Zon 1 di Masjid At-Takwa Daerah Kota Marudu, saya singgah melawat rumah mangsa kebakaran di Kampung Taun Gusi, Kota Belud.

Rumah yang terbakar itu milik En. Hj. Serkal Gerjan dan puan Dayang Himpun Hj. Abdullah yang dibina berhampiran tidak sampai enam kaki jaraknya antara satu sama lain.

Ketika berada di tapak kejadian, saya difahamkan kejadian berlaku selepas sembahyang maghrib sebaik sahaja berbuka puasa, api bermula dari rumah puan Dayang Himpun yang tidak dipastikan dari mana puncanya.

Hanya tinggal berapa hari sahaja lagi sambutan Hari Raya menjelang tiba, kejadian yang tidak kita ingin tanpa dijemput menimpa dua buah keluarga ini.

Ketika melihat rumah mangsa saya merasa amat hiba, apa tidaknya sedang kita mempersiapkan segala macam keperluan untuk menyambut Hari Raya, ada saudara kita yang ditimpa masalah, saya simpati dengan apa yang berlaku ke atas kedua buah keluarga ini.

Saya berharap kedua-dua keluarga mangsa kebakaran ini dapat bersabar dengan ujian Allah Swt, saya yakin disebalik kejadian ini ada hikmah yang tidak kita ketahui.

Harapan saya kepada penduduk di daerah ini lebih berjaga-jaga ketika menggunakan sumber elektrik atau bahan api yang lain bagi tujuan keperluan harian untuk mengelak sebarang kejadian kebakaran

Penduduk perlu peka dan tidak mudah lalai ketika menggunakan sumber api atau elektronik dalam urusan harian masing-masing,

Selepas dari melawat rumah mangsa kebakaran di Kampung Taun Gusi, saya bergegas ke Kota Marudu. Di masjid At-Taqwa Kota Marudu Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Musa Aman menyampaikan bantuan kepada fakir miskin dan berbuka puasa dan bersembahyang tarawih dengan masyarakat Islam di daerah itu.

Apa yang menarik pada majlis petang itu, majlis berbuka puasa di masjid itu turut disertai oleh pelbagai bangsa yang berlainan anutan agama yang ada di negeri ini, inilah kelebihan yang ada di Malaysia, apa juga program yang diadakan samada dianjurkan oleh kerajaan mahupun program yang dikelolakan oleh orang peseorangan ianya disambut bersama tanpa ada sebarang prasangka negatif.

Semoga semangat perpaduan seperti ini terus kekal demi kesejahteraan 1Malaysia.

DARD

5 comments:

  1. sudahla dato'.. ombor saja kau. gaya jak la lebih. apa cerita gelanggang futsal pantai emas? kenapa dibuat di perkarangan rumah adlin perlin? tiada tapak? tipula.. ini disebabkan asli perlin punya idea.hehe.. kenapa projek peningkatan hasil padi di liang, peladok, payas-payas dan pantai emas mahu dibantah asli perlin? kerana dia dan konconya tidak dapat projek tersebut. hehe.. macamana mau dapat kalau lesen kelas D sub kepala pertanian pun tiada..hehehe nampak sangatlah tidak mahu memajukan rakyat tapi pok projek saja..hehe.. nama siapa rosak? nama dato' jugak...kalau sayalah jadi YB, kakitangan saya yang tidak ikhlas berkhidmat harus dipecat. bayangkanlah sumbangan dato' kepada kumpulan kompang kg. ambong pun dihalang olehnya, tapi tidak tahulah jugak dato' sebab dato' sudah berjanji dikhalayak ramai untuk menangung tambang dan pakaian kumpulan ini ke peringkat negeri..hehehe.. sumbangan kepada kafa pun dato' berjanji tapi apa hasilnya? tiada jugak. macamanalah rakyat mau sokong begini dato'? apapun tuhan sahaja yang tahu.. kerana asli dato' tidak akan dipilih sebagai calon lagi. kalau dipilih pasti kalah. percayalah. macamlah saya tidak tahu dato' burukkan datuk salleh depan perdana menteri. ingat PM percayakah?hehe

    ReplyDelete
  2. Watasikadi,

    (1) Lokasi gelanggang futsal sebenarnya dipersetujui oleh JKKK. Pada mulanya, setelah ada ura ura bantahan, saya tahan pembinaan futsal itu sehingga ada persetujuan daripada pihak pihak yang berkaitan. Alhamdullilah, ianya dipersetujui. Projek itu baik untuk rakyat di sana dan tidak patut menjadi kontroversi.

    (2) Soal janji saya kepada kumpulan kompang Kg Ambong dan Kafa, nanti saya akan siasat. Saya memang membantu banyak persatuan dan kumpulan yang mewakili KB samada nasyid, sukan, seminar dan sebagainya. Beribu ribu ringgit saya derma kepada mereka. Tidak ada sebab kenapa persatuan kompang atau kafa itu tercicir terutamanya jika itu sudah saya janjikan.

    (3) Memburukkan DSP Salleh depan PM? Wah, ini cerita sensasi juga. Saya tak sangka anda mempunyai perisikan yang canggih.

    Saya tidak ada sebab untuk memburukkan sesiapa dan menganggap tuduhan anda itu adalah imaginasi liar anda.

    Saya setuju sangat seperti apa anda kata, "ingat PM percayakah?". Siapalah saya nak memburukkan DSP Salleh? Takkan PM nak dengar saya? Saya hanya pemimpin kerdil dan setahun jaggung dalam politik jadi sudah tentulah PM tidak akan dengar atau merasakan saya ini pemimpin tak siuman untuk memperlekehkan nama besar seperti DSP Salleh.

    Salam

    DARD

    ReplyDelete
  3. Saudara Watasikadi.....saya da melihat blog saudara, padanlah saudara membantai Dato Raman rupa-rupanya penyokong kuat PAS, biasalah pembangkang, apa saja yang Wakil Rakyat Kerajaan rancangkan semuanya tak betul...ketika saya berada di Manek Urai pada pilihanraya kecil di sana, saya terlihat satu signboard berbunyi " TOK GURU PIMPIN MANEK URAI BERKAT "....waduh, tidak kah kenyataan ini boleh menyebabkan akidah Umat Islam tergelincir.Kadang-kadang kita sebagai rakyat Sabah perlu sekali kala keluar melihat senario pilihanraya terutama di kawasan kubu parti PAS, barulah kita boleh menilai apakah benar Parti PAS ikhlas dalam memperjuangkan nasib orang-orang Islam,sepekara lagi kalau nak jadi hero kepada rakyat jelata jangan sembunyikan identiti sebenar,berani kerana benar....wassalam

    ReplyDelete
  4. tak perlulah mau siasat sumbangan dato' kepada kompang dan kafa tu. sudah limpas. bagi saya apa yang perlu melihat kehadapan dan mencari method baru mengawal pegawai-pegawai dato'. setahu saya ada tanah dipantai emas yang direservekan atau digazet untuk sukan sebenarnya..minta dato' pindahkan disana kalau sempatlah dato' untuk mengelak masalah dimasa depan. kepada saudara fadly, saya sememangnya penyokong kuat pas. lima tahun di kajang dan lima tahun di terengganu sedikit mematangkan pengetahuan politik. tetapi senario di kota belud berbeza. saya tidak menghentam sahaja, saya bersetuju kepada banyak dasar kerajaan tetapi tidak setuju dengan cara pelaksanaan. saya memuji apabila kerajaan akan membuat projek peningkatan hasil padi untuk 4 buah kampung tersebut tetapi pelaksanaan mahu dibantah orang yb kita sendiri sebab tidak mendapat projek tersebut. menunjukkan orang tersebut tidak ikhlas menjadi pemimpin. berkenaan dengan manik urai, mengapa pilih hari selasa? permatang pasir pun selasa. tetapi bagan pinang ahad..hehehe..kedapatan pakai spr. tidak perlulah tahu identiti saya kerana apa yang penting kita sama-sama berjuang untuk masyarakat kota belud. teguran saya harap jangan dipandang sebagai kutukan kepada bn, tetapi anggaplah sebagai pemangkin kepada semangat untuk membantu rakyat. SESUNGGUHNYA TUHAN MAHA MENGETAHUI.

    ReplyDelete
  5. rupanya watasikadi ni mempunyai imaginasi yang sangat tinggi, tapi cara watasikadi ini merealisasikan impian nya menjadi realiti, terserlah pula kebodohan yang tahapnya yang sangat tinggi, keangkuhannya bercakap/menulis seperti membuka pekung di dada, atau menampakkan kurap yang bernanah di dada walaupun dada nya sasa..saya rasa watasikadi ni perlulah kembali kepada yang asas...wata-wata.....dari segi sains rumpunan dendrit yang menggabungkan neuron-neuron di otak watasikadi mulai berpisah...putus-putus menyebabkan kewarasan nya menurun dengan cepat apabila berlakunya tindakbalas kimia...wata-wata....

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: