Sunday, September 27, 2009

Saya akan ke Afrika

Salam,

Saya akan menghadiri Persidangan Parlimen Komenwel (Commonwealth Parliamentary Conference) yang ke 55 di Arusha, Tanzania, Afrika dari 1hb Oktober 2009 sehingga 8hb Oktober 2009.

Saya akan turut mengambil bahagian dalam bengkel perbincangan mengenai Komenwel Dan Generasi Muda - Bagaimana Untuk Melibatkan Generasi Muda Dalam Demokrasi Berperwakilan (The Commonwealth and Youth - How to Engage Future Generations in Representative Democracy) iaitu satu daripada lapan bengkel yang akan diadakan.

Rombongan itu akan diketuai oleh Tan Sri Pandikar Amin Hj Mulia, Tuan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Ini adalah kali kedua saya ke Afrika mengikuti seminar antarabangsa. Kali pertama ke Lusaka, Zambia bersama Perdana Menteri dalam Dailog Antarabangsa Selatan Afrika.

Dalam persidangan kali ini, saya akan membawa pandangan generasi muda di Malaysia dalam konteks demokrasi berparlimen dan lunas lunas raja berperlembagaan. Di samping itu, saya jangkakan topik hangat ialah kebangkitan suara generasi muda dalam lanskap politik dunia termasuk di Malaysia, di mana undi generasi muda begitu "dikejar" oleh semua parti politik di negara kita terutamanya selepas pilihanraya umum ke-12 tahun lepas.

Sebenarnya jadual saya agak ketat kerana sejurus selepas tiba di Malaysia dari Afrika pada 8hb Oktober, saya akan bergegas ke pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan yang akan menyaksikan hari mengundi pada 11hb Oktober. Selepas itu, perhimpunan agung UMNO akan berlangsung pada 13hb Oktober dan diikuti dengan bermulanya persidangan parlimen Malaysia pada 19hb Oktober nanti.


DARD

3 comments:

  1. Selamat jalan Dato'

    Berhati-hati di 'jalanraya'...Naik kapal jangan lupa baca Bismillah..
    Sampai di sana jangan lupa katakanlah Alhamdullilah!..

    Saya dan yang sewaktu dengan saya mendoakan agar dato' selamat pergi dan selamat kembali..

    Jangan lupa.."binoh badu Sama a...pinakai diom persidangan"
    jadi orang kenal pakaian tradisi suku kaum Bajau..kalau orang Afrika boleh pakai pakaian kebudayaan mereka..kenapa tidak kita?..Ngni Nyeak?...

    ReplyDelete
  2. Tahniah diatas pemilihan Dato ke Afrika bagi mewakili malaysia.. kami penduduk KB amat berbangga dengan tugas-tugas yang diamanahkan kepada YB dato,

    Mungkin juga dalam perjalanan yang panjang (pergi/balik) tersebut YB dato, dapat memikirkan sesuatu untuk kemajuan KB,

    YB dato, tidak lama lagi YAB PM akan membentangkan bajet bagi tahun 2010,,, dan seperti biasa keutamaan peruntukan kepada pembangunan luar bandar..namun saya yakin YB dato telah melihat sendiri kemudahan jalanraya di kawasan kedamaian yang belum dinaik taraf.. YB dato pada kami adalah saluran yang tepat untuk memperjuangkan kehendak rakyat...adalah malang sekali kalau anak2 kami ke sekolah terpaksa melalui jalanraya gravel ... kita boleh bayangkan kalau keadaan musim kemarau atau hujan..
    YB dato, lihat saja jalanraya ke sayap, nahaba, atau tengkurus...mereka adalah pengundi tetap BN sejak sekian lama malah mengikut rekod daerah mengundi tengkurus tidak pernah ditawan oleh parti pembangkang..adakah kita perlu tunggu PR akan datang untuk memperbahrui janji2 kita kepada mereka atau kita hanya mampu berkata " kita tidak ada kuasa lagi"
    Kami amat yakin bhw dengan hubungan YB dato dgn pemimpin pusat( seperti yg kita sedia maklum semasa kempen PR yg lepas) YB dato dapat membuat sesuatu

    saya doakan moga YB dato selamat pergi dan kembali...
    TK

    ReplyDelete
  3. Tahniah diatas pemilihan Dato ke Afrika bagi mewakili malaysia.. kami penduduk KB amat berbangga dengan tugas-tugas yang diamanahkan kepada YB dato,

    Mungkin juga dalam perjalanan yang panjang (pergi/balik) tersebut YB dato, dapat memikirkan sesuatu untuk kemajuan KB,

    YB dato, tidak lama lagi YAB PM akan membentangkan bajet bagi tahun 2010,,, dan seperti biasa keutamaan peruntukan kepada pembangunan luar bandar..namun saya yakin YB dato telah melihat sendiri kemudahan jalanraya di kawasan kedamaian yang belum dinaik taraf.. YB dato pada kami adalah saluran yang tepat untuk memperjuangkan kehendak rakyat...adalah malang sekali kalau anak2 kami ke sekolah terpaksa melalui jalanraya gravel ... kita boleh bayangkan kalau keadaan musim kemarau atau hujan..
    YB dato, lihat saja jalanraya ke sayap, nahaba, atau tengkurus...mereka adalah pengundi tetap BN sejak sekian lama malah mengikut rekod daerah mengundi tengkurus tidak pernah ditawan oleh parti pembangkang..adakah kita perlu tunggu PR akan datang untuk memperbahrui janji2 kita kepada mereka atau kita hanya mampu berkata " kita tidak ada kuasa lagi"
    Kami amat yakin bhw dengan hubungan YB dato dgn pemimpin pusat( seperti yg kita sedia maklum semasa kempen PR yg lepas) YB dato dapat membuat sesuatu

    saya doakan moga YB dato selamat pergi dan kembali...
    TK

    ReplyDelete

Kongsi artikel ini: